Thursday, April 17, 2014

N.U.R.B.A.T.R.I.S.Y.I.A

13 April 2014 (Ahad) jam 7.36 am, lahirlah seorang puteri yang ditunggu2. heheheh... bukan anak aku, tapi anak sedara. biras aku aka bini kepada adik ipar aku telah selamat bersalin. boleh tahan berat gak dak kecik nih, 2.95kg. fuhhh... mak ayah dia bagi nama Nur Batrisyia binti Muhammad Bakhtiar. 



walaupun bukanla anak sendirik tapi rasa macam sendiri yang beranak. sebab bila Nora (biras) masuk wad sbb false alarm sampaila beranak aku involve secara langsung. especially tang berbincang dgn doktor dan buat decision. kira orang penting jugak. kenapa aku dgn Chul dok sibuk2kan depa ni kan? haaa... sebab paling utama adalah adik chul aka adik ipar aku (Bakhtiar) n wife adalah OKU (Orang Kelainan Upaya). depa 2 org ni tak boleh dengar dan tak boleh cakap (pekak & bisu) sejak dilahirkan. so, kitaorang kene involve la sebab kang ada pulak miscommunication kan... naya... doktor or nurse cakap lain, kang budak2 ni silap paham, salah buat, habisss... since aku skang ni dh dok umah je kan, maka aku la yg banyak ke sana sini. Chul keje kan. Mak2 & Bapak dah tua, tak larat nk ulang alik spital. 


1st thing yg aku buat bila due date dh nak dekat, aku pi sibuk2 tanya kat misi Klinik Pakar 5, spital BP pasal prosedur temankan bini dalam dewan bersalin. ye, kat johor, kalau nk teman dlm dewan bersalin, kene gi kursus 1 hari, laki bini, pehtu sign surat akujanji, pehtu baru boleh masuk masa bini bersalin. bila aku terangkan kat sister nurse tu yg diaorang ni OKU, maka kursus tak payah pegi sebab depa takde staff yg boleh berbahasa isyarat. ok, cool. 


Nora masuk spital on 1/4/14 dalam kul 11pm macam tuh. dia rasa contraction 10 min sekali. bila doc check jalan bukak 1cm. so, masuk wad 9 dulu. tunggu2 jalan masih 1cm jugak. so, esok paginya doc mintak datang hospital nak bincang. so, bergegas la aku mandi segala sbb tgh buat cream puff. terus call taska nak mintak tompang dak syaza kat taska 1 hari. maleh nak bawak spital. kang penat melayan dia jeee... sampai spital dalam pukul 11 lebih. terus jumpa doc.


Doc: ni kakak Nora ker?

Aku: Ya, doc
Doc: macam ni, kita ada option untuk Nora. 1) balik rumah dulu, since jalan still 1cm and contraction mild sahaja. 2) paksa bersalin (induce)
Aku: Kenapa nak paksa bersalin doc. ada masalah ker?
Doc: Takde. Ibu & baby ok. takde masalah. cuma sy concern pasal logistic. saya takut diaorang ni takde kenderaan, or susah nak datang hospital bila Nora betul2 sakit.
Aku: oooo... kalau pasal tu, doc jgn risau. Bakhtiar ada kereta & dia boleh drive. so, kalau bila2 Nora sakit, dia boleh hantar ke hospital
Doc: ok, kalau takde masalah pasal logistic, then oklah
Aku: Kalau induce macamana prosedur dia doc?
Doc: ok, esok pagi kita start bg ubat. kita tgk progress bukaan dia, kalau jalan tak bukak jugak, kita masukkan ubat kedua, kalau masih sama, kita masukkan ubat ketiga. kalau takde progress jugak, kita operate
Aku: ok, jap sy bincang dgn diaorang n mak2 diaorang. nnt sy bagtau apa keputusan

so, aku bincang dgn nora & bakhtiar pasal ni. bakhtiar sibuk soh induce. aku bgtaula apa yg doc cakap pasal prosedur, pehtu aku bgtau kalau induce sangat sakit. pehtu tanya pendapat mak mertuaku dan jugak mak nora. masing2 soh balik dulu. biar sakit natural bukan paksa2. so, lepas inform doc & nurse nak balik, maka depa siapkan surat segalalah utk discharge. 


