sham: apa yg insuran tak cover ekkk dik?
staf pantai: rm300 ni co-insurans, maknanya sebahagian dr bill mmg akak kene bayar. akak kene check balik dgn agen insuran atau polisi akak, brape % dr bil akak kene bayar sendiri. yg lagi satu ni akak kene bayar kos register=RM5, probiotik=RM17+ dan jugak CT Scan=RM350.
sham: aikkk... CT scan diaorang tak cover??? kenapa ekkk???
staf pantai: sy tak pasti kenapa, tapi kadang2 mmg mcm tu kak. ada certain treatment yg insurans tak cover
sham: Assalamulaikum abg kahar. nk tanya nih. syaza dh blh discharge, tp bil yg kita kene bayo mcm banyak je... ct scan pruBSN tak cover la... abg kahar kata hr tu cover, cuma kene admit 1 malam. mcmana ekkk
abg kahar: aikkk... suppose ct scan cover. syaza warded sbb jatuh kan?
sham: aah. tp doc syak ada 2 sebab la. 1) internal bleeding 2)food poisoning
abg kahar: awak check balik dgn doc, depa ada tulis tak yg internal bleeding tuh kat report. sementara tu awak boleh call customer service yg belakang card tu, tanya kenapa tak cover
so, aku try call CS PruBSN, tapi disebabkan hr tu adlh 1/1/13, maka opis depa tutuplah. public holiday la kan. aku tepon je 1 lagi no kt blkg kad tuh utk service lain. klu tak silap utk oversea. aaa... lantak, aku nk tau kenapa tak cover. bila call, staff pruBSN tu kata dia tak incharge local punya claim. so, dia mintak no tepon aku dan akan tolong aku utk berhubung dgn CS local claim di hari cuti nih. sblm tu aku cerita la masalah aku kan.
aku naik balik ke wad, tanya kat nurse balik, apa sebab anak aku warded yg doc tulis kat report. nurse kata 1) AGE-medical term utk jangkitan kuman kat usus
2) CNS internal bleeding - medical term utk bleeding kat kepala la
tak lama pastu, CS pruBSN nama dia syahrul call aku balik bg no phone department yg buat claim. aku pun call, yg jawab lelaki nama dia FIKA. lepas mukadimah dan bg no polisi, ni ringkasan perbualan.
sham: sy nak check kenapa pruBSN tak cover ctscan utk anak saya.
FIKA: sy check kat sini, final diagnosis dia AGE kak, tak berkaitan dgn ct scan. sbb tu kita tak cover.
sham: tapi ct scan tu dibuat sbb anak akak jatuh 2x dan muntah. doc ada tulis kan kat report
FIKA: betul, tp kita refer final diagnosis. takkan sakit perut buat scan kat kepala. takde kaitan
sham: mestila buat sbb 1st diagnosis doc suspect ada internal bleeding kat kepala sbb anak akak jatuh
FIKA: takde tulis kak kat sini yg anak akak jatuh
sham: takpelah, sy rujuk balik kat doc
aku dh makin bengang dah, tapi sabar lagi. suara aku dh makin meninggi dah. aku tak tau nak marah siapa dah nih. rasa nak marah semua org jeee... aku tanya balik nurse2 tuh. depa kata, biasanya kalau insuran tak paham apa2 pasal report doc, depa akan call semula dan find out dgn doc sblm final decision depa buat. aku makin bengang. nurse tu mintak aku tunggu doc soon sampai n tanya semula macamana. aku balik bilik semula. tak pasal2 aku kene tunggu. masa tu dah dekat kul 3. nasib abik doc sampai tak lama lepas tu. aku terus tanya doc macamana.
sham: why ya doc ct scan anak i depa tak cover? u tak tulis dalam report ker?
dr soon: i tulis. sometime aaa insuran dia tak pikir logik. result ctscan -ve, takkan i nak tulis +ve. itu lg tipu. i wrote everything in the report. i did the scan because anak u jatuh n vomit. insuran aaa sometimes mau jd doctor tau. they decide what should doc do to the patient instead of doc decide what to do. if like that, then i should resign la, n they should be the doc.
sham: correct.
dr soon: never mind, i will call them sekejap lagi n setel this matter.
sham: ok
ada point kat situ. betul jugak apa doc tuh cakap.so, tgg lagi. so, dr soon panggil staf pantai yg handle insuran claim dtg wad n call pruBSN terus dr wad, depan aku. so, ms teo bgtau la everything, n dia siap cakap, kalau u tak faham report doc, u can speak directly to the doc. doc ada dgn i. boleh eehhhh lepas doc amik phone nak ckp dgn CS tu dia boleh putuskan line aka letak telefon. haaammmmbbbbooooiiiiii... beradab betul ko. dan aku dapat tau bdk FIKA tu jugak yg jawab tepon. hmmm...mmg bakal kene buang keje ko ni kan. dan aku dapat tau yg depa takde hantar blk soalan term2 medical yg depa tak paham. haaa... salah ko la kan. tak paham tu tanya laaaa... sengal!!!
ms teo kata depa still refuse 1st dianosis, nak jugak menegakkan final diagnosis. mmgla final diagnosis cuma AGE, tapi doc kenela buat ctscan atau ujian2 yg lain utk tentukan diagnosis mana yg betul. apadaaa... doc terus soh ms teo call manager in charge, kalau tak dapat jugak, dia soh call CEO terus. amikkk koooo... pasal isu RM350 sampai ke CEO nak pegi. bagus doc, i tabik u. ms teo call blk pruBSN and dpt cakap dgn org lain. dan2 kata managers cuti new year, so, tak boleh setel by today. ms teo, mintak aku setelkan bil dulu. in the meantime, depa akan follow-up balik dgn pruBSN pasal isu nih. aku ni bengang, geram semua ada. tapi nak tak nak kenela bayo jugak. nak balik kan... bila borak2 balik dgn nurse, depa kata ini 1st case la yg melibatkan pruBSN, selalunya yg problem insuran2 yg tak glemer. hmmm.... maka dgn berat hati, aku pun gi la bayar bil n amik ubat, terus balik.
tak jauh aku gerak dr spital, pantai call bgtau case aku dh refund. pruBSN said ct scan covered. sengal kan???? aku bgtau kat staf pantai, nnt2 la aku gi collect refund tuh. gerammmmmmm.....
pengajaran kat sini:
- make sure apa yg dicover dgn tak dicover olh insuran kita
- bila bil keluar, check betul2 apa yg kita kene bayar. jgn bayo membabi buta
- tak paham, terus call agen, tanya spital semula
- FIGHT FOR OUR RIGHT
- pilihla agen yg boleh membantu waktu susah kita. masa mcm ni agen mmg penting juga
so, hr ni ku gi collect refund tuh. Alhamdulillah. salute kat staf hospital pantai batu pahat yg buat kerja dgn bagus sekali. next time, kalau jd lagi mcm ni, aku tau la apa nak buat.
3 comments:
Tahniah..Anda bertindak dgn cemerlang... ;)
Betul tu, Ejen juga memainkan peranan penting. So, please helo2 ejen anda, update dan check polisi selalu.
Khaidir Zakaria
Al Isra' Associates Sdn Bhd
Salam...mmg agent mainkan peranan yg penting dlm mnyelesaikan masalah claim..tanya betul2 sbelum sign borang permohonan..kdg2 agent bknnya tahu sgt, setakat tahu jual jer..kejar comm..ada 10% co pn dorang x bg tahu, takut cstomer x nak ambik dgn dorang...jgn ambik policy dgn agent baru..dorang tu skjp jer buat pas tu cari kerja lain...sy dh kene...
Post a Comment