Thursday, October 28, 2010

M.E.N.G.G.A.N.A.S

di saat ini aku rasa mata aku ni layu di hujung mekar jeeee... malam tadi mmg tercabar kesabaran dan keimanan. baby gerak takmo tido... letih aku pusing kanan, kiri, terlentang, uuuuiiiiii...dia tetaplah menguit2, menendang2, streching segala aktiviti la dibuatnya... mmg sejak akhir2 ni baby comel aku ni suka mendera ibunya... nak2 time aku berjalan dr rumah ke lrt, lrt ke opis, opis ke lrt dan lrt ke rumah... time aku berjalan tu ah dia akan membuat segala aktiviti kegemaran. malam tadi puas aku pujuk2, usap2 perut, baca ayat2 sebelum tidur pun takmo. last2 aku duduk. pun sama jugak... aku rasa dia buat aksi akrobatik kat dalam perut ni haaa... aku rasa macam dia pusingkan satu badan sambil streching dan menggeliat. humang aiiiii.... aku dah rasa macam, aku nak beranak ke nih? ni ker rasanya contraction? call chul tak angkat...hmmm....tido mati la tu. dah la aku baru check kat klinik pagi semalam. aku ingat misi kat klinik kata tanda2 nak bersalin bila perut kembang kuncup, rasa tegang semua. mmg tak selesa... aku pujuk2 baby cakap jom tido, esok ibu nak keje. siap aku tanya lagi kat baby aku, aku ada buat salah ker? baby marah ibu ker? adehhhhhh.... ni baru dalam perut dia meragam aku tak reti nak pujuk. sok dh kuar dr perut, dia meragam....hamikkkk apa pulak kaedah aku nak guna nak pujuk dia. dahla aku elergik budak kecik kalau nangis takmo berenti walaupun dh kene pujuk...hmmmmm...camno la nnt. mintak2 aku diberi kesabaran yg tinggi nnt.

kadang kalau aku tgh jalan tu dia bergerak, mau terberenti kejap aku, tak pun jalan slow gila...kadang rasa nak terkucil pun ada... ni la dia kan org mengandung... baru aku tau cemana. patutla Allah tentukan aku lambat mengandung sbb Dia tau agaknya dulu aku belum sedia mental dan fizikal nak ngadap bende2 ni semua.

wahai anakanda kusayang, jgn aktif2 sgt ye waktu ibu berjalan dgn nak tido.... behave ye anakku....aminnnnnn....

2 comments:

Sahaini said...

em kesian...

masa ammar-daniel di dalam piot mamanya, kami amalkan suatu kaedah tenteramkan baby. buat selalu, insyaAllah baby akan ingat yang kita sedang tenteramkan dia.

1. ayatul-quran kita perdengarkan. ini yang terbaik.

2. sokongan kepada kaedah tenteramkan baby dengan cara menepuk2 perlahan. buatkan tepukan itu tetap ritmanya. kalau kiraannya 1,2,1,2... amalkan 1,2,1,2, jangan berubah-ubah. insyaAllah sampai dah lihat dunia pon, kita boleh guna tepukan dengan ritma yang sama untuk tenteram kan baby.

memang ada masa, luar kawalan juga, tapi kena buat sesuatu supaya baby sedar yang kita sedang tenteramkan dia.

makanan pun perlu jaga, untuk elak baby dpat banyak tenaga sangat. itu sebab juga boleh jadikan baby aktif. contohnya coklat, kopi, etc... elakkan ambil banyak atau lewat petang.

mungkin masa sham, bergerak berjalana, baby ingat babynya sedang main-main dengan dia. kena agah, dia pon meloncat2 lah... :D

gud luck with the baby boy (boy ke? ekekekeke)

sistyah said...

selalunya sebelum tido baca ayat qursi, 3 Qul dgn doa tido. pehtu ada lah nyanyi2 zikir sambil usap2 perut. dia ok. malam tadi dia takmo plak.... tak tau la boy ke girl...

takpelah...ni moment yg akan dikenang... seksa tapi sweet...boleh???