adalah dengan ini diumumkan, aku dah berada di kampung halaman dgn rasminya utk sesi berehat sebelum bersalin... hehehehe... selamba je cuti awal2...minggu ni dah minggu ke-37.semalam dh check up kat klinik desa sg ayam. best checkup kt sini, takde org ooo...cepat gila dh habis. pehtu check detail. siap tanya rambut gugur ke tak, ada kelumumur ke tak, tgk leher aku la, check nadi kat leher dua belah... aku terpinga2 apsal la depa check semua ni sbb masa kat kl takde pun nak check macam tu kan sampai lupa nak tanya apasal depa tanya itu ini, check itu ini. kondisi aku skang adalah kaki bengkak tak hengat, jari jemari adalah kebas dan pinggang mmg sakit la kan... badan dh makin berat... last week rabu, 10/11/10 aku check up kat kl berat aku 77.7kg. hr ahad 14/11/10 aku gi barakah sudah 80kg...humang aihhhhh.... dalam masa 4 hari aku gain 2.3kg.... tapi bila aku gi klinik desa sg ayam berat aku adalah 79kg which berat aku naik 1.3kg ajeee...heheheheh...lega.... kalau ikut berat sebelum aku pregnant yg dh sedia ada gumuk itu, aku naik 14kg setakat hr semalam. banyaknya!!!!
masa checkup rabu lepas kat kl aku kene jumpa doktor. dia check kedudukan baby kat dalam perut ni haaa... bila dia pegang2, ukur2 semua dia bgtau...
doktor: kepala baby kat atas yerrr... cuba awak rasa kat sini (sambil tunjuk perut bahagian atas kiri)... baby boleh pusing lagi... ada plan nak pegi scan? (masa ni nda suara serta air muka doktor adalah biasa dan selamba)
aku: ok. ada. sy plan weekend ni nak pegi scan. (aku pun rileks la kan...)
doktor: ok. kalau weekend ni awak scan kepala baby still kat atas, awak terus pegi hospital yerrrrr....
masa doktor tu cakap macam tu, aku terus tergamam jap. pastu baru terfikir, songsang ker? seingat aku bulan 10 punya scan kepala baby kat bawah dah...cantik je dia terletak. adehhhh...kene csect ke aku nih... so, lepas consult dgn doktor, aku terus balik opis macam biasa. bgtau chul apa jadik hr tu semua. patutnya kepala dh kat bawah... ada la rasa cuak2 di situ tapi nak buat cemana kan kalau kene sembelih kan... redha je la. tapi aku macam biasa pujuk la baby ni supaya pusing 180 darjah kan. biar kepala kat bawah.
ahad 14/11/10, lepas kemas2 pagi tu dalam pukul 11 gerak ke barakah. lepas amik berat dgn BP dok kejap sementara tunggu dipanggil. terjumpa plak geng masa gi kelas penyusuan kat putrajaya anjuran Lunatots . dah selamat kak najibah melahirkn baby pompuan kat barakah. mula2 masa laki dia tegur, kitaorang blurrrr...pehtu bila dia mention kelas penyusuan baru ingat. ok, bila kene panggil dgn doktor kesayangan kitaorg, dr khairiah, aku ceritalah kerisauan aku pasal baby kepala kat atas. so, dia bgtau biasanya kalau anak sulung, dalam waktu dah 3rd trimester, chances nak beranak normal adalah tipis sbb baby dah besar dan agak susah nak pusing kecuali dgn izin Allah. so, boleh kata kalau kepala baby masih ada kat atas waktu skang ni, maka kemungkinan besar aku kene sembelih la kiranya... so, aku angguk je la tanda paham. so, sesi scan pun dimulakan. dia ltak je menatang ultrasound tuh, terus nampak kepala baby kat bawah...terus aku Alhamdulillah... selamatttttt dr kene sembelih. dia check air ketuban ok, tulang belakang semua ok, muka cam biasa tak nampak (pemalu agaknya anak aku nih), dia ukur kepala, pinggang baby semua. kali ni mmg aku n chul takmo tau pun jantina sbb concern pasal kedudukan kepala baby aku kt bawah ke kat atas. bila dh tau kepala kat bawah aku rasa lega la... doktor kata Insyallah kedudukan ni akan kekal. chances nak berpusing balik cuma 5% ajeee... berat baby skang adalah 2.5kg...hmmm..besar dah anak aku. bulan lepas 1.5kg. Alhamdulillah...aku harap semuanya akan ok sampaila aku bersalin nnt. la ni aku nak berehat dan sediakan diri utk bersalin. nama je cuti, telefon still berdering jugak, opismate call confirmkan itu ini. nasib baik la tak berapa sibuk sblm cuti.
sblm balik kampung, hr sabtu 13/11 tu aku gi ziarah ummi, ex-opismate aku kat ampang. dia dh beranak akhir bulan 10 hr tu. janji dgn budak2 opis lama nak pegi sama2. ahad nya pulak lepas gi barakah, on the way balik kampung singgah ulu langat umah member aku si akmal. pun baru dapat bby hr sabtu 13/11.dua2 org ni tand berank adalah kuar darah, dan sakit tk lama terus beranak... bestnya...harap2 aku pun nnt tak sakit lama2 masa nak beranak... Aminnn... ok, nak berehat dr mengadap laptop ni, nak tolong ibu mertua di dapur sambil makan apa yg patut...perut adalah laparrrrrrr.....:)
1 comment:
selamat berehat di kampung....
selamat hari raya haji...
Post a Comment