Thursday, December 22, 2011

U.P.D.A.T.E.L.A.W.O.I

update la woiii... kalau nak bior bersarang baik takyah ada blog... adehhhh.... 3 bulan dh tak update. skang ni aku tgh MC. aku start MC bila syaza kene chicken pox. ye, cek mek kecik tu dh kene chicken pox. berjangkit kat taska. owner, anak owner and anak pembantu taska telah beramai2 kene chicken pox and berada di taska. takde usaha nak mengasingkan diri. nak tak nak aku kene jugak hantar syaza pegi taska sbb takde sape wehhh nk jaga dia. so, diala yg malang sebab yg pertama berjangkit. budak2 lain aku tak tau terjangkit ke idak. malas nak amik tau. syaza kene 2/12 (jumaat).pagi tu aku perasan ada bintik2 berair yg agak besar saiznya kat belakang badan syaza. aku bawak dia gi klinik n confirm anak aku kene. doc cuma bg losen camomile tu. so, aku start MC dr senin (5/12). syaza start demam panas sabtu malam. suhu asikla 38 deg. aku bawak gi klinik malam tu jugak dgn bantuan babah n mama. masuk ubat montot. lama baru sejuk. sambil tu aku lap ler dgn kain basah. macam tu la anak aku demam on and off sampai la rabu malam tu dia asik menangis n refuse to drink her milk. esoknya aku bawak lagi gi klinik. hamikkkkk kene ulser pulak kat mulut. kulat susu kat lidah. banyak koooo.... penuh mulut. aku mintak refer letter and terus bawak syaza ke pusrawi. disebabkan aku nk bawak syaza balik ke BP doc cuma bg drip and ubat sapu utk mulut dia. depa sediakan referal letter utk aku warded syaza kt batu pahat nnt. aku rasa bangang jugakla aku nih. apsal awal2 aku tak balik je BP kan. konon2 rasa boleh handle sorang2. padan muka aku. malam tu (8/12) chul datang n bawak kitaorang balik bp. sampai bp terus tuju hospital putra and wardedkan syaza kat situ. mujurla kompeni ada bg medical benefit cover segala bende. kalau tak pun syaza dh ada pru BSN. aku tak tau kalau bawak gi hosp gomen. depa nak layan ke dak klu aku mintak syaza warded. masuk air, antibiotik (antiviral for chic pox), antibiotik utk batuk syaza yg tak baik2 tu... semua pun jalan ubat2 tuh. sengal betul klinik yg aku pegi sbb tak bg antiviral kat syaza. haaaiiissshhhhh... ni la padahnya dgn aku cetek ilmu dan doc yg sambil lewa. masa kat pusrawi lagi doc tanya aku kenapa klinik tak bg antivoral. aku cengang2 je sambil jawab tah tak tau. tak kesahla. mmg nk menduga aku kan. so, syaza warded until 12/12 (senin). masa tu belum la fully recovered especially ulser mulut n kulat susu kat lidah tu, tapi getting better la. dia akan nangis bila nak minum and makan. amik masa jugak nak baik. huhuhuhuhuhuhu.... ginila kan ada anak. haaa...lepas syaza kene, aku pulak yg kene.sabtu lepas (17/12) aku pulak ditumbuhi bintik2 air kat muka. yeaahhhh.... nice ehhhh... dah la buat makan2 sempena besday syaza hr tu. patutnya nak sambut masa 10/12, tapi sbb syaza dalam wad, maka kita pospone la... petang tu, lepas hantar mak aku balik, maka ke klinik la kita. doc bg antiviral utk dimakan 3 hari setiap 5 jam dgn panadol. aku demam jugak sabtu malam dgn ahad tuh. lepas makan antiviral n jyga air kelapa... haaaa...amik ko keluar semua. kat muka n kepala paling banyak, pastu kat bahu, dada n belakang. kat kaki je kurang... hooooo... tell you man, gila sakit n gatal n miang. hadoiiiiii laaa... muka ni mmg penuh la. kalah bulan dah.... MC lagi aku sampai 23/12. hamikkk ...makin nak benti makinla MC. nice.ngabihkan duit kompeni kan... semalam, aku perasan yg ada 3 bintik besar kat muka ni ada nanah. aku dh pelik2 dah. ni bisul ke apa pulak kan. member kat fb kata maybe ada 2nd infection. dia soh jumpa doc and amik antibiotik. sudahhh laaaa.... mcm2. pagi ni gi klinik n doc confirmkan ada 2nd infection. dia bg balik antiviral and lagi 1 antibiotik. huhuhuuhuhuhu... hRp2 baikla sebelum minggu depan. banyak bende nak kene buat sebelum balik johor for good. pasni kenela cari losen gamat healin nak sapu bagi licin n hilang segala parut. pehtu kene la carik vit E jugak. doc n nurse kat klinik tadik dh soh dah makan vit E.tak pasal2 macam2 ubat aku kene makan. so, korang2, kalau anak atau korang sendiri kene chicken pox, pastikan doc bg antiviral utk chickenpox. klu doc tak bg cari kat farmasi. bahaya wohhh chicken pox. boleh sbbkan komplikasi pada paru2 dan otak. boleh lumpuh sehhhh... antiviral tu bukanlah nak menyekat virus chicken pox tapi meminimumkan komlikasi disebabkan chic pox. selain mempercepatkan ianya kering dan mengurangkan parut bila chic pox kering n baik. utk gatal2 n miang2 masa kene chic pox bolehla carik daum semambu (org india ada tanam), atau pegi kedai ubat cina and beli herba utk mandi utk chic pox.
apa aku buat masa MC2 ni. melayan karenah dak syaza yg dh setahun. meh aku update skit skil budak kecik itu: 1) umur dh setahun 2) dah pandai jalan masa umur 11 bukan ( aku tak sangka secepat ini) 3) kuat makan n nak makan bubur tanpa diblend atau nasi lembik bubuh lauk. pantang nampak org menguyah, sibuk mengendeng. kuat minum susu pun ya. especially malam. bangun aje utk minum. at least 3x. 4) membebel bahasa dia 5) dh pandai tunjuk2 guna jari telunjuk. tapi tak taula dia nak tunjuk apa sebenonya 6) dh pandai geleng2 kepala bila tak nak. ewahhh....geram je aku especially bila aku dh buat susu, dia boleh geleng kepala tak nak pulak 7) dah pandai panjat meja. meja jepun la. coffee table belum lagi. 8) mandi suka, pakai baju melalak 9) skang ni klu malam dia still nk tido buai. takmo tido kat bawah. apehal ntah... selalu ok jeee... 10) dh pandai letak hp kat telinga...kalau kita ckp hello, dia sengih2 11) TGK IKLAN...ni dia punya obsesi... fanatik gila dgn iklan. kalau nangis boleh pause jap bila iklan, bila jalan boleh benti, bila makan, boleh stop....kalau ko tutup mata dia...siaplaaaa dia cari jalan utk tgk jugak or dia ngamuk laaaa jawabnya... apa ntah lagi skil dia. dh tak berapa ingat. huhuhuhuh... okla... moh makan dulu.lapar nih. hehehehehehe... 4

3 comments:

fini zaini said...

nabihah 4 thn baru kna ciken pox sbb dok taska la..dpt bertahan lma xkna sbb kn ade jab utk cikenpox skang..xlama tuh wafiq plak..depa kna but very minimum la sbb dh pnh amik cucuk..sib baik msa tu direct bwk kjmc mmg doc bg antiviral cikenpox..kjap je dh recover..

sistyah said...

syaza belum amik jab tu...rasa kalu tak silap jab tu lepas sethn. huhuhuhuhu...

sahaini ahmad safian said...

lenkali buat lah perenggan. ngeee.