amik kauuuu... setahun aku bior jeeee blog aku ni bersawang... since last entry yg aku tulis, so many things happen kepada life n kerjaya aku. meh kita bubuh secara kronologi ikut tarikh ekkk...secara rambang la tapinya...
30.12.11
ni last day aku berkerja kat PFP. sedih wehhh... 3 thn aku berkhidmat kat sini. dr gaji aku yg below market sampai la gaji aku dinaikkan, drpd aku zero pasal jual beli barang oil n gas sampai la aku tau macamana nak gaduh n client kalau aku betul. 3 thn yg penuh dgn pembelajaran n pengalaman yg aku takkan dapat kat mana2. terima kasih kawan2 semua. aku tak sempat sgt nak beria2 farewell dgn kawan2 keje sbb kan aku mc panjang sbb syaza n aku sendirik kene chicken pox.frankly speaking, aku rindu gila nak buat keje2 procurement. aku ada mintak keje bhgn ni tapi tak dapek kat batu pahat.aku gerak balik ke batu pahat pada 31/12/11 dgn kete wira. amik kauuu penuh 1 kete aku nyumbat dgn semua barang.tghari jgkla aku gerak, singgah kajang n lepas zohor gerak balik ke batu pahat. lewat petang sampai umah. BABAI KL...
masa ni syaza kitaorg dh start hantar ke taska kat batu pahat. Alhamdulillah dia serasi kat situ since day 1.legaaa.... jenuh gak nak carik taska yg mampu bayo n puas hati dgn persekitaran...
1/1/12 - 16/3/12
ni tempoh aku bekerja dgn KM Lim Motor aka HONDA dealer kat batu pahat. Bosnya bagus sbb bg aku masuk bulan 1. patutnya aku kene start bulan 11 lagi. serabut gak mula2 aku masuk sini. kene study pasal semua model kete honda. berasap kepala aku membaca nota. tp aku tak lama kat sini. Alhamdulillah, dapat better opportunity dgn CIMB. kat sini pun aku banyak gak belajar especially realiti dalam keje yg berkaitan dgn sale nih... penuh pancaroba, sandiwara n sbgnya... heheheh...
19/3/12 - present
aku start keje sbg personal loan advisor kat CIMB. aku kene jaga 2 main produk. personal loan utk gov staff n jugak ASB loan. bila kau keje kat sini, baru la aku sedar banyak bende yg sebenarnya berkaitan dgn aku. klu dulu aku tak amik tau pun bab2 interest bagai nih. now dah tau dah. dan sekarang ni kepala otak dh mula memeikirkan ke arah investment. tu la kebaikan yg aku dapat bila keje dgn CIMB. tapi letih la kan buat marketing nih... kene kejar target tu... huhuhuhu...
at the same time aku meniaga kecik2. jual tepung2 segera. Alhamdulillah dapat letak kat kedai. n In Shaa Allah, akan mengembangkan lagi pasaran tepung2 nih. bolehla tgk tepung yg aku jual kat fb aku yerrr...
and chuk n aku berjaya bukak carwash n daftar company. carwash mula beroperasi beberapa hari sblm raya haji. chul la funder n adik aku run the bisnes. aku tukang monitor. Alhamdulillah... mendapat sambutan. harap2 berjaya la perniagaan kitaorg tu.
itu antara kronologi nya la n perkembangan aku setakat nih. tak larat la nak cerita yg lain2. aku harap lepas ni aku akan lebih berkesematan utk update blog nih dgn cerita2 kehidupan aku.
yg pasti, aku berHIJRAH thn nih. HIJRAH yg perlukan PENGORBANAN yg besar. BIG decision. sepatutnya aku berHIJRAH 4 thn yg dulu, tapi tak jadik n bertangguh sbb chul bg aku peluang utk aku kejar kerjaya aku. dia bg aku peluang utk rebut peluang yg ada depan mata. itu jasa dia yg aku tak boleh lupa. tanpa izin dan restu dia aku tak kan tenang keje kat KL. well, sama2 bertolak ansur. aku pun redha bila dia dapat pindah ke batu pahat which itu hajat dia dan parents dia since bujang. rezeki tu datang bila kitaorg kawin. kitaorg sempat sama2 mengharung hidup kt kl selama 6 bulan.
perancangan aku utk berHIJRAH sebenarnya thn depan, tapi perancangan ALLAH thn nih. dgn kejadian2 yg menimpa keluarga chul thn lepas, ALLAH gerakkan hati aku n fikiran aku utk berHIJRAH. Alhamdulillah, hijrah aku memberi kegembiraan n senyuman kepada ramai org especially chul, mak aku n family mertua. dh tiba masanya aku kene duduk di samping suami. opismate aku terkejut bila aku kata aku nk resign. even bos pun terkejut. diaorg semua ingat aku nk stay lg sethn. tapi, bila aku explain, semua sokong tindakan aku. tak mudah duduk berjauhan dgn suami. mereka yg berjiwa kental je yg bertahan.
Aku bersyukur sepanjang aku sorang2 kat KL, ramai yg amik tau dan membantu. abg2 ipar, biras, keluarga angkat, kawan2, opismate ada je time aku perlukan. aku rindu kehidupan aku kat kl. 6 thn jugak la aku dok kat kl. 4 thn aku jauh dgn chul. Alhamdulillah, jodoh aku n chul dipelihara dan dilindungi Allah dr anasir2 luar n sbgnya.
Aku harap, semuanya akan berjalan dgn lancar. banyak perancangan utk tahun depan. Mohon dipermudahkan segala urusan Ya Allah... Amiiinnnnn....
No comments:
Post a Comment