Tuesday, July 5, 2011

S.A.K.I.T

ok. skang bleh plak kan segala tok nenek website bleh bukak kat opis. so, aku amik kesempatan utk update. bolehla update bila2 aku suka.hahahahahaha... bagusla hr tu dekat seminggu internet kat opis ni hang2. ni rupanya hikmahnya...tu la block lagi semua web, last2 hang segala bende.kahkahkah...

ada berita sedih n gembira start 09/06 yg lalu sehinggala semalam. ok aku start dgn yg sedih la yeee... takla sedih sangat tapi yg tk berapa best.yg gembira mmg gembira la. kita ikut tarikh la senang kan...

09/06/2011 (khamis)
aku keje hr ni. ada meeting dgn client.ms ni ada berita gembira. peluang nk close deal sgt cerah.just few things kene revise n the order will go to us. mlm td chul bgtau dia hantar mak gi klinik sbb mak menggigil n badan tak best. so, doc kata low BP. pelik sebab mak ada high BP berthn2 lamanya. so, hr ni chul EL nak jaga syaza n dia ada bgtau yg dia pun dh cam nk demam2.pastu call mak sendiri, mak pun demam2 jugak lepas anto pengantin sepupu kat ipoh. adehhhh...ni yg tak gembira nih. so, lepas lunch, aku gegas2 gi TBS utk balik kg. patutnya bas aku kul 5.30pm hr yg sama, tapi aku gegas2 nak balik awal.dh call kaunter kata bleh naik bas awal sbb bas banyak lg kosong. on the way dlm erl aku cr tiket bas kul 5.30pm tu, bleh plak takde kan. sengal la tuh. tak pasal2 terbang lagi rm26 beli tiket baru.adehhhh...tak kesah la janji aku dapat naik bas awal.pastu nk jd cerita dh sampai pagoh, bas tu pulak tangki air ke pam dia bocor. so, driver bas kene brenti2 isi air supaya bas tak overheat, adehhh...dugaan betul nk balik kampung. so, aku call chul soh amik kt batu pahat aje.turun bt pahat n tunggu bahtiar amik.sampai2 umah, aku mmg terkejut tgk keadaan mak. mak tgh gigil n baring kt bilik.tak sangka aku gitu sekali keadaan mak sbb tghari tu aku call chul, dia kata mak ok. terus siap2, pam susu, maghrib n zasss bawak mak gi hospital. mmg lemah betul mak masa nih.sampai2 hospital terus gi emergency check suhu n bp,terus masuk dalam wad pemerhatian.diaorang buat xray,ecg segala n drip beserta ubat utk stabilkan balik tekanan darah mak. berejam gak la tunggu sbb nak make sure darah mak boleh stabil ke tak, if not kene tahan kat wad.dekat kul 11 baru dapat tau mak kene warded.
so, uruskan mak masuk wad segala n bgtau adik beradik chul.chul tak pegi sbb dia demam n jaga syaza kat umah.aku n bahtiar n ayah tunggu jap mak sampai doc dtg.so, doc pun soal siasat mak n kitaorang.apa yg doc elik adalah macamana BP mak boleh turun mendadak sedangkan mak ada high BP. doc suspek ada pertukaran ubat,mak diet melampau,silent heart attack.rawatan yg diaorang bg adalah bg ubat melalui drip utk stabilkan tekanan darah,stop bg ubat darah tinggi, continue insulin utk kencing manis.every 1 hr akan amik BP mak.once dh stabil, diaorg kn stopkan ubat and monitor mak punya BP stabil ke idak bila takde ubat.
tgh malam tu pait singgah tgk mak kat wad n pastu dekat kul 2am kitaorang gerak balik.aku adalah terbongkang kat seat belakang.ingat nak tunggu mak tapi aku tak bawak pam.so, breast sudah penuh woooo...kang klu tak pam aku pulak yg demam.