11/4/14, Nora warded lagi, kali ni ada tanda darah dgn lendir. bukaan 1 cm. adehhh... aku cam terfikir2, ni nak kene operate ke ni sbb jalan tak bukak2 kan. risau jeee... petang tu aku ke spital nak tgk apa cerr kan. nurse mmg cakap kene tunggu je la. so, balik. the next day, petang lepas gi kenduri kawin singgah pi tgk. bawak mak. Ahad pg tu (13/4/14), lepas subuh, aku baca sms bakhtiar bgtau Nora dah masuk labor room, bukaan dh 4cm. ok, aku pun siap2 lah nak gi spital. bersangka yg lama lagi kut nak bersalin kan. so, rileks2 je... hamik, sekali sampai spital, dh bersalin rupanya. aku sampai dalm kul 8 lebih gitu. dah selamat bersalin dah, cuma baby kene dok NICU sbb jantung tak stabil. terus ke NICU. bakhtiar kat situ. jumpa staff nurse kt pintu masuk, sbb wad NICU ni utk makpak je. org lain tak boleh masuk. tapi, chul dapat masuk sbb special case utk azan iqamatkan baby. setel azan iqamat, kitaorang menunggu la kat luar NICU tu. tunggu Nora eluar dr labor room ke wad biasa. misi kata dal 2-3 jam lepas bersalin la depa hantar ke wad biasa. 


dalam pukul 11.30am, Nora keluar dr labor room ke wad biasa, wad 10. masa dalam wad la baru tau Nora bersalin secara vacuum. bacaan CTG masa tgh bersalin makin rendah, which is degupan jantung baby makin lemah, maka doc takmo amik risiko terus vakum baby. patutla bakhtiar sms bgtau dia kene keluar bila aku tanya dapat tgk tak bakhtiar bersalin... baby kene duduk NICU for at least 24 hrs. dlm pukul 1 lebih camtu, aku mintak diri balik umah dulu since mak Nora pun dh datang. lepas setel temankan Nora ke toilet segala n report kat misi Nora dh buang air kecik segala, maka aku baliklah.


bakhtiar pun balik nak tanam temuni. dalam kul 3.30pm camtu, doc call bgtau Nora dah boleh balik. tapi baby belum boleh balik. ok, lepas asar dalam pkl 5 camtu gerak ke spital. aku dgn mak jeee... chul tinggal jaga syaza kat umah. sampai spital, Nora&bakhtiar kat NICU. aku terus ke sana, pehtu bgtau guard aku nak jumpa staff nurse. so, nurse bgtau baby kene stay dulu kat wad 7 (wad biasa). maybe esok baru bleh balik. ok fine. semua tunggu sampai baby dibawa ke wad 7 dr NICU. bila dah dipindahkan maknanya baby dah ok. lepas maghrib jugak baru gerak balik. 


14/4/14 (Isnin), gerak dr rumah kul 8 am camtu utk teman bakhtiar pi checkup kaki dia yg patah tuh. pehtu nak pi tgk baby. kalau2 boleh balik kan. bakhtiar setel pukul 10 camtu. Alhamdulillah, tulang kat pinggul dh bersambung. boleh buang 1 tongkat, n jejak separuh tapak kaki. MC lagi 3 bulan. sampai wad 7, guard kata doc tgh round, so tak boleh masuk. aku mintak nak jumpa staff nurse. misi bgtau doc pakar belum round, so, tak tau boleh balik ke tak. so, sementara nak tunggu doc pakar, kitaorg pegi sarapan, buat surat beranak, pegi bank, hantar MC kat socso semua. pehtu balik semula ke hospital. terus pegi wad 7. doc panggil aku masuk. macam2 dia tanya pasal nora & bahtiar and also family. kat mana berpantang, ada tak yg jaga budak2 ni, ahli keluarga yg lain normal or OKU cam diaorang semua kan. aku terus tanya, boleh balik tak doc. dia kata kene tunggu doc pakar. keluar balik dr wad, terus lepak kat surau sementara tunggu doc pakar lagi. aku sempat la lelapkan mata. 


dlm kul 2.30pm camtu pi lunch kat kafe spital, pastu kul 3pm naik ke wad 7 balik. aku tunggu kat luar, bakhtiar je masuk. Alhamdulillah, baby boleh keluar. si bapak terus pi setelkan bil semua, aku tunggu je la kat atas. pukul 4pm jugakla baby keluar dr wad. sementara tu aku call dua2 mak bgtau baby dh boleh keluar. wassap Nora bgtau baby boleh keluar. once baby keluar dr wad, aku amikla baby dr nurse. pergghhh... feeling macam anak aku je ... heheheh... kalau aku yg beranak pun mmg dah ok la sgt sbb syaza pun dh nk masuk 4 thn. hahahha... ada 3 baby yg keluar sekali. misi kene iring sampai guard. antara tiga2 mak baby tuh, aku la yg jalan paling laju... wakakakakakaka... yg lain jalan sopan jeee... hehehehhe... 


dalam kul 5 camtu, selamat sampai umah mak Nora. setelkan apa yg patut. guide dia cara nak breastfeed semua, solat asar, pehtu aku baliklah... fuhhh... mcm2 pelajaran, pengajaran yg aku dapat sepanjang uruskan Nora & baby. Alhamdulillah semuanya ok. refresh balik pengalaman masa mengandung & beranak... ahahhaha... mcm la dh beranak ramai kan. padahal anak br sorang... heheheh... 



SITI SHAMSIAH SARKON

SID: 880039
CALL/SMS/WHATSAPP: 017-2923912

No comments: