Tuesday, July 21, 2009

R.A.S.A.R.A.S.A







hari ni cerita pasal makan. hari jumaat lepas aku rasa tak sedap badan, so aku gi klinik kt dalam giant kota damansara. gi ke situ sebab klinik tu ada medijaring. so, freee maaaaaa... muahahahahha..buat pertama kalinya aku guna kemudahan chul. pastu lapo, tak tau nak makan kek mano. pehtu teringat restoran kakak kawan chul kat sunway damansara yg dh lama aku tak pi. yup, restoran RASA-RASA. pemilik restoran kitaorang panggil kak min. dia usahan restoran nih dgn suami, abg ajib. lokasinya dekat dgn starbuck. apa yg best makanan tghari kat sini sedap sebab before bukak restoran k min mmg buat katering juga. lauk2nya fresh ye bukan yg jenis panaskan lauk semalam. ada jugak menu lain seperti ns dagang, petang skit adalah bubur kacang ke, kuih muih. rasa-rasa bukak pagi sampai petang shj. bulan pose ni tutup, sebab k min nak tumpukan sepenuh perhatian kepada biskut2 raya pulak. aku n chul sgt suka choc chip dia. macam2 cookies dia buat. klu ada sape2 nak tempah silalah bgtau aku.

satu lagi kelainan pada rasa-rasa adalah let say korang nk buat event la kan macam minum petang bersama kawan2 ke, anak beranak ke, korang boleh call n bgtau kak min menu yg korang nak makan. katalah korang nk buat minum petang dgn kawan2, ada 10 org. call k min n bgtau ada 10 org mkn, nk order roti jala, karipap, n lain2 kuih, air mau teh tarik. kononlah kan. haaa... kak min boleh readykan utk korang. by the time korang sampai, semua dh sedia utk dimakan. aku suka suasananya yg oren tuh. one of fav kaler katakan. ceria jeee... so, saper2 yg keje kat sunway dsara atau kawasan yg berdekatan, bolehlah singgah kat restoran rasa-rasa.

Details of restoran rasa-rasa:
Location: 25-1, Jalan PJU 5/11, Dataran Sunway, Kota Damansara
No tel: 03-61417457 (restoran), 013-3856694 (k min)

5 comments:

Junn said...

Hah, demam.. pregnant ke? jengjengjeng

sistyah said...

bukanla jun... demam biaa ajeeee.... penat....

Siti Rohimah Haji Nor said...

Jemput dan sila lah masuk...jamu mata dulu, baru order...

Amiha Ayu said...

dekat je ngan rumah nih.. leh singgah.. huhuuh

sistyah said...

singgah ayu jgn tak singgah...umah ayu kat mana ekkkk.... tapi bulan pose dia tutup...