Syazana Aminah adalah anak aku dgn chul. Syaza lahir 10/12/10, lg 4 hari anniversary aku dgn chul. ya, 3 thn kitaorang tunggu. bila usia perkahwinan dah masuk 2 tahun, aku dgn chul start jumpa doktor untuk pemeriksaan. Chul yg minta aku survey kat KL mana tempat yang boleh buat pemeriksaan. semua tempat aku survey. LPPKN, HUKM, Hamit Arsat, and a few doctor. bila chul minta aku survey, aku lega. ini menunjukkan bahawasanya dia bukanla lelaki ego yang akan salahkan perempuan 100% bila lambat dapat anak (ada ye lelaki2 yang salahkan bini bila lambat dapat anak). yes, punca lambat mengandung tu lebih kepada perempuan (as doc said), tapi tak semestinya lelaki tak menyumbang kepada masalah itu. dont expect korang lelaki2 ni sihat walafiat sahaja. sebab tu kita kene seek for profesional advise yerrr iaitu doctor.
Lepas pencarian beberapa bulan, aku teringat kawan aku pernah ajak aku gi jumpa doktor pakar sakit puan kat bdr puteri klang. so, aku google nama poliklinik tu dan terus call tanya prosedur. paling aku suka adalah tak perlu buat appointment. terus datang walk in masa doctor bertugas ada. fuhhhh... lega. kalau hamit arsat, ko kene buat appointment 2 bulan sblm nak datang. klu hukm kene mintak referral letter dr klinik lain untuk buat temujanji. kalau lppkn kene buat test hari kerja which is semua tak menepati kriteria aku n chul yang PJJ (perkahwinan jarak jauh) waktu tu. so, kitaorang pilih untuk pegi ke Poliklinik & Pusat Bersalin Barakah. dan jumpa dengan Dr Khairiah Seman. masa 1st time pegi tu, tawakal je. doa2 mintak2 doktor adalah baik dan boleh consult kitaorang. aku tak ingat dh tarikhnya bila kitaorang jumpa dia. yg pasti, jumpa je dia, terus aku dgn chul boleh sembang apa masalah dan bincang macam2 dgn dr khairiah. dia ni sangatla soft spoken. dulu dia pakar O&G kat HUSM, pehtu kat spital KPJ n then bukak klinik sendiri.
Apa yang aku buat masa 1st time jumpa adalah transvaginal scan, untuk tgk keadaan rahim kita, kilang telur kita and keadaan telur2 kita dalam ovari. Alhamdulillah... semuanya normal. utk chul, dia soh buat test air mani kat Gribbles Lab Batu Pahat. bagus... Dokter ni tak menyusahkan pelanggan. dia cuma soh bawak result test tu utk next check up. Selesa mmg sangat selesa berurusan dgn Dr Khairiah nih... so, dia cuma bagi ubat subur (Clomid). kene mkn dr hari ke 3 period sampai hari ke 7 (5 hari). dia bgtau klu 1st cycle tak menjadi, pegi mana2 klinik, jumpa doktor dan bgtau yg aku nak pil clomid and kene bgtau doktor yg aku tgh planning utk pregnant. So, aku makan Clomid utk 3 cycle tapi tak menampakkan hasil. Chul punya test result pulak menunjukkan peratusan sperma yg sihat utk bersenyawa adalah kurang. maka dokter sarankan makan vitamin Surbec Zinc. So, after 3 cycle makan Clomid, aku jumpa balik Dr Khairiah, buat balik transvaginal scan utk tgk perkembangan telur2 aku. suprisingly, dia kata ada cyst. aku macam... apa??? tapi Dr bgtau mungkin kesan aku makan Clomid. so, kene stop Clomid and dtg next month utk scan lagi sekali. masa tu aku tanya jugak dgn Dr, apa supplemen yg aku boleh amik utk bantu aku pregnant. masa tu aku makan habatussauda jeee... and masa tu aku banyak baca testimoni Biodex. so, aku mintak pendapat Dr pasal Biodex. Dr bgtau from testimoni yes Biodex mebantu ramai wanita hamil. cuma Biodex ni takde clinical proven. So, aku tanyalah nak makan supplemen apa. So, dia suggest utk makan Fertility Blend yg kene beli direct from US, takdak jual kat mesia. dia soh pi website and order. harga utk 3 bulan supply adalah lebih kurang harga Biodex sebulan punya supply. yg bestnya Fertility Blend ni cuma 1 jenis pil sahaja, harga dalam RM500+ (ikut currency exchange masa tu) utk 3 bulan supply dan utk suami dan isteri. dan, kalau kata kita pregnant bulan pertama atau kedua, kita boleh refund balik botol yg ke-3 kat dia. best kan? so, aku dgn chul decide utk beli. mintak tong sahaini utk orderkan since kitaorang takde akaun paypal masa tuh. so, tunggula lagi sebulan baru barang sampai.
In between masa tunggu supplemen sampai, aku baut appointment dgn KPJ Shah Alam utk buat Ujian X-ray rahim (Hysterosalpingogram – HSG. X-ray ni utk tau tiub fallopio kita tersumbat atau tak. Cara dia, Dr atau Radiographist akan suntik cecair kaler biru kalau tak silap dalam rahim melalui faraj kita. hehehehe.... ngeri kan bunyi dia. tapi, ni cara yg paling murah la utk tau tiub fallopio kita tersumbat atau tak. kalau tak silap kos adalah RM200+ kt KPJ Shah Alam. ni pun suggestion dr Dr Khairiah. selain dr charge yg murah berbanding spital lain, korang boleh pilih nak radiographist pompuan atau lelaki. boleh buat pembedahan jugak tapi of coursela mahal dan kene stay hospital. kalau company korang cover bolehla buat pembedahan. tapi cam ngeri jugak buat prosedur nih. aku ni tak baca langsung pasal prosedur nih sebelum aku pegi buat. yg penting korang kene bawak pad dgn extra panty sbb akan ada pendarahan skit lepas buat prosedur nih... nak kata sakit tu tak la tapi rasa ngilu la kat bawah tu kan. kalau sape2 yg pernah buat paps smear lebih kurang la rasa sakit dia tuh... and terasa jugak masa dia injek cecair tuh... hehehhe... pehtu bila cecair dh sampai kat tiub fallopio, raiographist tu akan amik beberapa keping gambar. Alhamdulillah tiub aku tak tersumbat. ooo yes, utk buat prosdur ni kene buat hari ke-11 atau ke-12 dr hari pertama period. and prosedur dlam 2 jam gitula... lepas dr buat prosedur nih, ada la rasa sengal2 kat bawah tuh macam tgh period... huhuuu...
lepas dr tu, aku tunggu supplemen sampai di samping amalkan petua2 utk cepat hamil. including makan kurma, makan taugeh yg buat sendiri, continue habatussauda, say no to air gas, fast food segala. so, dipendekkan cerita, seminggu ke 2 minggu sblm birthday chul thn 2010 tu (9/4), badan aku mmg letih semacam dan rasa malas yg amat menyelubungi ... huhuhuhu... nak berjalan pun malas. pastu masa tu jugak ada 2 org kawan aku yg keguguran. and baru perasan jugak yg period aku cam lewat. so, aku cam dah cuak... cam terfikir2 aku pregnant ke... so, aku call Dr Khairiah tanya pendapat dia. sbb bila kira2 dr 1st day period utk March, dah ada 40 hari. sbb kawan aku ada cakap, kalau nak buat pregnancy test, aku kene tunggu 40 hari utk buat. Dr Khairiah bgtau buat je self PT pagi2 masa 1st urine. so, on 7/4/10, pagi2 lepas bngun n 1st urine, aku pun buatla tets. berdebar2 masa tuh. sbb selalu kalau buat kompem negatif. n yes, 2 line bebeh pagi tuh. dah la mamai2 kan baru bangun tido, so, buat kali kedua. dan sekali lagi 2 line. terus amik gambar and send kat chul. terus chul call tanya, pregnant ke? of course la pregnant kan... hehehehe... yg bestnya hari yg sama, supplemen Fertility Blend tu pun sampai. tak sempat aku dgn chul nak makan. so, Fertility Blend tu aku jual balik kat Dr Khairiah. dia akan jual kat patient dia.
So, macam tu la perjalanan aku masa usaha utk pregnantkan Syaza. selain dr jumpa doktor, makan supplemen, kurangkan makanan rapu, aku ada amalkan doa utk dapat zuriat. Alhamdulillah...
No comments:
Post a Comment