Monday, August 1, 2011

B.E.N.G.K.A.K

kepada ibu2 yg breastfeed, sure antara korang pernah menghadapi situasi bengkak susu kan? especially masa dalam pantang. aku masa dalam pantang, Alhamdulillah takdela menghadapi situasi tu, cuma bengkak sikit je la... takdela sampai demam2 gitu kan. ad org sampai demam2 sebab bengkak susu. worst case, ada yg sampai bernanah kat breast sbb susu takleh dikeluarkan (ini terjadi kepada anak opismate aku). mungkin Allah nk bg jugak aku rasa cemana org lain rasa bila kene bengkak susu, haaaa amikkkk.... walaupun skang syaza dh masuk 8 bulan, aku pulak tak direct menyusukan dia, aku tetap merasa bengkak susu macamana. fuhhhhhh...tobat aku takmo kene lagi dah. seksa weehhhh.... tak boleh bangun aku cakap ko....

kisahnya bermula begini. Ahad lepas (24/07/2011) aku dgn chul dgn syaza on the way nak ke umah long (abg chul) sbb nak jemput mak n ayah. depa datang sbb nk melawat long yg baru lepas operate buang hempedu. syaza telah melakukan aksi ganas dgn membagi penumbuk kepada breast aku. yeeee kawan2 walaupun budak kecik tu baru nak masuk 8 bulan, tangan dan kaki dia mmg bertulang besi, berurat dawai. 2 kali dia kasi punch. yerrr...mmg rasa sakitnya. sengal2 gitu. aku biar je lah. thought akan baik kejap2 lagi. pehtu sampai umah long aku terus pam macam biasa. masa on the way hantar aku balik ke gombak, terasa lagi sengal2 tuh.and guess what, malam tu breast aku bengkak dgn penuh jayanya. sebelah je plak tuh. kepala terus sakit n berdenyut2 tahap aku mmg tak boleh nak bangun. aku call sana sini nk dapatkan penawar. mula2 aku tuam dgn air panas. macam makin worst pulak. macam makin membengkak. aku call k norita, dia soh pam macam biasa sampai bengkak hilag n tuam dgn ais. bila tuam dgn ais cam lega skit. tapi still kepala berdenyut2 tak hengat. malam tu aku hanya bangun utk bg syaza susu, pastu aku tido balik. malam tu susu melimpah ruah keluar tapi aku tak boleh nak bangun n pam. mmg sakit kepala.dahla syaza pun selesema, sian dia tak selesa nak tido hidung tersumbat.

esok paginya,aku still tak larat nak bangun. k fida hantar syaza ke taska. tghari baru aku boleh nak kuatkan diri bangun, mandi, siap2 nak kuar cari makanan n pegi klinik. beli bubur mcd shj. sampai klinik, Alhamdulillah kebetulan Dr Mohd Hisham yg bertugas. aku mmg suka jumpa doc ni sbb dia pro breastfeed. wife dia breastfeed, so sedikit sebanyak dia paham dan mungkin wife dia juga pernah melalui benda yg sama. so, dia check semua n bagi antibiotik utk prevent infection, ubat bengkak n ubat tahan sakit. dia soh aku keep pumping n tuam dgn ais. yg dia takut adalah, kalau ada nanah. lepas staff nurse dia check semua ok kecuali bengkak still there. aku terus gi berurut plak sbb satu badan mmg sakit cam dema urat tu haaa... so, tukang urut tu buat bekam angin n urut 1 badan plus aku cuci rambut nak bagi kepala ringan. lps buat semua2 tu, aku amik syaza.

malam tu, masa aku pam, aku perasan ada nanah keluar juga. panik sekejap... call k norita n doc. diaorang soh aku keep pumping, makan vit c lebih n also makan ubat2 yg doc bagi. kalau sakit sangat, datang balik klinik. huhuhuhuhu... menurut k norita, nanah tu boleh hilang sendiri asalkan rajin pam dan keluarkan. dia kata amik masa at least seminggu utk nanah tu clear. susu yg dr breast yg bernanah terpaksa dibuang. syaza takleh minum. sayang weehhhh... 15-20 oz jugak terbuang. huhuhuhuhu... tapi, Alhamdulillah, masa aku sakit camni, syaza boleh accept 100% formula. walaupun aku cam tak rela dia minum formula, tapi aku redha je la. bak kata doc Mohd Hisham tu, tak semestinya kita tak bagi susu kita kat anak, kita tak boleh create bonding antara kita n anak. well, aku bertekad skang nih, aku akan terus pam n pam, bagi susu aku kat syaza selama mana susu tu ada.

berbalik kepada nanah tadik tu, nanah tu still ada sampai la hr khamis camtu. hr rabu aku masuk opis. ptg tu aku pegi blk klinik sbb masih ada nanah. so, doc Mohd Hisham bg 2 option, either teruskan pam, makan ubat atau gi further check up kat pakar. so, hari khamis aku dapat GL dr pmcare n terus call spital tuk buat appointment. dapat appointment hr sabtu pagi.

so, sabtu pagi yg hujan renyai2, sedap kalau sambung tidur, aku telah menjejakkan kaki kat spital pusrawi. lepas tunggu dalam 3 jam, aku jumpa doc. dia check semua, Alhamdulillah takde apa yg serius. nanah dah clear n aku dah boleh bg susu aku macam biasa kat syaza.

jadi kawan2 yg sdg menyusukan anak, yg akan menyusukan anak, selalu2 lah kosongkan breast korang. make sure breast selalu kosong untuk elakkan kejadian yg macam nih. serius seksa. tak payahla ngada2 nak try rasa sakit bengkak susu. serius tak best. bila bengkak susu, pastu tak keluarkan boleh sebabkan infection, bernanah, or bisul.klu dh kene infection, bernanah segala dia akan potong skit dan keluarkan nanah tuh. dia takkan jahit, dia akan biarkan luka tu n tak jahit...hohohohohoho.... seksa wooohhh kalau macam tu. aku tak sanggup. ok itu ajeee... adios amigosss....

3 comments:

Nur Rasmatin Saidi said...

sy skrg tgh bengkak susu.ank br nk masuk 3 mggu.mmg seksa..bila bgn rasa nk pitam..td belek2 puting mcm nanah..seramnye..dh la puting sakit gila babas! ksian my baby boy..dh la kuat mnyusu..tpaksa bg susu formula..

Asha said...

Salam
Mcmane nak tahu ade nanah?
Adakah bila kita pump/picit kuar susu secara normal
Susu itu berwarna kuning?

sistyah said...

Asha: aah, masa pam/picit nipple kar nanah...