meh kita membebel sementara anak tido dgn nyenyak dalam buai... kali ni kita cerita pasal breastfeeding ye... aku mmg sejak sebelum mengandung, simpan angan2 nak menyusukan anak2 aku dgn susu aku. idola aku adalah mak aku. oleh kerana aku ni anak no 2 jadik aku dapat tgk macamana mak aku meyusukan adik2 aku yg 3 org tu dr dorang kecik sampai la beso... pastu ditambah plak galakan dan contoh terbaik kat opis aku, puan stella yg skang dh beranak 3. dia baru je lepas cuti bersalinkan anak no 3. dia seorang mak yang berbangsa sangat passion terhadap breastfeeding. dr anak no 1 sampai la yg no 3 nih. aku dapat tgk kerajinan dia mengepam hari2 kat opis pagi n petang. masa tu kalau dia hilang tau dah mesti dia masuk bilik rahsia utk pam susu. masa tu kitaorang kat opis lama kat luxor. skang opis dh pindah ke kl sentral since ogos 2008.
bila aku tau aku peknen, 1st thing yg aku sibuk2kan adalah pasal breastfeeding. aku sibuk search and tanya sana sinio pasal breastfeeding. n of course orang yg jadi mangsa adalah stella. masa search2 tu aku jumpalah forum susuibu.com. kat sini la aku baca macam2 pasal breastfeed. tapi sampai la ni tak khatam semua topik. seperti yg diketahui aku n chul adalah suami isteri jarak jauh. jadiknya antara topik yg aku selalu baca adalah cara menyimpan ebm, cara transport ebm dr satu tempat ke satu tempat n jugak pengalaman 1st time mother macam aku, dan jugak pam yg sesuai. tak lupa jugak, aku pegi kelas persediaan breastfeeding dgn suraya lunatots. konon2 nak pegi yg farah sarakids buat, tapi masa aku nak pegi tu dia tgh tunggu masa nak bersalin, so, dia suggest soh pegi kelas suraya.
mula2 mmg aku ingat breastfeeding ni mudah. bila baca kisah suka duka org lain masa breastfeeding, aku cam tak percaya. ye ke susah macam nih. sampaila aku sendiri melalui detik itu. yeeee...breastfeeding tak semudah yg disangka. especially utk 3-4 hari pertama. nak pulak syazana aminah adalah anak yg kuat menangis dan asik nak melekat. lepas dia lahir, within 1st 1 hr tu mmg nurse bagi syaza kat aku utk disusukan. Alhmdulillah, dia latch dgn baik sekali tanpa perlu diajar. staff nurse yg ada kat dalam labour room tu pun puji syaza sbb pandai latching. aku dh gumbira2 dah. bila masuk wad jeeee haaa mulalah episod dia takmo berenggang. mmg nak melekat aje kat breast sampai aku nak ke tandas pun payah. ms tu stress la jugak. macam2 terpikir. tak kenyang ke anak aku, latching ni betul ke idak. tanggapan2 salah yg biasa terhadap peringkat awal breastfeeding. padahal pegi kelas nih.so, malam pertama aku dgn syaza kat wad mmg stress sbb syaza mmg nk melekat ajeee... kalau lepas, kejap je dia diam pastu dia merengek. mmg aku takleh gerak ke mana. dhla tak berapa pandai sgt nak breastfeed nih. aku mmg duduk je la menyusukan dia sbb tak pandai nk menyusukan sambil. even sampai la skang aku mmg tak reti nak menyusukan sambil baring. mlm tu sampai kene mintak nurse pegangkan syaza kejap sbb aku nk gi shi shi.
balik rumah pun sama. 1st few days masa kolostrum aje yg ada mmg stress. dgn org keliling yg sibuk soh bg air masak, susu formula. pehtu plak si syaza kene jaundice plak. adeh, 1 malam dia kene dok wad. so, selamat dh dia minum susu formula sbb aku punya susu 'tak cukup' and org keliling keep saying yg dia lapar, tak cukup susu. pehtu ada plak yg selamba bagi air masak. aku ni redha je lah walaupun sebenarnya aku nak marah sgt. lps kuar wad, sibuk plak soh bg air anggur la, susu kambing la bagai. adehhhhh....anggur je chul ada bg. susu kambing aku yg balun, pastu aku feed syaza. so, dia dapat susu kambing dr aku. dan aku beli jugak susu tepung 'takut' anak aku lapar. 1 kali je aku bg syaza susu formula. tu pun tak sampai 2 oz. hr ke-5 je. selepas dr hr itu, Alhamdulillah, hanya susu aku yg masuk ke perut dia.
mmg banyak dugaan dan cabaran nk bg syaza susu badan. yes, tak semudah yg kita sangka. paling susah adalah nak menepis cakap2 org keliling. itu yg paling stress. Alhamdulillah, Allah bg aku hati yg keras dan perangai yg degil bab menyusu badan. aku mmg berkeras nak bg bg susu badan, walaupun ada yg sibuk soh aku bg susu formula. terima kasih kepada stella, kak fini, peah (ni mmg tpt luahan perasaan sepanjang tempoh berpantang), kak fida, farah sarakids yg banyak tolong bg nasihat dan semangat.
ok tu masa berpantang. ni kita pegi pulak cerita selepas pantang. oleh kerana aku terpaksa meninggalkan syaza di kampung atas kehendak chul dan ibu mertua, maka aku letak 1 je syarat yg mesti dipatuhi. aku bgtau chul, semua kehendak org keliling aku dh turutkan dgn separuh rela (gila ko nak pisah dgn anak, siapa yg nak kan...), so, aku bgtau chul yg aku nk dia handle ebm aku dgn baik. sepanjang pantang, dlm malas2, aku ada jugak buat stok. so, 2 ke 3 hari sebelum aku start keje, aku buat revision balik dgn chul cemana nak handle ebm segala. aku pesan kat chul, make sure susu dh diturunkan, dicairkan setiap malam. esok paginya masukkan susu dalam botol siap2 sebelum pegi keje utk memudahkan keje mak mertua aku. tugas dia cuma panaskan je susu tuh. tak payah sibuk2 nak masukkan dlm botol, takyah sibuk2 nak cairkan susu.
so, dr minggu pertama aku naik keje sampai la sekarang, tugas aku kat kl adalah mengepam n buat stok utk syaza. every friday, aku akn mengangkut tong susu aku yg dipenuhi stok susu utk keperluan seminggu balik ke kampung. tong aku tak cun pun. ingat nak beli coleman tapi mahal n berat. tong tu mmg ringan kalau kosong, tapi kalu dh isi dgn susu beku dan ais, haaa....berat Tuhan saja la yg tau. so, aku hanya gunakan tong polistrin putih yg org selalu buat isi ikan tu je n beli troli utk memudahkan aku nak bawak ke sana sini. yerrr...org akan sangka aku bawak ikan tapi ada aku kesah... ni antara soalan2 yg org akan tanya bila terserempak dgn aku yg bawak tong putih tu:
1)bawak ikan ker? - sgt kerap
2)bawak ubat ker? - jarang2
3)bawak barang lab ker? - kadang2
4) bawak ebm ker? - sorang je yg pernah tanya, nurse ppum
aku akan jawab, aku bawak susu. bila org tanya susu apa, aku jawabla susu aku. masa tu mmg nampaklah muka sorang2 blurrr... adala yg aku cerita lebih lanjut, ada yg aku biarkan diaorang blurrr sampai sudah. hehehehhe... ramai yg pandang sinis dan gelakkan tong aku, tapi aku buat dekkk je la. kadang2 aku feeling2 macam pramugari plak setiap kali aku seret tong tu naik lrt, erl n bas. hahahaha... kalau aku nak cepat mmg macam kete racing tong tu aku buat. hehehehhe...
sepanjang aku berkecimpung dalam dunia breastfeeding nih... cehhhhh...macam la dh lama kan. 6 bulan pun belum...hahahha... banyak suka duka aku dh lalui. paling sedih adalah bila susu aku telah dikeluarkan dr peti sejuk dan dibiarkan di tepi singki opis. sedihhh gilaaaaa.... menangis aku pagi2 tu bila masuk opis. punyalah marah sampai aku takleh nak mengamuk bila jumpa dgn org yg keluarkan susu aku. yg terkeluar dr mulut aku cuma, dh lama ke akak keluarkan susu saya? dh la masa tu susu yg dia keluarkan tu adalah 9 oz jumlahnya. mmg gila. boleh 3x feed syaza tuh. dh la aku ni jenis susu tak meriah macam org lain bila sekali pam. dia pulak buat macam tuh. dia treat susu aku tu macam sampah jeee... dia tak tau ke susu aku tu tak boleh dibeli kat kedai. limited edition.geng mengepam aku yg chinese kata, tu perempuan aaaaa banyak dirty heart tau... see, bangsa lain pun tak macam dia. aku pun tak paham. baru jadik asst manager dh berlagak nk tunjuk kuasa. konon nk tunjuk buat keje la kat datuk.bila aku tanya apa alasan dia keluarkan susu aku dr fridge? dia kata takut datuk terkejut tgk susu banyak sgt dalam peti sejuk. alasan sungguhla tak masuk akal. issshhhh...aku takleh ingat2 sgt peristiwa itu... sungguh menyayat hati aku. huhuhuhuhu
apa2 pun, aku bersyukur, Allah masih limpahkan rezeki buat aku dan syaza. 1st target aku adalah nak completekan sampai syaza 6 bulan. harap2 tercapai. pastu nak target sampai 1 thn. aku doa sgt Allah permudahkan perjalanan penyusuan aku ini.
1 comment:
go sham go!
Post a Comment