Friday, July 10, 2009

bila aku belek2 blog saha tetiba aku jumpa tag nih. hehehehe...lama gila dia dh tag ...dr akhir bulan 5. aku try buat.

1. Do you think you are hot???
biasa2 je

2. Upload your favourite picture of you.


3. Why do you like that picture?
nampak happy je laki bini kan

4. When was the last time you ate pizza??
2 minngu lepas klu tak silap. bos belanja

5. The last song you listened to?
hey ladies (rossa)

6. What are you doing now without this??
baca blog org dan update blog sendiri sambil chatting dgn nieta

7. What name would you prefer beside yours?
sistyah

8. People to tag
intan, kahar,

9. Who is number one?
ni kawan masa sekolah. sakng jumpa hanya di blog. aku suka baca blog dia

10. Number three is having relationship with??
takde org

11. Say something about number five.
pun takdak

12. How about number four?
yillekkk

13. Who is number two?
bestfriend masa skolah yg skang blog dia hanya utk org2 yg dia invite

WEDDING & FAMILY DAY CHARADE

oleh kerana aku adalah bosan2 malas nk buat keje hari nih maka aku pun nk update skit blog aku nih. mula2 cerita wedding yus (member kepada besfren aku-bye). 28 jun 2008 kat shah alam. aku pegi dgn k fida n k biha. si bye n zul jadik pengapit. gambar seperti di bawah.







tu pasal wedding yus dgn akim(jejaka sengal). ok skang cerita pasal family day charade johor. ni berlangsung pd hjg minggu lepas iaitu 4&5 julai. sebelum tu aku n chul kene jadik mak pak sementara kepada anak buah chul yg 4 org tuh sebab mak pak sebenar diaorang honeymoon ke jakarta n bandung. gila ahhh...kalut gak aku nak menjaga budak2 tuh. kene bangun awal siapkan depa nak gi skolah. balik keje masak2 (aku msk ns goreng aje) skit bagi depa makan. mak pak depa pegi khamis pagi. so jumaat lepas maghrib kitaorg gerak balik kampung. hangkut skali budak2 4 org tuh. nasib baiklah yg paling kecik pun dah 4 thn. senang la jugak nak jaga walaupun kadang2 tak dengar kata. nasib baik chul mmg rapat dgn depa so senangla skit.

so, berbalik kepada cerita family day charade johor ni gerak dr umh dlm kul 8.30 gitu. stlh beberapa kali berenti sebab gi toilet lah. buat susu anakla, makanlah, so, kitaorg pun sampailah kat chalet. apa ke ntah namanya aku lupa. so, rilek2 petang tu ada game skit pastu bantai mandi laut.lama gila tk mandi laut. seronok la jugak...menjerit2 aku masa mandi tu... excited ngalahkan budak2...hehehe... malamnya ada barbeku n next morning ada game lagik n sesi bergambar. pehtu gerak balik ke bt pahat n rilek2 jap pehtu terus gerak balik kl....




laut yg memanggil2 aku soh mandi


geng2 charade johor yg join

U.P.D.A.T.E

lama gila tak mengupdate kat sini. humang aiiii...ada dekat3 bulan aku tak update apa2 kat sini... sibuk sangat ker? a'ah mmg sibuk... ni aku nak habiskan projek yg dh dekat sethn tak abis2... well, utk pengetahuan korang, kehidupan alhamdulillah semakin baik walaupun adakalanya stress tak hengat. letih melayan kehendak client dan karenah supplier. pejam celik pejam celik lagi tk sampai sebulan cukuplah sethn aku berkhidmat kat PFP (Malaysia) Sdn Bhd. Insyaallah dlm masa sebulan ni jugak kami2 yg keje kat sini akan secara rasmi menjadi keluarga umw oil n gas dalam erti kata sebenar. alhamdulillah... akhirnya impian aku nak keje dengan kompeni gergasi tercapai. harap2 semuanya berjalan lancar dan aku akan dapat menikmati benefit2 umw yg sungguh mengancam itu. mula2 tau tu, aku tak sangka... macam mimpi pun ada... sebab aku ni boleh kata antara yg tercicir time2 study kat utm dulu. org lain dah keje dgn kompeni2 bagus, aku terkedek2 nak abiskan subjek. org lain dh gaji 3 ke 4 ribu aku baru nak start keje. tapi syukurlah skrg ni aku dalam organisasi yg disegani. kalau 5 ke 6 bulan lepas aku rasa sangat nak berenti keje, skang aku rasa bersemangat nak baiki segala kekurangan aku dan buktikan aku boleh buat keje sehebat org lain. alhamdulillah, bos baru aku pun begitu motivated menambahkan semangat aku nak jadik org yg motivated dan disegani. sales manager aku, fida adalah org yg menjadi sumber inspirasi dalam opis aku. cara dia very cool. dia diam2 berisi. so far aku ada menyumbangkan beberapa order utk kompeni nih. bulan lepas je ada 3 order masuk. bulan ni 1 order masuk. alhamdulillah. walaupun amaun dia kecik, tapi aku bangga dengan diri sendiri. kalau dulu aku segan nak cakap dgn mat saleh, skang ni aku hentam je cakap dgn depa walaupun aku tau english aku berterabur. yup, satu pencapaian walaupun belum sehebat kawan2 aku yang lain. masa OGA exhibition pertengahan bulan Jun hari tu, ramai gak kawan2 yg terkejut tgk aku berdiri jaga booth umw. hehehehehehee.... ya...kawan2 yg kenal aku kata itulah berkat org bersabar... rezeki aku maybe lambat skit berbanding kawan2 yg lain, tp akhirnya penantian aku berbaloi... dalam masa sethn ni aku belajar banyak bende. paling penting trick2 utk dapatkan order. dan aku gembira environment keje aku adalah baik. tak macam sesetgh org yg environment keje sungguh menyakitkan hati dan segalanya. well, aku rasa jugak bende tu sebab sgt tak puas hati dgn GM tapi akhirnya dia sudah pergi meninggalkan kami. udah bersara mamat GM tuh. oklah... nnt aku update lagi.nak citer family day CHARADE plak...

Monday, April 13, 2009

C.U.P.C.A.K.E.S

saksikan gambar2 cc yg aku tempah dr lina. cunnnyyyyyeeeeerrrrrr... :)
flavour: blueberry
tema: daihatsu/detomaso


















Friday, April 10, 2009

K.A.B.I.N.E.T



ni cerita kabinet plak. kabinet dapur ker? kabinet bilik ker? salah ye kawan2... ni kabinet menteri yg baru. aku ni taklah tau sgt perkembangan politik semasa tapi hari ni tetiba terpanggil nak search saper barisan menteri2 yg baru yg akan menerajui negara kita. banyak rombakan. hishamudin dh bukan menteri pelajaran, azalina sudah takde dlm barisan kabinet... dn barulah aku belajar skit, banyak sungguh kementerian yeee dlm pentadbiran negara kita...heheheheh... patutlah amik exam PTD tak lepas sokmo... jadinya tahniah kepada Tok Najib, Tok Muhyidin serta barisan kabinet yg baru. diharapkan moto kabinet rakyat tu akan direalisasikan dan elakkan rasuah utk memancing sokongan... sekian...

Thursday, April 9, 2009

S.Y.A.M.S.U.L.B.A.H.R.I



haaa....sape syamsul bahri?nape hari ni entri dia? seperti yg aku sebut semalam... ada sesuatu yg excited yg aku tunggu hari nih. hari ni besday suamiku terchenta. syamsul bahri aka achoi aka chul aka bahri aka musukkkk... yg ke berapa? 2009-1979=???? haaa...sila kira sendirik yeee... apa aku buat utk besday dia thn nih? aku ingin membayar kesalah yg amat kelakar masa besday dia last year. last year aku lupa gila besday dia. aku ingat dah nak petang. tu pun sebab aku terbaca sms abg long dia yg wish dia. aku siap bleh tanya kat chul,"apa buang tebiat long ni wish happy besday kat...." tak abis ayat aku, terus aku teringat yg hari itu adalah 09/04/08... terus aku jerit... ha'ah la hari ni besday awak... huhuhuhuhu.... sungguh aku lupa bukan dibuat2. so, malam tadik lepas kuar jalan2 n melepak dgn kak fida, aku balik umah tukar baju bagai terus tunggu detik 12 am. sebab nak wish dia. mata punyalah mengantuk tapi tahan. mcm2 aku buat nak bg tak ngantuk. dengar radio kat hp la, tgk katalog watson lah... pehtu dtg idea nak buat rakaman suara n send to him... hahahahah... apa ayat2 recording aku takyahla tau kan.

then, aku pun ada bikin suprise kat dia dgn membagi cupcake ke opis dia. cupcake tu aku tempah dr lina (http://cuppies4you.blogspot.com/). aku mintak lina delivery ke opis chul. so, dlm kul 5 lebih tadik dia call chul n serahkan the cc. lina kata chul blur2 ajeee... pehtu opismate pun tak tau hari ni besday dia. aisemennnn... tapi takpelah. aku tak tau nak bagi hadiah apa. aku bg cupcake aje lah... anyway, happy birthday to my beloved chul. gambar2 cupcakes aku akan upload bila tuan punya cc email kat aku.



Wednesday, April 8, 2009

B.R.E.A.K

waaahhhhhh...lamanya aku break dr dunia blogging. last sekali aku post kat sini adalah pd hari lahir aku thn lepas... gila lama ... 5 bulan. ganassss. kenapa aku break from blogging? sebab GUMUSUT yg buatkan hidup aku kusut sepanjang 5 months back. mau tak kusut. melayan karenah client and supplier serta bos2 aku yg agak2 lembab tak basah2 tuh. mmmm...so far setelah 5 bulan mengharung segala tension, depresi, masalah, suka, duka, meeting, skang ni aku boleh tarik nafas lega skit jeee.... skang aku tgh tunggu shipment aku sampai ke warehouse client.

tapi banyak pelajaran sepanjang 5 bulan ni yg aku belajar. tahap confident aku utk interact with all level people semakin bertambah termasuk english converstaion aku yg kelam kelibut tu. walaupun kelam kelibut aku tarah jugak cakap dgn supplier yg terdiri dr mat2 saleh dr italy, germany, uk & austria. nice dealing with them walaupun kadang2 aku rasa nak telan je depa nih. and now aku tau macamana nak kelentong2 skit client aku yg fussy nak mampos... dan baru kutahu deal dgn mnc ni sgtlah leceh. other than that aku belajar how to do proper documentation & paperless. dan aku berjaya convincekan bos aku yg sengal itu utk beli software baru. hehehehehehe....

so many thing to update. malehla... aku harap dgn terupdatenya blog aku hari nih, makanya aku akan terus update dr hari ke hari. cuma tak sabar nak tunggu esok.. something will happen... hehehehehehe.... tak sabar nak tunggu...