Monday, October 25, 2010

A.D.H.O.C

tak pasal2 aku balik kampung weekend lepas nih. ni namanya adhoc plan. plan asal nak kemas barang2 skit n bawak ke rumah k fida. alih2 hr Jumaat tu setelah lewat skit kuar dr opis, dlm pukul 6 lebih gitu la aku rasa boring sangat. sms dgn chul cakap kat dia rasa macam nak jalan2 tapi tak tau nak pegi mana. dalam kepala otak macam nak pegi tgk wayang la, jalan2 kat klcc la, jalan2 kat jusco la. tapi terfikir kang balik malam2 kang nak jalan kaki ke rumah tu nnt. alahaiiii.... chul soh ajak kak fida. aku ni malas nak kacau dia sbb sabtu dia keje. kang aku ajak jalan2 dia penatla pulak esoknya nak keje. so, last2 pusing2 jap dlm guardian kl sentral, terus naik tren nak balik rumah. chul sms tanya aku kata mana, aku cakap dalam tren nak balik umah. dia reply dia pun nak balik umah. pehtu aku tak tau angin apa kan aku pegi reply, nak balik...:( tup...tup...chul call. tanya aku dh sampai mana. masa tu aku baru sampai kg baru tak silap. pehtu tetiba aku cam cengeng nangis. chul tanya, nak saya amik kat seremban? aku macam takpelah. sebab tau kan, aku ni kadang2 ngada2 je lebih. pastu chul cakap, sayang pikir2 dulu, nnt bgtau saya kalau jadik nak balik. aku cakap ok. pehtu dgn air mata berlinang, pastu org dalam tren tgk je aku kan..apsal la pompuan ni tetiba menangis kan, aku pun sms chul balik. takpe ke kalau saya balik kampung?chul reply, takpe, sayang gi makan, balik umah packing baju n naik tren gi seremban. sy balik umah, mandi, makan n gerak ke seremban. terus aku cam, ok. terus sms kak fida, bgtau dia tak jadik plan nak hantar barang ke rumah dia.

balik umah, mandi, packing baju, sembahyang pastu gerak gi kl sentral. tapau mcd, beli tiket n naik tren kul 8.45pm. punyalah ramai org...mampat. nasib baikla skang ada coach utk wanita sahaja. so, bersesak2 pun dgn pompuan je kan. nasib baik jugak ada insan hati mulia bagi aku duduk. gila pack tren nih. aku ingat nak makan dalam tren pun payah. last2 dh sampai nilai kut, baru aku start mengunyah fries. sampai seremban dalam pukul 10.30pm. gi toilet buang apa yg patut, pastu aku selesaikan burger sambil tunggu chul yg belum sampai. waktu aku sampai seremban, dia dh kat hentian pedas linggi. so, masuk keta terus shoot balik kampung la kan. aku ajak chul singgah melaka, saja round2 kat bandar melaka. nak tgk melaka maju katanya. okla terang benderang la bandar melaka tu tapi org tak la ramai. almaklum dh kul 12 masa tuh. kitaorang lalu la bandar hilir n akhirnya benti kat menara taming sari. tgk2 oppposite menara tu ada ala2 up-town gi tu kan. so, kitaorang round2 lerr kat situ. panjang jugak gerai2 kat situ. sempatlah aku rempat blaus selai dgn fridge magnet. kat sini pun ada gerai yg buat tulisan kat kayu, seit rambut tu semua kan. tu mmg bisnes yg terkenal kat melaka sejak dulu2 aku rasa. dulu masa sekolah rendah buat lawatan sambil belajar ke melaka, menatang ni la aku borong pun. lepas dh round2 balikla kita. gambar ada la amik, tapi dalam kamera. takleh nak transfer sbb laptop dh jahanam kat umah.

sampai kampung dkt2 pukul 2 pagi. esok pagi cam biasa brekpes, borak2 ngan mak/pak mertua. pehtu, aku meneruskan misi membasuh segala baju2 dan pakaian bayi yg dihadiahkan oleh niza n om. hamikkkk...mmg aku takyah beli dh baju utk anak aku sampai dia umur 6 bulan. kira ada baju yg boleh buat baju basahan kat umah, dan ada jugak yg aku boleh buat baju jalan2 sbb elok lagi. pandai betul niza jaga baju2 tuh. dh 5 thn ko.cuma adalah kesan kuning2 skit which aku try basuh dgn vanish, ada yg hilang, ada yg idak. barut utk newborn sampai la dh besar pun ado... jimat duit aku takyah beli dah. om ada bagi baju newborn jugak. stokin takyah cerita mmg banyak. bila basuh2 tu, amikkk kau 2 hanger ala2 payung yg XL (ada 26 penyangkut) tu haaaa penuh. ada amik gambar tapi takleh nak transfer yeee... nnt dh boleh transfer, aku tayang kat sini. alahai, comel2 je aku nengok baju2 tuh. tghari lepas makan, sembahyang semua, masa utk tido... mak/pak mertua aku gi rewang, aku n laki aku bantai tidoooo... petang tu, dalam kul 6 kuar gi carik goreng pisang rangup n rojak. pehtu gi Azhar Food beli kepek kacang dal (faveret opismate) dan jugak kepek tempe (k fida) n jugak dodol (ni opismate aku yg peknen mau).

malam lepas makan segala, aku mulakan operasi melipat2 baju2 baby yg aku dh basuh siangnya. hamikkk...jenuh ko melipat baju budak kecik ni wehhhh...dh lerr aku ni maleh nak lipat baju. dah siap, letak balik dalam beg yg niza bagi tu, pastu pilih baju yg nak letak dalam hospital beg. ada 4 pasang aku pilih. cukuplah utk 2 hari 1 malam dok spital kan. aku rasa lengkap dh beg spital aku. barang2 aku pun dh siap. tinggal beli minyak yu yi tu je aku rasa. Alhamdulillah, murah rezeki anak aku, ramai orang nak bagi barang. aku mmg tak kesah barang2 recycle ni, janji elok lagi. almaklum, dh biasa dr kecik2 pakai barang2 recycle. orang mesken kan...

ahad, hari utk balikla. lipat baju org2 dewasa plak, pastu gosok bj sendiri+baju keje chul pastu siap2 nak gi kenduri kawin. balik dr kenduri kawin, siap2 tepon mak aku n gerak terus ke rumah mak. mak terkejut la aku balik kan. aku bgtau nak balik masa deepavali. heheheheheh... anak mak mmg macam nih mak oiiii... suka2 hati ajeee... borak2 dgn mak, anong semua, pastu gerakla balik kl. terharu sangat rasa hati sbb kali ni chul hantar sampai kl. sebelum ni mmg dia ada hantar balik ke kl, tapi kali ni bukan atas cadangan aku la... kali ni keluar dr mulut dia. aku tak mintak pun. huhuhuhuh...terasa disayangi. hehehehe...mak mertua aku pun tak bagi dh naik bas takut apa2 jadik. almaklum aku dh 8 bulan lebih ni haaa.... tu la dia kejadian adhoc di hari minggu.

2 comments:

Sahaini said...

alahai mama boyot mestilah disayangi selalu... kalau tak boyoyt pon disayangi takkanlah dah boyot tak sayang. lagi kiut apa kalau boyot.

sistyah said...

tu la dia.... sbb kadang2 terasa terabai...wakakakakakaka...