Thursday, October 21, 2010

P.R.I.H.A.T.I.N

aku adalah pengguna tegar pengangkutan awam utk berulang alik dr rumah ke tempat kerja terutamanya. LRT adalah kenderaan yg aku dah chater setiap bulan nak ke opis. sejak dr mula2 aku keje kat kl ni sampai la skang. ooo...lupa, lepas kawin sampai bulan 8 thn lepas aku bawak kete ke opis sbb opis sudah tukar ke tropicana. situ takde lrt dr kota damansara. kalau kira2 dh 5 thn jugaklah aku jadik pengguna tegar LRT nih. baik STAR mahupun PUTRA. sekarang aku travel dr wangsa maju ke kl sentral sahaja hari2 dgn LRT. mudah dan cepat.

macam2 karenah LRT aku dah lalui termasuk tetiba tren prob tak tau sbb apa sebenarnya, tapi dikatakan sebab kesesakan di stesen hadapan atau masalah teknikal dan akan pulih sediakala lagi sejam akan datang yg mana sebenarnya berjam2 lamanya. nasib baik bukan hari2 tren buat masalah. kalau hari2 mmg nak kene bom depa nih. heheheheh... tapi still LRT lebih baik dr komuter aku rasa. komuter lagi sengal. beria2 tunggu dh 1/2 jam ni kan, dah nak dekat masa ketapi patut sampai, tiba2 pengumuman, ketapi delay...mau tak hangin kan.... bila delay makin ramai la yg tunggu kan, pastu bila next ketapi sampai, haaaa....amik kauuuu....sumbat selagi boleh. ikan sardin dalam tin pun ada ruang lagi. tapi skang dh ok skit, bila ktm sediakan koc utk pompuan. selesa la skit. takyah bersesak2 dgn jantan2.

ok, perkara yg aku nak highlight kat sini sebenarnya pasal sikap prihatin pengguna2 kenderaan awam especially LRT n komuter la yerr memandangkan ni la kenderaan yg aku biasa naik. oo...sejak2 aku mengandung ni mmg aku perati org malaysia atau warga asing yg dok kat malaysia ni kurang prihatin yerrr... tak semua la yerrr...segelintir ajeee... ni dah depan mata ni nampak perut aku yg dh terjojol keluar ni, ehhhhh...boleh selamba pandang2 pastu terus lelapkan mata... panas betul hati aku nih... ko reti tak aku mengandung dan perlukan tempat duduk sbb dr wangsa maju ke kl sentral tu 20 minit perjalanan dan aku sakit pinggang diri lama2, kaki aku dh bengkak nih....adehhh....tu satu perangai...lagi satu baru je beberapa hari lepas aku mengadap. budak lelaki ni sama2 berdiri dr kl sentral. pehtu ada org bangun, turun kat masjid jamek. bukan dia nak bagi aku duduk, dia plak yg muda lagi gagah perkasa bernama budak lelaki ni yg duduk. padahal nampak aku ni tgh mengandung. ni terjadik bukan pada aku je la... kat org lain pun aku pernah tgk. pada org tua. pada org yg dukung anak. dh terang2 nampak org tu dukung anak, pehtu anak menangis2 boleh buat dekkk je takmo bg duduk... aku nak je seligi... kalau aku yg duduk masa tu, mmg aku bg duduk. masalahnya aku berdiri jugak... bila bende2 macam ni jadik depan mata, aku mmg suka ingatkan diri sendiri supaya jgn selfish. bagila org yg lebih memerlukan utk duduk. hari ni kita tolong orang, esok2 org tolong kita pulak tak kiralah dalam bentuk apa kan.

No comments: