Wednesday, January 2, 2013

W.A.R.D.E.D

Sejarah berulang. Sethn yg lps, bulan yg sama tapi tarikh yg berbeza, syazana aminah warded kat hospital putra batu pahat sebab chicken pox. semalam, 31/12/12 syaza warded sekali lagi sbb jatuh+muntah.ni kronologi nya yerrr...

sabtu, 29/12/12
syaza jatuh terlentang kt hall lps bertembung dgn raif dalam pukul 4 lebih ke 5 gitu.pehtu jatuh plak tersembam kt tangga simen rumah dpn dalam pukul 6.30.benjol kt dahi.pastu mlm tu syaza adalah susah nak tgk, merengek, buat perangai. aku dh mula hilang sabar nk melayan karenah dia. (aku mmg tak sabar dgn budak yg nanges tak nak dipujuk nehhh... mulalah aku tepuk betis dia... huhuhu...). so, dia nak tidur di pangkuan aku sebenarnya... dalam pukul 3 pagi kut, syaza muntah.3x in total. yg 1st banyak gila... 2nd and 3rd tak banyak. mak chul kata maybe mabuk kut, kepenatan. aku lega la lepas dia tido walaupun cam kompius.

ahad, 30/12/12
dia sgt cranky,tp tk demam.check suhu 34.5 camtu.smpai nk tdo tgharì berdokong br tdo.aku notice yg syaza mcm tk kencing.sbb ptg tu dlm pkl 5 aku mandikan dia,tp pampers kering. sblm mandi nampak dia kencing. tgh malam tu, 12am camtu,dia muntah lg lps mkn ubat demam.pun 3x. aku dh start pelik dh. aku update kat status fb. berduyun2 komen soh bawak gi spital, scan kepala.

aku notice jugak yg dia minum susu sikit@tk nk.tdo nk buai plak.td ms tukarkn pampers pun sama,kering.dia tk kencing.hmmm...

tapi, syaza ni takdelah melepek lembik, tak nak main. cergas je dia main sana sini dgn sedara mara. kebetulan hr ni ada cousin chul kawin sebelah rumah. so, ramaila sedara mara.

isnin,31/12/12
aku gi keje macam biasa pagi nih. lepas masuk opis aku terus call abg kahar (agen pruBSN aku) nak tanya, boleh tak claim kalau buat ct scan. dia soh aku admit 1 malam then br boleh claim. so, aku bgtau chul n tanya dia apa next step. dia soh bawak dulu gi klinik biasa, dapatkan referral letter. so, amik syaza n bawak gi klinik nur. nk bwak gi klinik lg satu tuh, apa ke nama klinik tu, lupa plak tapi doc takde plak. so, bila cerita kat doktor, dia terus soh aku jumpa pakar. refferal letter dibuat n aku pilih, hospital pantai.

kul 11am aku gi pantai hospital. setel registration, terus jumpa doktor soon. aku cerita history dia 2 hr sblm dtg situ. so, doc ada tanya jugak ada tak pegi makan kenduri atau ke mana2. aku kata ada. doc soon diagnose samada internal bleeding atau jangkitan pada usus. so, doc kata buat jugak ct scan sbb syaza jatuh 2x dan muntah 2x. so, aku mintak dia admit, so that aku boleh claim pruBSN. check in ward pukul 12.30pm mcm tuh. nasib baik diah ada jugak kat spital tuh. so, bgtau dia n mintak dia belikan pampers n tisu basah. chul otw n gi servis kete dulu. pening gak aku melayan syaza sorang2 yg tak reti dok diam. asikla soh aku cepat nak jalan2 kalau aku duduk. huhuhuhu...

masuk je wad, doc terus buat drip base kt tgn syaza... haaaa... dia punya meraung... Allah saja yg tau. heheheh... aku tau sakit. sbb sendirik pun pernah kene. lepas tuh terus ke katil. doc bgtau dia akan bg ubat tido pd syaza sblm buat ct scan. dalam pukul 1.30pm nurse bg ubat tido kat syaza. 2 jenis plak tuh. haaa.... amik ko, tak lama lepas tgk pocoyo, maka lenalah budak kecik tuh. dh la mmg belum tido tghari tuh. dalam pukul 2.30pm gerak ke ct scan room. dalam 15 min setel dah. masuk balik wad, baringkan dia atas babycot. tido la dia sampaila pukul 5pm lebih.

malam around 8pm camtu doc dtg bgtau result ctscan adalah negative. Alhamdulillah. maknanyer cuma jangkitan kat usus je la...so, doc bg probiotik n garam. lepas je syaza bangun ptg tuh, dia nak main, tawaf wad, main kat playroom. adehhh... dh la sorang2, chul balik umah amik barang. layankan aje laaa... legala bila doc kata takde pape.but still doc put on drip 1 botol. syaza asikla mintak tanggalkan bende tuh. rimas la kan.nama pun budak. kita yg dewasa ni pun kalau kene bubuh drip tuh, tak selesa.

mlm tu chul datang dgn mak dia sekali. so, turn chul pulak bawak dia tawaf wad. boleh ehhh bapak dia ajar soh bersiri atas roda tiang drip tuh, pastu bapaknya tolak. good idea abah. haaa... awak layan la dia jalan2 ekkk... saya tak kuasa. dalam pukul 10pm camtu diaorang balik la. tak lupa jugak diah (2 pupu chul) rajin menjenguk kitaorg kat wad. almaklum opis dia sefloor dgn wad. dia keje kat kompeni yg buat fisioterapi utk pantai hospital. jenuh jugak nak menidorkan syaza mlm tuh. jenuh berpocoyo, berupin ipin baru dia tido.

selasa, 1/1/13
org sibuk la new year bagai. aku lupa dh hr ni new year. hahahaha... pagi2 budak kecik ni dh bgn. bangun sebab nurse bukak drip sbb air dh habis. melalak2 pagi2 buta tuh. pehtu minum susu, ingatkan dia nak tido balik. nehi... tak mau... pagi2 dia sudah membuang dgn jayanya. maka, terus mandikan dia n kasi cucilaaa... nasib hospital ada heater. takla gigil sgt budak kecik tuh. dahla semalam tak mandi sbb cam payah nak bukak baju pasal ada drip. hr ni drip dh bukak, tapi jarum stil ada lagi. so, tgn dia berbandage lagi. maka, aku coverla tangan dia dgn bag plastik supaya tak basah masa mandi. lepas mandi, sarapan pun sampai. aku order me hoon sup. makan berdua dgn syaza. dia berselera sekali menghirup kuah mee hoon sup tuh. isi tak nak makan kecuali mee skit. aku layanan je la walaupun mulut bising mengomel. dgn tumpah2nya kat baju. suka hati la nak... pehtu melayan dia main kat playroom lagik.

dalam 8.30am doc dtg bgtau boleh discharge hr ni. so, tunggu insurans clear, then boleh bayar bil, amik ubat, bukak jarum kat tgn syaza n pulang. pukul 9 lebih chul sampai. kitaorg gilir2 melayan syaza yg tak boleh stay kat katil. sambil2 tu aku pack barang nak balik. lama gakla menunggu insuran clear. dalam kul 1 lebih baru insuran clear. so, nurse bawak dokumen bagai utk sign, pehtu kene turun gi registration counter utk setel bil n amik ubat. budak2 opis datang masa nih. so, aku pun turun gi registration counter. minah kat kauner tu bg aku bil utk aku tgk dan semak sementara dia setel dgn customer lain. haaa... kat sinila episod aku bengang dgn insuran bermula. nnt aku cerita detail kat entri lain ehhh...

so, lepas argument pasal insuran, maka balikla aku dgn rasa tak puas hati sbb kene bayo jugak yg konon2 insuran tak cover. tp spital janji nak follow up dgn insuran. pukul 4pm jugakla baru gerak dr spital.

gitula kesahnya... haaa... kat bawah ni gambo2 sepanjang kat spital...

ni masa ahad mlm bila semua sepupu sepapat, sedara mara dh balik, dia sibuk nak buai. lama dh dia tak berbuai. buai ni kuar sbb sepupu dia, raif nak tido berbuai ptg tuh.


ni ms buat ct scan... mmg tido tk menyedo bdk kecik nihhh...


haaa...ni lepas dia dh memberak dgn banyaknya ptg isnin tuh... doc bg ubat sepaya dia membuang utk buang segala toksin2 dalam badan. tawaf 1 wad. nasib baikla wad kecik jerrr...adalah 7x pusing... kalau gi haji dah hajjah dah aku...


ni pagi selasa lepas mandi... menghirup sup penuh berselera, sampai tumpah2.. huhuhuh...

sekian...






No comments: