Wednesday, March 12, 2014

W.A.H.M

Assalamualaikum... hari ni masuk hari ke-13 aku dengan rasminya bertukar status dr ibu bekerja di pejabat kepada WAHM (Work At Home Mother). gelaran yg aku nak dr dulu. 2 thn dah kontrak abis dan tak disambung, maka aku amik keputusan setakat yg hari ni la kan nak jadi WAHM. masa kontrak dgn cimb dah nak abis, aku dapat keje kat RHB. itupun aku gi interview RHB pasal ada agen pekerjaan tepon soh pegi walk in interview.ok aku pegila memandangkan kontrak dgn cimb pun tak tentu boleh disambung. Alhamdulillah hari interview tu jugak aku dapat offer. interviewer soh pi buat medical check up. kalau medical check up cung, maka aku dikira berjaya. aku pun buat medical check up kat Klinik Nur. setel semua, aku pun tunggu je la HR RHB tepon. aku dapat surat ngam2 lagi 2 minggu kontrak nak abis. lepas telek belek kontrak, maka aku sign surat n start training kat RHB Learning Centre Bangi start 4/3/13 sampailah akhir bulan Mac tuh. bulan 4 aku dh masuk Branch Yong Peng.

last day kt RHB adalah 27/2, well short notice dr HR. aku tau aku last day adalah petang 27/2 tu jugak. pelik tapi lantakla... aku bukan performer pun kan walaupun aku rasa prosedur tu macam tak betul. 28/2 aku datang jugak office sbb nak pulangkan tag dgn medical card. tu pun aku yg beria nak pulangkan sbb kalau prosedur CIMB dulu gitu, so aku assume RHB pun sama. for surela tak nak org salah gunakan tag kan. aku datang ptg lepas sembahyang jumaat. setelkan apa yg patut, pastu ada makan2 sikit utk farewell. aku bg ucapan skit n ada penyampaian souvenir utk aku.



maka tamatla kisah kerja di bank utk sementara waktu nih. aku ok. takdelah sedih sgt ke apa. sbb mmg aku ada buat istikharah mintak petunjuk adakah patut aku teruskan keje kat RHB atau bertukar kerjaya as WAHM pulak. mmg aku takde mintak keje kat mana2 pun setakat nih. aku nk fokus pada bisnes shaklee dan jugak bisnes makanan segala mala tepung. InsyaAllah... hr last tu aku buat cheesekut dgn roti lapis daging berkeju yg aku amik resepinya dr FB. Alhamdulillah respon bagus. esoknya kak eida mintak roti daging tuh. next weeknya hr selasa aku hantar 3 bekas cheesekut ke rhb yong peng. 

elok je aku bergelar WAHM, chul dgn syaza demam berganti. chul demam start on weekend. syaza start demam selasa malam. check suhu dh 37 deg. dia banyak merengek. the next morning 40 deg. aku dh start lap badan dgn towel and bagi dia makan ubat. rabu pagi (5/3) lepas bergaduh2 mandikan dia, aku bawak pegi klinik. tirod dia merah dan sedikit bengkak. doc soh aku mandikan selalu dan lap badan dia. balik klinik, makan ubat dia pun lena. malam tu suhu maintain 37 - 38 deg. mlm tu dia makan skit n makan ubat lena. the next morning dia merengek2. aku check suhu, hamikkkk 40 deg lagi. chul dh suruh aku bawak gi spital. aku senyap je... continue lap badan dia. pastu dukung dia bawak jalan2 kat luar rumah pagi tu sambil tgk chul pegi keje. pastu aku gi amik daun sirih. naik atas rumah pastu ramas2kan daun sirih tu dalam air utk buat lap badan dan kepala syaza. dlm pkl 10 camtu syaza tido lepas makan ubat. kali ni lama sgt dia tido. Alhamdulillah petang tu suhu turun 36.6 deg. legaaa... sbb palnnya kalau by petang tk turun suhu nak shoot pi hospital. tp mmg la kali ni punya demam syaza sgt cranky. adehhh.... sabo je la mak ko ni nakkk melayan... huhuhuhuhu... la ni dtinggal batuk dgn selesema. selain ubat klinik, aku selang selikan jugak dgn Nutriferon Shaklee. chul pun aku bg jugak nutriferon dgn performance drink. dgn aku2 sekali balun PD dgn Nutriferon tuh.. la ni aku pulak yg mcm nk demam... ahahahaha... 


rutin harian aku lepas benti keje ni, bgn pagi gosk baju keje chul, buatkan air milo dia, pas chul gi keje, basuh baju, mandi, siapkan syaza, tolong mak mertua masak, kemas bilik dgn barang2 sendiri, ngadap FB, tido tghari (nikmattt oooo...), makan, suapkan syaza makan, cuci kete, bergaduh dgn syaza dan jugak start skit2 bisnes online aku. pasal bisnes, nnt aku cerita kat entri lepas nih... ok, chow sin chee... 



No comments: