Monday, March 21, 2011

S.Y.A.Z.A.N.A.A.M.I.N.A.H.S.Y.A.M.S.U.L.B.A.H.R.I

lama betul tk update blog nih.malas, sibuk dll yg jadik penghalang... apa mau cerita??? meh cerita pasal anak perempuan kesayangan aku: syazana aminah binti syamsul bahri. last sekali aku cerita pasal kaki aku bengkak sakan bila dh towards end of pregnancy. hmmmmm...jom cerita macamana aku lahirkan syaza musukku itu....

aku start cuti masa raya haji. kalau ikut due yg doc bg aku adalah 04/12/10.so, dr raya haji sampai la tarikh tu aku n chul berjalan2 window soping la, tgk wayang la, cari barang la, kemas barang la bagai tapi baby still tk kuar2 lagi. last check-up kat klinik kesihatan dia bagi sampai 10/12/10 je. kalau tk bersalin jgk, aku kene masuk wad n kene induce. in between nk tunggu baby nak kuar, ada 1 hari tu aku kene false alarm. baby tak gerak dr pagi sampai tghari. aku cuak dh. so, chul soh gi klinik tawakal kat rengit. pegi2, doc check heartbeat baby ok, so, dia soh gi spital soh check guna mesin CTG.so, gerak dgn anong (adik) n mak mertua. sampai spital dia soh buang air kecik, pastu dia check perut, tanya macam2. disebabkan aku takde rasa sakit, maka dia tak check jalan.nasib baik sbb kawan2 aku kata sakit. huhuhuhu...bila pasang mesin ctg baby pun start gerak... reading ctg pun ok, normal, scan pun ok semua... so, balikla semula ke rumah. tarikh kejadian aku adalah lupa. kene tgk balik buku merah.

haaa... ni kejadian aku paling ingat. tarikh 9/12/10 (khamis). tghari tu aku gerak balik ke rumah mak aku dr umah mak chul. sebab esoknya, jumaat, 10/12/10 aku kene pegi spital batu pahat utk ditahan kerana sudah overdue.so, nk tido umah mak sebelum masuk spital. sampai2 umah mak, borak2 pastu aku tido n rehat kat depan tv. pastu bangun dlm pukul 5 nk sembahyang asar.on the way nak ke toilet, aku rasa macam ada air kuar kat bawah. aku ingatkan aku terkencing dalam seluar sbb mmg selalu kene gejala itu bila dh dekat2 nak bersalin. pastu bila sampai toilet check spender, ada macam lendir. aku cam eh, adakah ini air ketuban. tapi aku assume aku terkencing dlm seluar. aku tak nak la false alarm lagi kan. so, aku cam amik keputusan tunggu kejap2 lagi, kalau ada lagi kuar maknanya betulla air ketuban pecah. so, bersihkan semua n amik air sembahyang.lps sembahyang aku start sms kawan2 tanya macamana rupabentuk air ketuban. siap surf internet guna phone nk tau air ketuban tu macamana. baik je aku bangun dr duduk, keluar lagi air ikut bawah dgn banyaknya. habis basah kain batik yg aku pakai. terus aku cakap kat chul.huhuhuhuhu... cam panik2 jugak. tapi
aku cuba bertenang dan tukar semuanya dan pakai pad. aku n chul makan dulu sebelum pegi. takut kang kalau dh masuk labor room langsung takleh makan.chul dh nampak cuak2. settle makan semua, salam mak n abang n adik, aku n chul gerak ke spital batu pahat. jumpa anong kat pasar malam. sempatla rembat sate 3 cucuk. sampai spital terus tuju emergency. turun je bawak buku merah, cakap kat brader kt emergency terus dia tolak naik ke dewan bersalin guna kerusi roda. chul gi parking kete n register.

masuk dewan bersalin cam biasa soh kencing, check tekanan darah dan depa tanya macam2 lagi. pastu check heartbeat guna ctg machine. yerrr...reading adalah tak cantik ye walaupun 2 ke 3 kali depa amik reading. aku dh cuak dh. depa pun dh cuak. ni bakal2 kene sembelih namanya.depa panggil doc pakar dtg check. sementara tu depa tgk jalan dh buakak brape. huhuhuh...mmg sakit. sudah bukak 2cm masa tu. so, dtgla doc pakar nak check ctg reading tadik. huhuhuhu..mmg tak elok bacaannya. sekali tu, dia seluk ko bawah tuh nak check apa pun aku tak tau sangat.... meraung aku dia seluk dalam gila...huhuhuhu... pastu aku dengar dia soh nurse buat internal ctg. masuk wayar kut bawah tu n attach kat baby. humang jatuh air mata ku wehhh... haa...kalau nk tau doc pakar yg attend aku nih opanya junior aku masa sekolah kat kota tinggi.tido sebelah katil kat hostel. hhuhuhuh...dr nadia dh sekarang budak tu.

lps pasang wayar semua, depa tolak aku gi katil bersalin.tak sempat jumpa chul masa tuh. sedih gak, tapi nk buat cemana kat spital bt pahat ni suami boleh masuk temankan isteri bila jalan dh bukak 6cm utk anak pertama. dh tukar baju spital segala aku baringla kat katil bersalin tuh.depa monitor internal ctg reading. beberapa bacaan tk cantik jgk sampai aku tak ingat bacaan ke berapa baru ok. depa terus masukkan drip ubat patisin kalau tk silap aku namanya. so, contraction pun bermula. mula mild2 aja.aku ok lagi la boleh zikir n selawat dgn ala2 tenang.lama2 dh 5 jam kat dalam tusakit makin kuat. aku punya suara kejap kuat kejap perlahan menahan sakit. nasib baik nurse pelatih tu baik je, urutkan blakang, pinggang.

so lepas bertarung sakit selama 9 jam, maka lahirlah syazana aminah dgn berat 3.1kg. huhuhuhu...masih terbayang sakit nk kuarkan baby, sakit kene gunting, sakit kene jahit. huiii...klu ingat2 balik takde de nak beranak lagi.dlm masa sejam lepas beranak, depa bg syazana aminah kat aku utk susukan. bijak sungguh baby syaza sbb aku tkyah ajar latching, dia dh pandai sendiri.Alhamdulillah. nikmat Allah bagi kan. lepas 2 hr 1 malam aku n syaza balik umah mak aku utk berpantang.

ok, sekian utk kali ini. nnt bila rajin aku update lagi la yerrr