Sunday, September 18, 2011

G.E.M.B.I.R.A.D.U.K.A.D.I.H.A.R.I.R.A.Y.A

SELAMAT HARI RAYA!!!! haaa...amikkk ko lama betul la aku ni nak update. huhuhuhu... salahkan budak2 it kt opis yg block segala mak nenek website...hihihihihi...

ok,jom cerita pasal hari raya. thn ni adalah thn pertama aku beraya dgn anak.dh baper thn raya berdua dgn chul aje.Alhamdulillah, sambutan raya meriah walaupun cuma family aku je yg beraya dgn family mertua.kami berlima aje di pagi raya sbb bahtiar(adik chul yg bongsu) keje. ada tragedi skit di pagi raya. syaza adalah kencing tembus pagi tuh.aku tak perasan.so, aku ni dh pakai kain raya, aku pangku dia masa dia minum...hahahahhaha...best betul. tk pasal2 aku kene basuh jap kain tu, keringkan n iron balik.adehhhh...lepas sembahyang raya,acara bermaaf2an dan pembahagian duit raya.hehehehe... so, lepas tu tunggu tetamu la kan apalagi... almaklum umah mertua aku ni mmg umah port sedara mara datang. sbb both PIL anak sulung,pehtu tok nenek dua2 side pun dh takde.ptg raya gi beraya umah mak ngah,malam tu gi umah mokde n terus balik umah mak aku pulak. esok paginya lepas siap2, gi umah Yai, Nyai Puah, Nyai Diah n Yai Basar. pastu balik umah mak balik. rehat2, tunggu syaza bangun terus gerak balik Rengit sbb cik Atip dh nak balik Somban. sempat gak singgah umah mak mertua Cik No. huhuhuh...anaknya sudah 4.coming soon yg kelima.baru 4 bulan.lama dh tak jumpa diaorang sefamily.masa aku amik kursus kat pasir gudang, aku dok umah diaorang 3 bulan. raya ke-3, pagi sampai tghari chul gi marhaban.aku tolong mak skit2 sediakan apa yg patut utk org datang marhaban.mak cuma buat jemput2 ikan bilis.ptg tu kitaorg gerak gi umah kak net,umah cik mat,mak usu n last umah pok teh.

episod duka start malam raya ke-4 ni lah bilamana dlm pkl 1.30 pg tepon umah berbunyi. bahtiar eksiden kat parit mengkudu.huhuhuhu...chul n mak terus siap2 nak pegi tgk. tak lama pastu tepon umah berbunyi lagi.aku dh cuak2,rupa2nya polis call bgtau bahtiar ada kat balai dh.aku terus call chul bgtau bahtiar kat balai polis rengit.tak lama pastu diaorang sampai umah.rupanya mak soh bahtiar mandi n makan sebelum gi balai polis balik semula utk buat report.sblm tu dh gi klinik kesihatan rengit utk chek kut ada apa2.Alhamdulillah, takde kecederaan yg parah. tapi, kereta kancil dh nearly total lost.huhuhuhu...lepas gi buat report kat balai polis rengit,chul terus bawak bahtiar gi spital batu pahat utk buat full body xray.taku2 ada kecederaan dalaman kan... dkt kul 5 pagi gak chul n bahtiar sampai umah.



so,plan raya ke-4 utk gi beraya pakcik makcik belah family aku tertunggak.banyak urusan nk diselesaikan pasal eksiden nih.kene buat report kt balai polis trafik, tgk kete kat bengkel, insurans dll.hr sabtu tu plan nak ke pontian,tp takde org kat umah.so,plan nak gi umah nenek kat pt usop,muar.masa masuk kete check hp ada sms bgtau ayah su suami kepada wak rah meninggal tgh malam sebelum tu.so, terus tukar plan gi jb dulu.dlm kul 3 lebih gerak ke muar.dapatla gi umah nenek n pokde.ahad balik rengit n packing barang2 nak balik kl esoknya. hr senin dlm kul 10 ke 11 gitu gerak balik ke kl.sampai kl dlm kul 2 camtu.lepak2 kat umah,ptg tu gi umah pait.mlm tu lepas maghrib hantar chul gi tbs.

so, aku keje la dr hari selasa sampai jumaat. jumaat aku gi umah pait sbb nak follow dia balik kampung next day. sabtu pagi dlm kul 7 gerak dr sg buloh.singgah somban umah cik atip.pastu terus gerak ke kulai umah cik mat.anak dara dia yg sebaya n satu sekolah n satu asrama dgn aku kawin.lps kat situ, gi umah moksu n pokteh n abg farid.lepas maghrib gerak balik.sampai umah dlm kul 9 lebih.esoknya bermula lagi episod duka di hari raya. bahtiar keje pagi.dalam kul 6.45 dia gerak dr umah gi keje. dlm kul 7.30pg tepon umah bunyi.acik anak mak ngah call bgtau bahtiar eksiden kat rengit.adehhhhh...kali ni parah.long n chul terus siap n gerak ke rengit.aduhai...dugaan betul.pastu pait,mak,ayah n mak idah pulak gi tgk.huhuhuhu... mak terduduk bila dapat berita tuh.mujur org tua tu takde sakit jantung, tapi dia ada high blood pressure.tapi muka mak mmg cool la.chul ikut bahtiar n ambulan ke hospital batu pahat.



well, dr gambar di atas, merc tu adalah pesalah kerana tlh membuat pintasan yg salah (pnjam ayat saha).patutnya dia kene u-turn.takleh cross dr simpang lagi satu utk ke seberang jalan.yg melanggar pun sedara mara sendiri jugak.adehhhh...confirm tgn dua2 patah,kaki pun dua2 patah...aduhai,sakitnya.chul balik umah tghari tu.nampak dia penat n sedih.dia yg terapat dgn bahtiar.all this while apa saja yg berkaitan dgn bahtiar mmg chul yg uruskan.dr zaman dia sekolah sampai la sekarang. Almaklum bahtiar ni OKU, bisu n pekak.so, segala urusan mmg perlukan pembantu, maksud aku jurucakapla.lagipun skang chul dh dok kampung kan, lagila kan, tanggungjawab mmg di bahunya lah.chul dpt cuti 2 hari n dia apply cuti sampai weekend.pait mintak aku cuti hr senin.aku on je.pastu aku rasa cam tak sampai hati nak tinggalkan chul sorang2, mak n ayah uruskan bahtiar.walaupun aku tau, kalau aku ada pun takla membantu sgt,tp aku rasa ada lebih baik aku berada di sisi chul di saat getir nih.mmg nampak sgt chul sedih.jarang laki aku nk bersedih2an nih...so, aku pun cuti seminggu jugak. chul mmg sibuk ke sana ke sini uruskan bahtiar.Alhamdulillah,pizza hut cover insurans dan akan uruskan tuntutan socso.chul tgh usahakan utk tuntut insurans kete,bantuan dr JKM n hospital.well, kalau ikut status chul pada hr jumaat, kos utk metal implant adalah lebih 8k beb.huiiii...mcm downpayment rumah wokkkk....huhuhuhu... gambar eksiden banyak kat camera chul.aku tak dan nak save bagai.gambar raya pun upload satu dua je kat fb.hihihih...

gitulah cerita suka duka di hari raya.aku harap bahtiar cepat sembuh n boleh jalan semula.nnt bila dh sembuh bolehla kawin.aku rasa planning mak nak kawinkan dia awal thn depan mcm tak boleh dilaksanakan.well, kita doalah yerr Allah permudahkan semua urusan.bila jadi bende2 macam ni, aku rasa it's time for me utk serius mencari keje di batu pahat.Ya Allah, ko bukakan la pintu rezeki aku di batu pahat supaya aku boleh bersatu dgn suamiku dan keluargaku.Aminnnnn...

No comments: