Friday, July 10, 2009

U.P.D.A.T.E

lama gila tak mengupdate kat sini. humang aiiii...ada dekat3 bulan aku tak update apa2 kat sini... sibuk sangat ker? a'ah mmg sibuk... ni aku nak habiskan projek yg dh dekat sethn tak abis2... well, utk pengetahuan korang, kehidupan alhamdulillah semakin baik walaupun adakalanya stress tak hengat. letih melayan kehendak client dan karenah supplier. pejam celik pejam celik lagi tk sampai sebulan cukuplah sethn aku berkhidmat kat PFP (Malaysia) Sdn Bhd. Insyaallah dlm masa sebulan ni jugak kami2 yg keje kat sini akan secara rasmi menjadi keluarga umw oil n gas dalam erti kata sebenar. alhamdulillah... akhirnya impian aku nak keje dengan kompeni gergasi tercapai. harap2 semuanya berjalan lancar dan aku akan dapat menikmati benefit2 umw yg sungguh mengancam itu. mula2 tau tu, aku tak sangka... macam mimpi pun ada... sebab aku ni boleh kata antara yg tercicir time2 study kat utm dulu. org lain dah keje dgn kompeni2 bagus, aku terkedek2 nak abiskan subjek. org lain dh gaji 3 ke 4 ribu aku baru nak start keje. tapi syukurlah skrg ni aku dalam organisasi yg disegani. kalau 5 ke 6 bulan lepas aku rasa sangat nak berenti keje, skang aku rasa bersemangat nak baiki segala kekurangan aku dan buktikan aku boleh buat keje sehebat org lain. alhamdulillah, bos baru aku pun begitu motivated menambahkan semangat aku nak jadik org yg motivated dan disegani. sales manager aku, fida adalah org yg menjadi sumber inspirasi dalam opis aku. cara dia very cool. dia diam2 berisi. so far aku ada menyumbangkan beberapa order utk kompeni nih. bulan lepas je ada 3 order masuk. bulan ni 1 order masuk. alhamdulillah. walaupun amaun dia kecik, tapi aku bangga dengan diri sendiri. kalau dulu aku segan nak cakap dgn mat saleh, skang ni aku hentam je cakap dgn depa walaupun aku tau english aku berterabur. yup, satu pencapaian walaupun belum sehebat kawan2 aku yang lain. masa OGA exhibition pertengahan bulan Jun hari tu, ramai gak kawan2 yg terkejut tgk aku berdiri jaga booth umw. hehehehehehee.... ya...kawan2 yg kenal aku kata itulah berkat org bersabar... rezeki aku maybe lambat skit berbanding kawan2 yg lain, tp akhirnya penantian aku berbaloi... dalam masa sethn ni aku belajar banyak bende. paling penting trick2 utk dapatkan order. dan aku gembira environment keje aku adalah baik. tak macam sesetgh org yg environment keje sungguh menyakitkan hati dan segalanya. well, aku rasa jugak bende tu sebab sgt tak puas hati dgn GM tapi akhirnya dia sudah pergi meninggalkan kami. udah bersara mamat GM tuh. oklah... nnt aku update lagi.nak citer family day CHARADE plak...

1 comment:

kakijalan said...

Lama giler tak update, okay!