10/06-13/06/2011 (jumaat sampai senin)
mak masih kene tahan sampai la senin pg. petang tu dalam pukul 4 mak sampai rumah lepas discharge tghari tuh. hr jumaat aku tk gi tgk mak.aku siapkan umah mak sbb 11/06 tu mak usu nk buat kenduri kawin along kat umah atuk sebelah.so, aku siap2kan le umah mak tuh sbb tau mesti ramai sedara mara yg akan singgah.

sabtu ptg lepas kenduri umah mak usu,kitaorg beramai2 tgk mak.aku gilir2 dgn chul jaga syaza.ms aku naik tu, aku terkejut tgk mak tak salin lagi baju yg mak pakai masa hr khamis tuh.aku tanyala mak, nurse tak salinkan ke?mak kata nurse kata nk salinkan tapi tak terbuat2.so, aku mintak tolong nurse bukakkan wayar2 yg ada kat mak,pastu lap2 badan n kaki mak n salinkan ke baju spital.baru mak rasa selesa skit.lepas maghrib gerak balik.masa ni BP mak belum stabil lg.mak kata hr sabtu tu ramai yg dtg melawat.

ahad ptg aku n chul repeat lagi tgk mak.berita gembira bila semua treatment sudah dihentikan masa pagi.tapi wayar2 stil belum bukak ptg tuh. so, aku terus mintak nurse bukak segala wayar n tiub kat badan mak sbb mak nk mandi. so, mandikan mak n siapkan mak. baru la nampak mak segar n nampak sihat bila dh mandi. jalan pun dh ok skit dh tak melayang2 macam hr tu. Alhamdulillah...

isnin tu mak dapat discharge. aku dh siap2 masak bubur nk bawak gi spital, tinggal nk mandi jeee n gerak ke spital. pastu bahtiar balik n bgtau mak dh boleh discharge tghari tu. syukur...

sepanjang mak kene warded kat spital, persoalan yg ditujukan pada aku n chul adalah siapa yg akan jaga syaza lepas ni. so, aku n chul dh bincang dan dpt kata sepakat aku akan bawak syaza ke kl walaupun mak soh cari bbsitter or nurseri kat batu pahat jeee. aku tau mak tak boleh nak lepas kan syaza lagi. 6 bulan mak jaga. tapi bila pikir2 chul selalu balik lambat, kadang2 malam bru balik,so, better syaza dok dgn aku. lagipun agreement ms nak tinggalkan syaza kat kg adalah sampai umur dia 6 bulan je. hati aku belah bagi jugak bila org2 keliling bercakap2 tapi last2 mmg syaza ikut aku ke kl.so, ni berita gembira buat aku n berita tak berapa best utk mak, chul, ayah n bahtiar. but what to do. keadaan membuatkan keputusan seperti ini perlu dibuat. mak kene rehat n tak boleh buat keje2 berat dh. syaza makin besar n makin lasak. mak punya main concern is kalau aku bawak syaza ke kl, aku akan jarang balik kampung n dia dh tak boleh jumpa syaza selalu. Insyaallah aku akan cuba bawak balik syaza jumpa atok, nenek, nyai n pakcik2 sebulan sekali.

dan sepanjang mak warded n sakit ni macam2 gak cakap2 yg tak sedap didengar oleh telinga aku yg aku dengar. apa yg aku buat??? aku diam dan senyum dan nagis bila aku rasa sedih sgt. ramai yg soh aku pindah ke batu pahat, ramai yg soh aku tinggalkan syaza dan lain2. ada yg cakap mak penat jaga cucu, letih uruskan susu dan cucu dll which seolah2 macam nak salah kan aku dalam hal ni sbb tinggalkan syaza kat kg utk dijaga oleh mak. well, telan je la kan. orang boleh cakap apa jeeee... aku tau mak tak cakap pun macam tuh. but org sekeliling yg kita tak boleh nk tutup mulutnya. org tak paham keadaan kita.org tak tau macamana berbelah baginya hati aku nk bawak syaza ke kl. aku pun berat hati jugak nk bawak. kesian kat mak. takut sakit mak melarat pulak bila syaza takde. takut sakit dia melarat sbb rindu cucu. tapi apa2 pun aku kene teruskan keputusan yg dh dibuat utk kebaikan bersama. org tak tau betapa aku nak sgt balik ke batu pahat n duduk sebagai keluarga yg lengkap. siapa yg tak nak kan anak n suami ada sama2.tapi keadaan sekarang belum mengizinkan. orang boleh cakap ku kejar duit kat kl nih, which is true sebab aku adalah harapan mak n adik beradik bila keadaan sesak. aku takde abah dh, mak aku takde pendapatan tetap, adik beradik aku tak bekerja sebagus aku. so, bila keadaan kecemasan or keadaan memerlukan duit, diaorg akan mintak tolong aku. and yes, buat masa sekarang aku masih menggalas tanggungjawab tuh. aku bersyukur sgt2 chul paham keadaan tuh. aku pun ada hutang piutang yg aku kene langsaikan sblm aku nk settle down kat batu pahat. aku tak nak susahkan chul nak bayo hutang2 aku pulak. dia pun ada gak hutang yg nk dibayo. Insyaallah, aku akan balik ke batu pahat secepat yg mungkin.

ok, skang kita cerita pasal syaza kat kl. syaza selamat ke bumi kl pada 19/06/2011.malam tu dia mengamuk2.tido kejap pastu terjaga, melalak. actually dh beberapa hari sebelum tu dia melalak2 bila terjaga malam2. macam tau2 nak kene pisah dgn semua org. the next morning, aku n chul hantar dia gi taska yg aku dh survey hr tuh. Alhamdulillah the moment owner tu amik dia n dukung, dia tak menangis pun. punyala aku n chul risau kalau dia nagis meraung2 sbb syaza dh kenal org. borak2 dlm 1/2 jam kitaorang pun tinggalkan syaza kat taska dgn harapan dia ok kat situ. Alhamdulillah masa amik petang tu, dia ok tapi nampak dia letih. tak dapat tido petang. sampai je umah terus ngamuk2 nak tido.

25/06/2011 (sabtu)
aku terpaksa beli susu formula utk syaza sbb production susu aku semakin menurun. ni semua sbb jadual pam dh lari masa kelam kelibut mak kene masuk wad hr tuh... huhuhuhu... mlm tu aku try campur susu, dia nak. ptg tu gi tgk baby nadia.comel jeeee... pastu singgah umah mijao. ms ni dh petang, susu aku dh abis. aku tak sempat pam.so, lepas mandi segala kat umah mijao, syaza dh nangis nk susu. aku bancuh la susu dutch lady tuh. tapi dia mmg tak nak. ngamuk2 tak nak. ngamuk2 la dia sampai tertido. huhuhuhuhuh... sampai umah baru dia betul2 minum. tu pun sbb aku campur dgn susu aku.

26/06/2011 (ahad)
hari ahad ni la segalanya bermula. dr pagi sampai ke malam syaza berak lebih 7 kali. so, malam tu lepas hantar chul, aku baak syaza gi klinik. doc kata alah susu n kembung perut. mmg bunyi dung...dung... perut syaza. doc soh stop susu formula n bagi susu aku jeee. nasib baik malam tu syaza ok.

27/06/2011 (senin)
syaza still berak like 6x macam tuh. then ada demam skit.aku EL hr tuh.monitor berak n demam dia. ptg tu gi jumpa doc lain, dr hisham, klinik kita, wangsa maju.doc soh bg isomil sbb aku ada cakap production aku tk banyak. then doc hisham ni suggest makan ubat tahan muntah utk tambah susu.

28/06/2011(selasa)
syaza getting better tapi perut still keras. hantar taska, aku keje.

29/06/2011 (rabu)
perut still kembung n keras. hantar nurseri n gi keje. dalam kul 1 ke 2 tghari tu taska call bgtau syaza berak2. aku terus zasss balik n amik syaza bawak gi klinik kita balik.doc bg ubat angin yg lain, ubat yg lain, continue apa yg ada.

30/06/2011 (khamis)
aku cuti lagi nak monitor syaza. 01/07/2011 (jumaat)
aku dah siap2 nak pegi kerja. masa nak tukarkan diaper dia nampak bintik2 kat badan. terus bawak dia ke klinik, n doc bgtau dia kene campak halus. adehhh....call taska n taska bgtau takleh hantar dia ke taska takut org lain berjangkit.so, berkampung la lagi aku kat umah dgn syaza. aku mandikan dia dgn herba cina, sapu minyak telon everytime aku tukar diaper. hr ni perut dia dh lembut. tak nangis dah bila aku mengurut perut dia.

04/07/2011 (isnin)
aku pulak yg cirit. best betul tiga2 org dlm rumah tuh kene cirit birit,makan apa ekkkk.......... tp hr ni dh recover dh. mlm tadik telan pil chit kit tek aoun.

huuhuhuhu...haaaa...amik panjang lebar entri kali nih.muntah la saper2 nak baca. dh lerr takde gambo...nasib lerrr....

No comments: