Tuesday, November 11, 2014

A.K.U.D.A.N.G.L.A

Assalamualaikummmmm.... mihmihmih... lama betul aku biorkan blog ni bersawang2... padahal status dh bertukar ke WAHM. adehhh... pemalas sungguh... tak boleh jadi... kene rajinkan diri jugak... kene paksa.

ok. hari ni nak tulis pasal aku dan GLA. korang perasan kan, ada isu pasal GLA Shaklee yg diviralkan oleh seorang cikgu kat FB. dia claim lepas makan set kesuburan Shaklee, rahim dia bengkak. masa aku baca statement dia dan komen2 berkenaan isu ni, ada jugak rasa pelik. sbb aku mmg makan set kesuburan Shaklee termasukla GLA (GLA+Alfafa+Vit E+Zink), tapi Alhamdulillah, kesan yang aku dapat adalah positif. seperti biasa, marilah merujuk kepada upline dan juga marilah membaca utk mencari fakta. tapi, apa2hal pun, isu ni Shaklee HQ dah take note dan sedang menjalankan siasatan, kita tunggu je keputusannya. details pasal isu ni bolehla baca dr blog ni: faizalfairuz. aku suka cara dia menjawab isu ni. 

apa yg kesan positif GLA pada aku? aku dgn chul start amik set kesuburan pada akhir bulan 2. pada yang sedia maklum, aku dgn chul mmg tgh usaha utk dapatkan anak ke-2. Syazana dah nak masuk 4thn bulan 12 nnt. maka, dh sesuai la nak beradik. lepas beranakkan syaza, aku mmg takde amik apa2 pil atau kaedah perancang keluarga. period cycle aku adalah normal. plan untuk pegi jumpa pakar asikla tertangguh. since kat batu pahat ni susah nak cari gynea perempuan, maka we all decide nak jumpa balik dr khairiah kat pusat bersalin barakah. tapi tu la kan, jauh kan, maka asik tertangguh.  

berdasarkan testimoni customer2 Shaklee yg positif  lepas makan set kesuburan, maka, aku dgn chul decide utk cuba. everyday amik supplement (kadang2 termiss, biasala pelupa). continue makan sampaila bulan puasa hr tu. 2nd day puasa aku period. 7 hari. lepas tu sampaila ke habis raya, aku masih tak period. ok sesuatu kat situ kan. aku kira2 dah 40 hari dari tarikh 1st day period. kalau ikutkan dh boleh buat test dah. tapi aku hold sbb selalu je jadi lewat skit, tp bila buat test negatif. so, aku biar sampai dah dekat 60 hari gitu. aku tak bgtau chul mula2 yg period aku lambat. tapi, dia yg perasan. akj bgtau la kenapa aku hold nak buat test. pastu chul belikan self pregnancy test tu. maka the next morning (21/8/14), bangun je tido terus buat test on my 1st urine. debor2. Alhamdulillah, positif. tapi macam biasa aku buat 2x. hahahha... tak percaya punya pasal kan. Alhamdulillah, mmg positif la. bg chul tgk result. blur2 plak mamat tu. siap tanya, so, pregnant la nihhh... aduhai kekandaku, mmg pregnantla. 2 line tu kan... pehtu masing2 sibuk kira bila due date. kahkahkah... pehtu, terus check mana klinik yg ada ultrasound. sbb nak triple confirm. nak pegi klinik nur, depa kata mesin rosak. call putra, tanya ada doc perempuan tak. takde katanya. call pantai, depa kata ada doc pompuan. so, decide ke pantai. 

24/8 pegila pantai. nak jumpa la doc pompuan, sekali kene buat appointment bagai. malas la pulak nk dtg lain kali. so, jumpa je la doc lelaki. Alhamdulillah, dh berdegup dah jantung baby. ehehehhe... ikut scan, baby dah 7 minggu 5 hari. senyum lebar la aku laki bini. pehtu bila kira2 due 4/4/2015. haaa... elok la tu, hadiah besday chul. takyah pikir nk bg apa. ahahahah... 

pastu seminggu or 2 minggu lps tu pi klinik desa sg ayam, buat buku merah. nasib baik belum lepas limit nak buat buku merah. untuk makluman, buku merah kene buat sblm kandungan berusia 12 minggu. so, korang jgn jadi macam aku yerrr.... confirm je pregnant, silalah buat buku merah. kalau yg mengandung anak no 2 dan seterusnya, jgn lupa bawak buku merah anak2 sblm tu. 1st time datang, nurse incharge kampung aku takde. maka, buat appointment minggu depannya. proses utk buat buku merah ni adalah dalam 2 jam gitu. itu kat klinik desa. kalau kat klinik kesihatan, mau 1/2 hari jugak la korang kene bertapa kat klinik tuh... huhuhuh... tak sanggup oiii... haaa... kat bawah ni buku merah dengan scan yg aku buat.



so, kalau korang2 yang belum dikurniakan rezeki anak, boleh la ikhtiar dengan set kesuburan Shaklee. tapi, sebelum korang cuba apa2 shj supplemen, aku nasihatkan pegila jumpa mana2 pakar O&G. buat pemeriksaan yg terperinci, make sure korang takde masalah dalaman, especially yg isteri la yeee... yg suami pun kene buat test utk tau korang benar2 sihat atau ada masalah. dapatkan nasihat doktor pakar sebelum nak consume apa2 supplement. Shaklee supplement semulajadi dan menjalani pelbagai ujian klinikal sebelum depa keluarkan satu2 vitamin. Shaklee adalah sebahagian usaha aku dan chul. semuanya rezek dan ketentuan dr Allah. doa jangan putus... 

dan, aku terinspirasi dan jadikan 2 blog ni sebagai penguat semangat bila berdepan dengan masalah ni. korang boleh baca blog ni yerrr... 


kagum dengan usaha dan semangat kental dua orang ibu ini. korang pun bacala yerr... 

sape2 yg nak try set kesuburan shaklee, boleh roger2 aku yerrr... 

siti shamsiah 
0172923912
SID: 880039

Monday, April 21, 2014

C.H.U.L.B.A.H.R.I

haa... post hari ni khas untuk chul@bahri@achoi. chul nama panggilan kawan2 utm, bahri nama panggilan famili & achoi nama panggilan kawan2 seopis. kalau ikutlan dah 11 tahun lebih kurang aku kenal chul. kawin dh masuk tahun ke 7. mak aihh... Alhamdulillah, dia supporter yang baik samada dalam kerjaya aku, kehidupan seharian dan jugak famili. sepanjang 11 tahun aku kenal dia, kebanyakan apa yang aku nak buat atau pilih dia sokong. especially during our PJJ time selama 4 tahun. dia tak halang aku pilih kerjaya instead of ikut dia balik batu pahat masa tu. dua2 sacrifice masa tu. bila aku grad thnn 2004, aku macam bingung2 nak mintak keje apa, nak mintak kat mana. hantar resume sana sini tapi belum berhasil. so, dapat keje sementara kat kedai cuci gambar. aku tanya chul, ok tak? dia cakap, okla tuh. utk permulaan, utk pengalaman. since then, setiap kerja yang aku dapat dia sokong 100% dan sentiasa menjadi tempat luahan perasaan bila tak puas hati dgn keje, dngan bos, dgn kawan2 opis. memang pendengar yang baik. 

bila aku amik keputusan utk balik batu pahat, dia mmg orang yg paling gembira. tolong aku submit resume kat mana2 company yg dia tau ada vacancy. start dr keje kat HONDA, CIMB, RHB sampaila WAHM sekarang, dia positif. setiap apa bisnes yang aku cuba nak buat dan buat, tiada bantahan asalkan barang mmg ada market. oh yes, dia bisnes partner kuih bangkit yg dh masuk tahun ke 7 aku dan chul buat. dia yg kenalkan aku dgn kuih bangkit. dia yang Allah hantar sbg pencetus idea utk aku pasarkan kuih tradisional tu.. Alhamdulillah bisnes berkembang baik. bermula dgn kejayaan kuih bangkit, aku start dengan bisnes2 lain termasuk SHAKLEE. 

sungguh dia tak menghalang. aku beli vitamin, dia makan je janji aku hidangkan vitamin tu setiap kali waktu makan. dia izinkan aku pegi offline meeting SHAKLEE, hantar lagik sampai hotel. ikut je bila aku ajak pegi MasCel anak buah sifu aku kak Norita Idris. dalam pencarian vitamin nak boost aku punya susu, Allah temukan aku dgn Kak N. dari seorang pelanggan, aku upgrade jadi downline kak N tanpa paksaan. yes, TANPA PAKSAAN. dia tak pernah ajak aku join directly. aku tertarik dgn post dia kat FB dgn blog. makin hari makin banyak yang aku tahu dan belajar dari kak N. masa meeting kat JB, baru aku tau yg husband dia adalah upline dia masa mula2 dia join shaklee. dan upline diaorang nih adalah tak lain tak bukan ayah (Master Hj Hussin) dan ibu mertua (Hajah Salwa) kak N. ni betul2 family bisnes yang berjaya. kira sekarang ni Kak N dgn husband mak ayah aku, Hj Hussin & Hajah Salwa atok nenek aku dalam shaklee... So, siapa2 yang berminat nak jadi ahli keluarga Shaklee dam sebahagian dari kluarga besar group Kak N, meh call/WA/sms: 017-2923912... daaa....

TERIMA KASIH, SAYANG!


Siti Shamsiah binti Sarkon
SID: 880039
Call/SMS/WA: 017-2923912

Thursday, April 17, 2014

N.U.R.B.A.T.R.I.S.Y.I.A

13 April 2014 (Ahad) jam 7.36 am, lahirlah seorang puteri yang ditunggu2. heheheh... bukan anak aku, tapi anak sedara. biras aku aka bini kepada adik ipar aku telah selamat bersalin. boleh tahan berat gak dak kecik nih, 2.95kg. fuhhh... mak ayah dia bagi nama Nur Batrisyia binti Muhammad Bakhtiar. 



walaupun bukanla anak sendirik tapi rasa macam sendiri yang beranak. sebab bila Nora (biras) masuk wad sbb false alarm sampaila beranak aku involve secara langsung. especially tang berbincang dgn doktor dan buat decision. kira orang penting jugak. kenapa aku dgn Chul dok sibuk2kan depa ni kan? haaa... sebab paling utama adalah adik chul aka adik ipar aku (Bakhtiar) n wife adalah OKU (Orang Kelainan Upaya). depa 2 org ni tak boleh dengar dan tak boleh cakap (pekak & bisu) sejak dilahirkan. so, kitaorang kene involve la sebab kang ada pulak miscommunication kan... naya... doktor or nurse cakap lain, kang budak2 ni silap paham, salah buat, habisss... since aku skang ni dh dok umah je kan, maka aku la yg banyak ke sana sini. Chul keje kan. Mak2 & Bapak dah tua, tak larat nk ulang alik spital. 


1st thing yg aku buat bila due date dh nak dekat, aku pi sibuk2 tanya kat misi Klinik Pakar 5, spital BP pasal prosedur temankan bini dalam dewan bersalin. ye, kat johor, kalau nk teman dlm dewan bersalin, kene gi kursus 1 hari, laki bini, pehtu sign surat akujanji, pehtu baru boleh masuk masa bini bersalin. bila aku terangkan kat sister nurse tu yg diaorang ni OKU, maka kursus tak payah pegi sebab depa takde staff yg boleh berbahasa isyarat. ok, cool. 


Nora masuk spital on 1/4/14 dalam kul 11pm macam tuh. dia rasa contraction 10 min sekali. bila doc check jalan bukak 1cm. so, masuk wad 9 dulu. tunggu2 jalan masih 1cm jugak. so, esok paginya doc mintak datang hospital nak bincang. so, bergegas la aku mandi segala sbb tgh buat cream puff. terus call taska nak mintak tompang dak syaza kat taska 1 hari. maleh nak bawak spital. kang penat melayan dia jeee... sampai spital dalam pukul 11 lebih. terus jumpa doc.


Doc: ni kakak Nora ker?

Aku: Ya, doc
Doc: macam ni, kita ada option untuk Nora. 1) balik rumah dulu, since jalan still 1cm and contraction mild sahaja. 2) paksa bersalin (induce)
Aku: Kenapa nak paksa bersalin doc. ada masalah ker?
Doc: Takde. Ibu & baby ok. takde masalah. cuma sy concern pasal logistic. saya takut diaorang ni takde kenderaan, or susah nak datang hospital bila Nora betul2 sakit.
Aku: oooo... kalau pasal tu, doc jgn risau. Bakhtiar ada kereta & dia boleh drive. so, kalau bila2 Nora sakit, dia boleh hantar ke hospital
Doc: ok, kalau takde masalah pasal logistic, then oklah
Aku: Kalau induce macamana prosedur dia doc?
Doc: ok, esok pagi kita start bg ubat. kita tgk progress bukaan dia, kalau jalan tak bukak jugak, kita masukkan ubat kedua, kalau masih sama, kita masukkan ubat ketiga. kalau takde progress jugak, kita operate
Aku: ok, jap sy bincang dgn diaorang n mak2 diaorang. nnt sy bagtau apa keputusan

so, aku bincang dgn nora & bakhtiar pasal ni. bakhtiar sibuk soh induce. aku bgtaula apa yg doc cakap pasal prosedur, pehtu aku bgtau kalau induce sangat sakit. pehtu tanya pendapat mak mertuaku dan jugak mak nora. masing2 soh balik dulu. biar sakit natural bukan paksa2. so, lepas inform doc & nurse nak balik, maka depa siapkan surat segalalah utk discharge. 


11/4/14, Nora warded lagi, kali ni ada tanda darah dgn lendir. bukaan 1 cm. adehhh... aku cam terfikir2, ni nak kene operate ke ni sbb jalan tak bukak2 kan. risau jeee... petang tu aku ke spital nak tgk apa cerr kan. nurse mmg cakap kene tunggu je la. so, balik. the next day, petang lepas gi kenduri kawin singgah pi tgk. bawak mak. Ahad pg tu (13/4/14), lepas subuh, aku baca sms bakhtiar bgtau Nora dah masuk labor room, bukaan dh 4cm. ok, aku pun siap2 lah nak gi spital. bersangka yg lama lagi kut nak bersalin kan. so, rileks2 je... hamik, sekali sampai spital, dh bersalin rupanya. aku sampai dalm kul 8 lebih gitu. dah selamat bersalin dah, cuma baby kene dok NICU sbb jantung tak stabil. terus ke NICU. bakhtiar kat situ. jumpa staff nurse kt pintu masuk, sbb wad NICU ni utk makpak je. org lain tak boleh masuk. tapi, chul dapat masuk sbb special case utk azan iqamatkan baby. setel azan iqamat, kitaorang menunggu la kat luar NICU tu. tunggu Nora eluar dr labor room ke wad biasa. misi kata dal 2-3 jam lepas bersalin la depa hantar ke wad biasa. 


dalam pukul 11.30am, Nora keluar dr labor room ke wad biasa, wad 10. masa dalam wad la baru tau Nora bersalin secara vacuum. bacaan CTG masa tgh bersalin makin rendah, which is degupan jantung baby makin lemah, maka doc takmo amik risiko terus vakum baby. patutla bakhtiar sms bgtau dia kene keluar bila aku tanya dapat tgk tak bakhtiar bersalin... baby kene duduk NICU for at least 24 hrs. dlm pukul 1 lebih camtu, aku mintak diri balik umah dulu since mak Nora pun dh datang. lepas setel temankan Nora ke toilet segala n report kat misi Nora dh buang air kecik segala, maka aku baliklah.


bakhtiar pun balik nak tanam temuni. dalam kul 3.30pm camtu, doc call bgtau Nora dah boleh balik. tapi baby belum boleh balik. ok, lepas asar dalam pkl 5 camtu gerak ke spital. aku dgn mak jeee... chul tinggal jaga syaza kat umah. sampai spital, Nora&bakhtiar kat NICU. aku terus ke sana, pehtu bgtau guard aku nak jumpa staff nurse. so, nurse bgtau baby kene stay dulu kat wad 7 (wad biasa). maybe esok baru bleh balik. ok fine. semua tunggu sampai baby dibawa ke wad 7 dr NICU. bila dah dipindahkan maknanya baby dah ok. lepas maghrib jugak baru gerak balik. 


14/4/14 (Isnin), gerak dr rumah kul 8 am camtu utk teman bakhtiar pi checkup kaki dia yg patah tuh. pehtu nak pi tgk baby. kalau2 boleh balik kan. bakhtiar setel pukul 10 camtu. Alhamdulillah, tulang kat pinggul dh bersambung. boleh buang 1 tongkat, n jejak separuh tapak kaki. MC lagi 3 bulan. sampai wad 7, guard kata doc tgh round, so tak boleh masuk. aku mintak nak jumpa staff nurse. misi bgtau doc pakar belum round, so, tak tau boleh balik ke tak. so, sementara nak tunggu doc pakar, kitaorg pegi sarapan, buat surat beranak, pegi bank, hantar MC kat socso semua. pehtu balik semula ke hospital. terus pegi wad 7. doc panggil aku masuk. macam2 dia tanya pasal nora & bahtiar and also family. kat mana berpantang, ada tak yg jaga budak2 ni, ahli keluarga yg lain normal or OKU cam diaorang semua kan. aku terus tanya, boleh balik tak doc. dia kata kene tunggu doc pakar. keluar balik dr wad, terus lepak kat surau sementara tunggu doc pakar lagi. aku sempat la lelapkan mata. 


dlm kul 2.30pm camtu pi lunch kat kafe spital, pastu kul 3pm naik ke wad 7 balik. aku tunggu kat luar, bakhtiar je masuk. Alhamdulillah, baby boleh keluar. si bapak terus pi setelkan bil semua, aku tunggu je la kat atas. pukul 4pm jugakla baby keluar dr wad. sementara tu aku call dua2 mak bgtau baby dh boleh keluar. wassap Nora bgtau baby boleh keluar. once baby keluar dr wad, aku amikla baby dr nurse. pergghhh... feeling macam anak aku je ... heheheh... kalau aku yg beranak pun mmg dah ok la sgt sbb syaza pun dh nk masuk 4 thn. hahahha... ada 3 baby yg keluar sekali. misi kene iring sampai guard. antara tiga2 mak baby tuh, aku la yg jalan paling laju... wakakakakakaka... yg lain jalan sopan jeee... hehehehhe... 


dalam kul 5 camtu, selamat sampai umah mak Nora. setelkan apa yg patut. guide dia cara nak breastfeed semua, solat asar, pehtu aku baliklah... fuhhh... mcm2 pelajaran, pengajaran yg aku dapat sepanjang uruskan Nora & baby. Alhamdulillah semuanya ok. refresh balik pengalaman masa mengandung & beranak... ahahhaha... mcm la dh beranak ramai kan. padahal anak br sorang... heheheh... 



SITI SHAMSIAH SARKON

SID: 880039
CALL/SMS/WHATSAPP: 017-2923912

Wednesday, April 16, 2014

T.E.H

hari ni nk cerita pasal teh. teh apa? teh shaklee laa... nama teh adalah cinch energy tea mix. aku minum masa nak driving. 1st time 8/4 hr tu. 1 hari siang tu aku mmg takde tido walaupun sekejap. pehtu malam chul ajak tgk captain america pkl 10.15pm. lps maghrib dh terasa mata cam berat jeee... maka, aku bancuh 1 sachet teh tu dlm tumbler. aku bancuh dgn air panas. cinch tea ni dia dalam bentuk serbuk. tapi jgn risau sbb ia akan larut dlm air bila kita bancuh. aku lbh suka minum teh panas or suam compare dgn teh ais. kalau korang nk bancuh dgn air sejuk pun boleh. ikut citarasa masing2. kesannya adalah aku mmg tak mengantuk atau tido dlm kete dan dalam panggung wayang mlm tu. biasanya aku ni mmg akan tido once masuk kete. tapi malam tu tak. yg haru nya balik dr tgk wayang pun aku takleh nak tido. segar bugar plak mata ni... lps subuh, prepare air milo utk chul bagai, aku terus start projek nasi arab. hmmm... nampaknya mmg sesuai nama cinch ENERGY tea mix ni dgn fungsinya. memberi tenaga segera. 

hari jumaat (11/4/14), biras aku Nora masuk spital sbb tanda  bersalin dh keluar. tanda dia darah dgn lendir. so, lepas sembahyang jumaat, aku terus bersiap2 nk pegi hospital. sama jugak, aku ni takut ngantuk dalam kete dan letih pun ye jugak, maka, aku bancuh cinch tea mix nih. persediaan supaya tak mengantuk masa driving. Alhamdulillah, mata segar bugar masa driving pegi dan balik. malam tu pulak diah dgn mak idah datang umah. diah ajak projek cheesekut dgn cookies. haaa.... mmg buntang segar bugar mata sampaila pukul 12am. fuhhh... best2 ini teh... 




so, sape2 teringin nak rasa teh ni, meh rapat2 meh order dengan aku. harga??? RM131 w/o postage, 28 sticks. kalau nak dapat harga ahli, moh register ahli moh... 


SITI SHAMSIAH SARKON
SID: 880039
CALL/SMS/WHATSAPP: 017-2923912
FB: Siti Sham Sarkon 


Wednesday, April 9, 2014

K.E.M.A.R.U.K

dah banyak kali jugak syaza berzikir nak basikal. ada dah basikal cuma beskal tu roda tiga & kitaorang beli 2nd hand kat kuala rengit. mana ntah gambonya... ni gambo google ekkk...


rasanya beli tu ms dia brape bulan ntah. lama dah la. syaza pun nak masuk 4 tahun dah. everytime pegi rumah orang yg ada beskal dia mmg akan main puas2. last week, ada gi umah makcik ni, ada beskal, dia nak main, tapi masa tu dah nak balik... hamik melalak2 dalam kete cakap nak main syikal... nak main syikal...

so, this few days, chul ada cakap nak belikan syaza beskal idaman dia. ahad hr tu round kedai kat rengit je tapi tutup. senin chul ada hal ke jempol. so, semalam baru berkesempatan utk tgk dan beli. ada 2 je pu kedai beskal kat rengit nih. so, tanya2 harga kat dua2 kedai. kitaorg pilih kedai depan eng hiap seng. harga ok. terus beli lah setelah tawar menawar dibuat.


kemain excited bila dapat beskal. kat kedai uncle tu jugak dia dh start mengayuh... syaza ni mmg macam ni. kemaruk org jawa cakap. kalau dapat apa2 mmg excited beberapa hari. dulu kecik2 belikan kasut sampai bawak tido. skang pun sama. masa chl belikan heel utk dia mmg dia bawak tido yerr... pagi2 bangun tgk kasut takde kat kaki mmg melalak la jawabnya. balik dr pekan rengit dlm pukul 1 lebih tu membawak ke malam dia mengayuh tak brenti kecuali utk makan dgn minum susu. makan pun dh macam drive thru. aku tunggu dia pusing seround-seround pehtu suap bila dia benti depan aku. mmg tak tido. nak ajak mandi pun payah. pehtu ptg tadi mandi yg paling cepat sbb dia nak sambung main beskal. perrggghhhh... mmg penangan betul beskal nih. 2x kali dia jatuh hari ni. 1 sbb beskal tersangkut kat langsir. pehtu 1 lagi beskal tersangkut kat kusi. nangis kejap, pastu sambung lagi kayuh.

malam tu aku ada date dgnn chul nak tgk wayang kul 10.10pm. punyala menunggu ni bila la dia nak tido dr ptg. konon kalau dia tido ptg nak kuar ptgla, so, bolehla balik awal skit. tgk wayang bolehla cepat skit kan. alih2 tak tido2 kan... adududududu... last2 tinggalkan aje dia dgn atok kat umah. dah siap2 suap dia makan dengan buatkan susu. huhuhuhu... balik dr tgk wayang tgk2 dia dah tido. bila tanya mak dia tido pukul brape mak kata pukul 9.30pm dia dh tido. penat sgt la gamaknya tuh...

terima kasih abah, terima kasih atok belikan syaza beskal baru... kita tgk ekkk pagi ni dia bangun aa yg dia cari dulu... heheheheh

Tuesday, April 8, 2014

T.U.L.A.N.G.D.A.N.G.I.G.I

Korang suka minum susu? aku tak berapa nak suka. especially susu tepung or susu segar tu. sbb dari kecik org susah kan, maka dulu yg murah adalah susu pekat tu la... aku tak ingat sampai umur berapa aku menyusu badan mak aku pastu mmg teh o, kopi and teh susu la minuman aku. oh, termasuk air sirap. kalau milo plak tu jarang2 dapat minum. milo kan mahal. selalu minum milo bila lori milo datang sekolah. Alhamdulillah gigi ok, tulang pun ok masa kecik2. 

As time goes by, chewwaaahhh... (omputih plak) makin dh tua aku perasan tulang tak berapa nak kuat. especially tang pinggang dan lutut. masa pregnant dulu (masa ni belum kenal shaklee), aku mintak kat doktor pil kalsium sbb aku dah tak lalu nk telan susu anmum tuh. yelah, masa pregnant kan anak kita akan amik segala zat2 dan kalsium dr kita kan. maka kita perlukan kalsium dan segala zat lain 2x ganda masa pregnant. 

Bila dah kenal Shaklee masa menyusukan Syaza, aku mmg amalkan kalsium Shaklee@Ostematrix. Serasi dgn aku. lena je tido malam dan pagi bangun takdela lenguh2 sangat badan dan kaki. Masa Syaza lahir sampai umur sethn, aku masih keje kat KL. office kat Plaza Sentral, KL Sentral. maka pengangkutan utama adalah kereta utk ke stesen LRT dan jugak LRT semestinya. jadiknya banyak berdiri  dan jugak berjalan. dr stesen KL Sentral nak ke Plaza Sentral tu adalah 10 min jugak berjalan. kalau dah lambat lagi la aku ni jalan dah macam charlie chaplin, laju semacam jeee... dr parking kete nak ke Stesen Gombak tu pun 5 min jugak berjalan. kalau dapat parking jauh2 huhuhuiii... mmg boleh tahan lenguh kaki. pastu, masa syaza kat kg lepas habis pantang sampai umur 6 bulan kan aku keje ulang alik KL-BP hantar stok susu. hari jumaat je keje aku kejor ERL nak ke bdr tasik selatan. pehtu kejor bas plak nak balik Rengit. fuhh... kalau pikir2 mmg letih. maka, Oste banyakla bantu utk tulang2 aku bekerja sepanjang hari tuh.

Selain drpd tulang2 sihat, masalah membuang pun dah takde. kalau dulu 2 hari sekali baru la aku mebuang air besar. lepas makan oste, setiap hari (biasanya pagi sbb makan oste malam sebelum tido) aku akan membuang dgn jayanya... 




bulan April ni ada promosi OSTEMATRIX. beli 6 botol percuma 1 botol dengan harga = RM366. kalau nak dapat harga ahli, bolehla join jadi ahli dengan yuran serendah RM75 (termasuk pengeposan kit jualan ke pintu rumah anda). so, apa tunggu lagi, jom dapatkan oste hari ini!

Monday, April 7, 2014

K.E.N.A.P.A?

Kat Malaysia ni bertaburan bisnes MLM, tapi kenapa aku pilih Shaklee. 1st and foremost, takde orang paksa2 aku utk join jadi ahli. bermula dgn sendiri cari Shaklee nk usaha tambah susu utk syaza. servis, konsultasi, informasi dgn layanan yg best dr sifu Kak N buat aku tertarik. dia tak pernah paksa jadi ahli. dan setiap kali aku tanya produk apa yg sesuai dia akan tanya berapa budget yang aku ada. lepas kenal je dia, aku mmg baca blog dia. so, kat situ dapat info pasal produk2 shaklee. sepanjang aku jadi pelanggan Kak N, susahla nak jumpa dia tak angkat call kalau aku tepon, especially masa aku kene bengkak susu dulu. adudududu... seksa masa tuh. 

lepas je rasmi join jadi ahli, Kak N masukkan aku dalam group anak2 didiknya.kat group ni semua masalah, diskusi ttg produk, marketing plan dan sebagainya dibincangkan secara berjemaah. ni juga keistimewaan bila join jd ahli. meeting, discussion, order barang semuanya di hujung jari. yes, guna internet sahaja. takyah nak sibuk2 sgt jumpa2 hari2. ni baru betul2 WAHM. 

Yuran ahli pun baru RM75 utk seumur hidup. tak payah nak renew2. ko nak jadi ahli utk beli sendiri punya vitamin ke ko nak beria2 menjual utk dapat income lebat ke itu terpulang. janji takde nak sibuk2 renew keahlian kan... jusco cardpun kene renew kan setiap tahun. RM12 hengget plak tuh. tiap2 kali beli vitamin, dah dapat kumpul point.cukup je point dh boleh dapat bonus. haaa... terus masuk akaun rimau...

kalau serius nak berbisnes, peluang nak naik pangkat tu mmg terbentang luas. ko boleh pilih nak naik sorang2 atau nak naik beramai2... maknanya kalau kita takde downline pun kita tetap boleh naik pangkat dan jugak bonus. haaa... adil kan. sbb ada MLM yg kene cari downline banyak2 baru dapat bonus banyak. dgn Shaklee sapa usaha dia mmg akan dapat. 

CASH dengan shaklee kita boleh dpt cash dengan penjualan produk. bila dh ahli dapat harga ahli kan. kita jual dengan harga pasaran, maka dapatla untung runcit kat situ. lagi pulak skang shaklee dh kuar memo, tak boleh dh nak jual pada pelanggan dgn harga ahli, kecuali, pelanggan nak join jd ahli. baru boleh dapat harga ahli. jual pada harga bawah dr harga ahli lagi la tak boleh. bila naik pangkat, pun ada dapat incentive ye kawan2...

CAR bilamana kita memenuhi syarat2 yg ditetapkan oleh shaklee, kita akan dapat bonus kereta la dari shaklee. haa, pilihla apa kereta yg kita mau. bulan2 shaklee bayar. tapi bonus kereta ni tak semestinya utk beli kereta jee... kita boleh je simpan duit tu utk beli bende lain. rumah ke contohnya kan.

CONVENTION kumpul2 point sepanjang tahun, cukup syarat, maka berterbangan la kita pegi convention anjuran shaklee. tgkla mana shaklee nak bawak kan. kalau yg muslim, ada peluang utk pegi umrah tajaan shaklee

last but not least, dgn group Kak N ni aku banyak belajar pasal rezeki yg berkat. mcmana nk jemput rezeki yg halal lagi berkat. macamana nak rasa cukup dgn rezeki kita. banayak bende positif yg aku belajar. terima kasih Kak N. 

amacam? ada minatkah? jom roger2/whats app2/sms2 yerrr .... 0172923912

P.E.R.F.O.R.M.A.N.C.E.D.R.I.N.K.&.N.U.T.R.I.F.E.R.O.N

Assalamualaikum, lama tak menulis. ni nak cerita pasal demam. pasal anak demam, pasal laki demam dan pasal aku yg hampir nak demam. asikla tertangguh2... hari ni kene kasi setel.

ngam2 aku habis kontrak dgn RHB (28/2), chul start demam weekend tu. hr isninnya chul MC. selasa chul dh keje tapi saki baki demam masih ada. pehtu selasa malam syaza dh start demam. suhu 38 deg. aku dh macam gelabah jugak. 1 malam aku tak berapa nak tido dok monitor suhu syaza. haaa... masa ni baru la menyesal asik bertangguh nak order nutriferon dgn performance drink. rabu aku terus order nutriferon & performance drink. sampai je 2 barang tu, aku terus bagi chul makan nutriferon tu. aku pun try jugak. rasa dia macamana nak cakap ekkk... rasa herba2 gitu aaa... almaklum la nutriferon ni dibuat dr biji labu, biji plantago asiatica, honeysuckle jepun dgn bunga safflower. aku koyakkan sachet nutriferon tu, tuang dlm mulut pastu terus minum air. utk syaza masa mula2 tu aku bancuh skit dgn air, masukkan dalam syringe pastu direct bg dia. hamikkkk muntah terus. next time nya aku campurkan dalam susu dia. Alhamdulillah dia boleh accept. aku bagi syaza setiap hari masa demam belum kebah.lps dr tu aku bg selang sehari. Alhamdulillah, selain nutriferon, aku jelumkan kepala syaza dgn daun sireh utk turunkan suhu dia. same goes to chul yg batuk2 masih ada walaupun demam dah baik. hari2 aku soh telan nutriferon.nutriferon menampakkan kesan lepas makan 3 hari.



performance drink pulak aku bancuh 3-4 sudu besar dalam 1 liter air. haaa... ni sedap. rasa oren. kalau korang pernah minum air glukos tu kan, yg dlm tin biru tu kan, haaa rasa lebih kurang. performance drink ni syaza tak berapa suka. mungkin rasa pelik skit orennya dr rasa sunquick, maka dia tak berapa nak minum. tapi best minum PD ni. pengganti kepada 100 plus yg aku suka balun tuh... 100 plus ada gas, PD takdak gas. hilang la rasa perit tekak bila minum PD nih...

bila dua beranak tu baik demam, aku pulak yg tetiba nak demam jugak. letih melayan syaza gamaknya kan. 2 hari 2 malam suhu dia maintain 37 - 40 deg C. mau tak risau. ubat klinik bg jugak, shaklee pun jalan jugak. jelum dgn air+daun sireh satu badan pun ye jugak. dah bau sireh anak aku. so, bila tanda2 nak demam menjelma, aku laju2 telan nutriferon dgn PD. PD tu mmg bancuh 1 liter. Alhamdulillah, tak jadik demam.

demam dh kebah masing2 cuma batuk dgn selesema masih ada. ada rasa pelik jugak la kan. should be boleh hilang sekaligus la kan. so, bila aku tanya kat sifu kak N, dia soh aku bersedekah dan doa supaya kesihatan aku sekeluarga dikembalikan. yes, POWER of sedekah. Alhamdulillah, lepas menjalankan tanggungjawab tuh, everybody in good condition.

Alhamdulillah...


Wednesday, March 19, 2014

A.N.A.K.2

tadi dah cerita pasal mcmana usaha utk dapatkan syaza. so, sekarang syaza dh nak masuk 4 thn dah Dec 2014. ramaila yg dh tanya bila Syaza nak beradik. hmmm... tak boleh nak dijawab kadang sbb memang belum ada rezeki utk menambah anak. Aku takde amik pil perancang, suntikan cegah hamil bagai lepas beranakkan syaza dulu. mmg dh decide dgn chul takmo amik2 apa2 bentuk protection sbb memikirkan nak mendapatkan syaza pun tunggu 3 thn without protection jugak, so, takut bila amik protection, kang lagi lama plak nak menunggu nak dapat yg ke-2. di keliling aku dgn chul, ada kawan2 yg lambat dapat anak 1st, tapi pehtu mudah je nak dapat yg ke-2. so, aku dgn chul berharap kitaorang pun macam tu jugak. tapi, yelah, rezeki anak di tgn Allah, bukan di tgn kita kan... kat bawah nih senarai soalan2 yg aku pernah dapat pasal anak no-2:

a) bila nak tambah anak?
b) bila syaza nak beradik?
c) u all memang planning ker?
d) tak teringin nak menambah anak ker?

tak terlayan dah soalan2 tuh. jawapan standard aku adalah belum ada rezeki. bila macam ni aku teringat kawan aku cakap, "Allah tak bagi rezeki anak kat ko sekarang, mungkin sebab sebenarnya, ko belum sedia dr segi mental, fizikal dan jugak kewangan. Allah akan bagi bila ko dah bersedia dr semua segi. Allah knows better" betul apa yg dia cakap. sometimes kita ni rasa kita dh cukup sedia utk ada anak. tapi hakikatnya belum. tapi penyataan ni adalah sesuai untuk orang yg tak planning yerr... utk yg planning mmg sendiri plan la kan takmo ada anak utk sekian2 lama. so, aku take it positive la... Allah nk uji aku dgn chul. Allah nak aku dgn chul lebih bersedia utk anak ke-2 dr semua segi. cumanya mmg berharap sgt la aku dapat pregnant thn ni...

jadinya, aku dgn chul decide utk cuba Set Kesuburan Shaklee:

Aku: GLA & Alfafa
Chul: Zinc & Vit E

so, kita tgk nnt apa result. mudah-mudahan berhasil.




selain dari set Shaklee ni, aku amalkan jugak doa kat bawah ni everytime lepas solat:

credit: madah tazkirah

Korang pun doakan aku sekali yerrr....







A.N.A.K

Syazana Aminah adalah anak aku dgn chul. Syaza lahir 10/12/10, lg 4 hari anniversary aku dgn chul. ya, 3 thn kitaorang tunggu. bila usia perkahwinan dah masuk 2 tahun, aku dgn chul start jumpa doktor untuk pemeriksaan. Chul yg minta aku survey kat KL mana tempat yang boleh buat pemeriksaan. semua tempat aku survey. LPPKN, HUKM, Hamit Arsat, and a few doctor. bila chul minta aku survey, aku lega. ini menunjukkan bahawasanya dia bukanla lelaki ego yang akan salahkan perempuan 100% bila lambat dapat anak (ada ye lelaki2 yang salahkan bini bila lambat dapat anak). yes, punca lambat mengandung tu lebih kepada perempuan (as doc said), tapi tak semestinya lelaki tak menyumbang kepada masalah itu. dont expect korang lelaki2 ni sihat walafiat sahaja. sebab tu kita kene seek for profesional advise yerrr iaitu doctor.

Lepas pencarian beberapa bulan, aku teringat kawan aku pernah ajak aku gi jumpa doktor pakar sakit puan kat bdr puteri klang. so, aku google nama poliklinik tu dan terus call tanya prosedur. paling aku suka adalah tak perlu buat appointment. terus datang walk in masa doctor bertugas ada. fuhhhh... lega. kalau hamit arsat, ko kene buat appointment 2 bulan sblm nak datang. klu hukm kene mintak referral letter dr klinik lain untuk buat temujanji. kalau lppkn kene buat test hari kerja which is semua tak menepati kriteria aku n chul yang PJJ (perkahwinan jarak jauh) waktu tu. so, kitaorang pilih untuk pegi ke Poliklinik & Pusat Bersalin Barakah. dan jumpa dengan Dr Khairiah Seman. masa 1st time pegi tu, tawakal je. doa2 mintak2 doktor adalah baik dan boleh consult kitaorang. aku tak ingat dh tarikhnya bila kitaorang jumpa dia. yg pasti, jumpa je dia, terus aku dgn chul boleh sembang apa masalah dan bincang macam2 dgn dr khairiah. dia ni sangatla soft spoken. dulu dia pakar O&G kat HUSM, pehtu kat spital KPJ n then bukak klinik sendiri.

Apa yang aku buat masa 1st time jumpa adalah transvaginal scan, untuk tgk keadaan rahim kita, kilang telur kita and keadaan telur2 kita dalam ovari. Alhamdulillah... semuanya normal. utk chul, dia soh buat test air mani kat Gribbles Lab Batu Pahat. bagus... Dokter ni tak menyusahkan pelanggan. dia cuma soh bawak result test tu utk next check up. Selesa mmg sangat selesa berurusan dgn Dr Khairiah nih... so, dia cuma bagi ubat subur (Clomid). kene mkn dr hari ke 3 period sampai hari ke 7 (5 hari). dia bgtau klu 1st cycle tak menjadi, pegi mana2 klinik, jumpa doktor dan bgtau yg aku nak pil clomid and kene bgtau doktor yg aku tgh planning utk pregnant. So, aku makan Clomid utk 3 cycle tapi tak menampakkan hasil. Chul punya test result pulak menunjukkan peratusan sperma yg sihat utk bersenyawa adalah kurang. maka dokter sarankan makan vitamin Surbec Zinc. So, after 3 cycle makan Clomid, aku jumpa balik Dr Khairiah, buat balik transvaginal scan utk tgk perkembangan telur2 aku. suprisingly, dia kata ada cyst. aku macam... apa??? tapi Dr bgtau mungkin kesan aku makan Clomid. so, kene stop Clomid and dtg next month utk scan lagi sekali. masa tu aku tanya jugak dgn Dr, apa supplemen yg aku boleh amik utk bantu aku pregnant. masa tu aku makan habatussauda jeee... and masa tu aku banyak baca testimoni Biodex. so, aku mintak pendapat Dr pasal Biodex. Dr bgtau from testimoni yes Biodex mebantu ramai wanita hamil. cuma Biodex ni takde clinical proven. So, aku tanyalah nak makan supplemen apa. So, dia suggest utk makan Fertility Blend yg kene beli direct from US, takdak jual kat mesia. dia soh pi website and order. harga utk 3 bulan supply adalah lebih kurang harga Biodex sebulan punya supply. yg bestnya Fertility Blend ni cuma 1 jenis pil sahaja, harga dalam RM500+ (ikut currency exchange masa tu) utk 3 bulan supply dan utk suami dan isteri. dan, kalau kata kita pregnant bulan pertama atau kedua, kita boleh refund balik botol yg ke-3 kat dia. best kan? so, aku dgn chul decide utk beli. mintak tong sahaini utk orderkan since kitaorang takde akaun paypal masa tuh. so, tunggula lagi sebulan baru barang sampai.

In between masa tunggu supplemen sampai, aku baut appointment dgn KPJ Shah Alam utk buat Ujian X-ray rahim (Hysterosalpingogram – HSG. X-ray ni utk tau tiub fallopio kita tersumbat atau tak. Cara dia, Dr atau Radiographist akan suntik cecair kaler biru kalau tak silap dalam rahim melalui faraj kita. hehehehe.... ngeri kan bunyi dia. tapi, ni cara yg paling murah la utk tau tiub fallopio kita tersumbat atau tak. kalau tak silap kos adalah RM200+ kt KPJ Shah Alam. ni pun suggestion dr Dr Khairiah. selain dr charge yg murah berbanding spital lain, korang boleh pilih nak radiographist pompuan atau lelaki. boleh buat pembedahan jugak tapi of coursela mahal dan kene stay hospital. kalau company korang cover bolehla buat pembedahan. tapi cam ngeri jugak buat prosedur nih. aku ni tak baca langsung pasal prosedur nih sebelum aku pegi buat. yg penting korang kene bawak pad dgn extra panty sbb akan ada pendarahan skit lepas buat prosedur nih... nak kata sakit tu tak la tapi rasa ngilu la kat bawah tu kan. kalau sape2 yg pernah buat paps smear lebih kurang la rasa sakit dia tuh... and terasa jugak masa dia injek cecair tuh... hehehhe... pehtu bila cecair dh sampai kat tiub fallopio, raiographist tu akan amik beberapa keping gambar. Alhamdulillah tiub aku tak tersumbat. ooo yes, utk buat prosdur ni kene buat hari ke-11 atau ke-12 dr hari pertama period. and prosedur dlam 2 jam gitula... lepas dr buat prosedur nih, ada la rasa sengal2 kat bawah tuh macam tgh period... huhuuu...

lepas dr tu, aku tunggu supplemen sampai di samping amalkan petua2 utk cepat hamil. including makan kurma, makan taugeh yg buat sendiri, continue habatussauda, say no to air gas, fast food segala. so, dipendekkan cerita, seminggu ke 2 minggu sblm birthday chul thn 2010 tu (9/4), badan aku mmg letih semacam dan rasa malas yg amat menyelubungi ... huhuhuhu... nak berjalan pun malas. pastu masa tu jugak ada 2 org kawan aku yg keguguran. and baru perasan jugak yg period aku cam lewat. so, aku cam dah cuak... cam terfikir2 aku pregnant ke... so, aku call Dr Khairiah tanya pendapat dia. sbb bila kira2 dr 1st day period utk March, dah ada 40 hari. sbb kawan aku ada cakap, kalau nak buat pregnancy test, aku kene tunggu 40 hari utk buat. Dr Khairiah bgtau buat je self PT pagi2 masa 1st urine. so, on 7/4/10, pagi2 lepas bngun n 1st urine, aku pun buatla tets. berdebar2 masa tuh. sbb selalu kalau buat kompem negatif. n yes, 2 line bebeh pagi tuh. dah la mamai2 kan baru bangun tido, so, buat kali kedua. dan sekali lagi 2 line. terus amik gambar and send kat chul. terus chul call tanya, pregnant ke? of course la pregnant kan... hehehehe... yg bestnya hari yg sama, supplemen Fertility Blend tu pun sampai. tak sempat aku dgn chul nak makan. so, Fertility Blend tu aku jual balik kat Dr Khairiah. dia akan jual kat patient dia. 

So, macam tu la perjalanan aku masa usaha utk pregnantkan Syaza. selain dr jumpa doktor, makan supplemen, kurangkan makanan rapu, aku ada amalkan doa utk dapat zuriat. Alhamdulillah... 


Wednesday, March 12, 2014

A.K.U.D.A.N.S.H.A.K.L.E.E

sejarah aku dgn shaklee bermula masa aku dok sibuk susukan syaza (2011). sebelum tu mmg tak tau pun shaklee nih. alkisahnya masa pantang aku mengepam susu jugak sambil menuyusukan syaza utk buat stok. kan perancangan awalnya syaza akan dibawak ke KL lepas pantang. tapi plan bertukar bila mak mertua dgn chul berubah fikiran. soh aku tinggalkan syaza kat kg. so, bila kira2 stok susu macam tak cukup. aku dh risau dah. so aku start cari jalan nak banyakkan susu. cari makanan apa yg boleh banyakkan susu. supplemen yg banyakkan susu. so, dr cousin aku la aku dapat tau shaklee nih. aku mintak contact no shaklee distributor yg dia beli tuh. bila aku try contact tak dapat. maka dengan segala hormatnya aku google lalu terjumpalah aku dgn website Kak N. setelah consult dengan dia maka aku pun beli. Alhamdulillah... serasi. masa tu aku amik set Eu-Four Pack (Vitalea, B Complex, C dgn Ostematrix). breast cepat je rasa penuh. tgh2 malam boleh bangun utk perah susu. demi nak bg full breastfeed kat syaza at least pun 6 bulan. Set ni boleh tahan 3 bulan cuma aku kene topup Oste every month. aku continue amik set ni sampaila syaza umur sethn walaupun syaza stop breastfeed ms dia 9 bulan.

Tahun yg sama, bulan September 2011, adik ipar aku bahtiar accident teruk. both kaki and tangan patah. masa tu aku terus call Kak N tanya apa supplemen boleh bagi kalau nk recover cepat. Kak N cadangkan amik wellness set (Vitalea, B Complex, C) dan tambah Oste.Alhamdulillah, progress dia baik tu cepat. doktor dgn misi pun tanya dia makan apa. Bahtiar ni bagus, sgt disiplin. makan supplemen ni on time. mmg bersemngat dia nak berjalan balik. dia continue makan sampai satu masa tu dia stop makan. tapi skang dia dh makan balik. kali ni amik set tulang dan saraf iaitu: ESP + AJHT + Ostematrix. Harap2 tulang dia yg belum bercantum tu, cepat2la cantum. tak payah nk sibuk gi spital ajeee kan. so far dia respon baik. dr tak boleh bengkok lutut sampai boleh bengkok kaki. jarang dia demam sepanjang tempoh accident nih.


Dec 2011, aku dgn syaza kene chicken pox. syaza kene dulu kat taska pastu aku la. syaza sampai kene warded sbb sampai dalam2 mulut dia kene jugak. lepas syaza baik, aku pulak menyusul kene chicken pox.




17/12/11- chicken pox start tumbuh kat dahi betul2 tgh dahi; 20/12/11 - dah penuh satu muka dgn kepala sampai ke leher2. masa ni dh start makan vit E sbb doc soh makan. maka vit E shaklee dicari; 31/12/11 - parut chicken pox masih ada berterabur kt muka; 14/01/12 - start keje baru kat honda batu pahat dgn muka masih berparut; 02/02/12 - muka dh bersih dr parut chicken pox

pengalaman kene chicken pox ni mmg antara pengalaman yg ngeri selain dr sakit beranak. huhuhuhu... horror gila rasa bila muka penuh dgn chicken pox... bila doc bgtau kene makan vit E banyak2 lepas baik, maka aku trylah vit E shaklee. Alhamdulillah, jodoh aku dgn shaklee... bersih balik muka aku dr parut chicken pox. huhuhuhu...

lepas dr pengalaman2 tu la aku daftar diri jd Shaklee Independent Distributor. start Januari 2012. tapi masa tu tak beria sangatla buat Shaklee ni. beli utk diri sendiri dgn share dgn kawan2 terdekat yg mintak tolong belikan. Sekarang ni InsyaAllah aku nk tambahkan pendapatan dgn Shaklee. Doakan aku istiqamah dan berjaya. Aminnn....


SID: 880039
CALL/SMS/WHATSAPP: 0172923912

W.A.H.M

Assalamualaikum... hari ni masuk hari ke-13 aku dengan rasminya bertukar status dr ibu bekerja di pejabat kepada WAHM (Work At Home Mother). gelaran yg aku nak dr dulu. 2 thn dah kontrak abis dan tak disambung, maka aku amik keputusan setakat yg hari ni la kan nak jadi WAHM. masa kontrak dgn cimb dah nak abis, aku dapat keje kat RHB. itupun aku gi interview RHB pasal ada agen pekerjaan tepon soh pegi walk in interview.ok aku pegila memandangkan kontrak dgn cimb pun tak tentu boleh disambung. Alhamdulillah hari interview tu jugak aku dapat offer. interviewer soh pi buat medical check up. kalau medical check up cung, maka aku dikira berjaya. aku pun buat medical check up kat Klinik Nur. setel semua, aku pun tunggu je la HR RHB tepon. aku dapat surat ngam2 lagi 2 minggu kontrak nak abis. lepas telek belek kontrak, maka aku sign surat n start training kat RHB Learning Centre Bangi start 4/3/13 sampailah akhir bulan Mac tuh. bulan 4 aku dh masuk Branch Yong Peng.

last day kt RHB adalah 27/2, well short notice dr HR. aku tau aku last day adalah petang 27/2 tu jugak. pelik tapi lantakla... aku bukan performer pun kan walaupun aku rasa prosedur tu macam tak betul. 28/2 aku datang jugak office sbb nak pulangkan tag dgn medical card. tu pun aku yg beria nak pulangkan sbb kalau prosedur CIMB dulu gitu, so aku assume RHB pun sama. for surela tak nak org salah gunakan tag kan. aku datang ptg lepas sembahyang jumaat. setelkan apa yg patut, pastu ada makan2 sikit utk farewell. aku bg ucapan skit n ada penyampaian souvenir utk aku.



maka tamatla kisah kerja di bank utk sementara waktu nih. aku ok. takdelah sedih sgt ke apa. sbb mmg aku ada buat istikharah mintak petunjuk adakah patut aku teruskan keje kat RHB atau bertukar kerjaya as WAHM pulak. mmg aku takde mintak keje kat mana2 pun setakat nih. aku nk fokus pada bisnes shaklee dan jugak bisnes makanan segala mala tepung. InsyaAllah... hr last tu aku buat cheesekut dgn roti lapis daging berkeju yg aku amik resepinya dr FB. Alhamdulillah respon bagus. esoknya kak eida mintak roti daging tuh. next weeknya hr selasa aku hantar 3 bekas cheesekut ke rhb yong peng. 

elok je aku bergelar WAHM, chul dgn syaza demam berganti. chul demam start on weekend. syaza start demam selasa malam. check suhu dh 37 deg. dia banyak merengek. the next morning 40 deg. aku dh start lap badan dgn towel and bagi dia makan ubat. rabu pagi (5/3) lepas bergaduh2 mandikan dia, aku bawak pegi klinik. tirod dia merah dan sedikit bengkak. doc soh aku mandikan selalu dan lap badan dia. balik klinik, makan ubat dia pun lena. malam tu suhu maintain 37 - 38 deg. mlm tu dia makan skit n makan ubat lena. the next morning dia merengek2. aku check suhu, hamikkkk 40 deg lagi. chul dh suruh aku bawak gi spital. aku senyap je... continue lap badan dia. pastu dukung dia bawak jalan2 kat luar rumah pagi tu sambil tgk chul pegi keje. pastu aku gi amik daun sirih. naik atas rumah pastu ramas2kan daun sirih tu dalam air utk buat lap badan dan kepala syaza. dlm pkl 10 camtu syaza tido lepas makan ubat. kali ni lama sgt dia tido. Alhamdulillah petang tu suhu turun 36.6 deg. legaaa... sbb palnnya kalau by petang tk turun suhu nak shoot pi hospital. tp mmg la kali ni punya demam syaza sgt cranky. adehhh.... sabo je la mak ko ni nakkk melayan... huhuhuhuhu... la ni dtinggal batuk dgn selesema. selain ubat klinik, aku selang selikan jugak dgn Nutriferon Shaklee. chul pun aku bg jugak nutriferon dgn performance drink. dgn aku2 sekali balun PD dgn Nutriferon tuh.. la ni aku pulak yg mcm nk demam... ahahahaha... 


rutin harian aku lepas benti keje ni, bgn pagi gosk baju keje chul, buatkan air milo dia, pas chul gi keje, basuh baju, mandi, siapkan syaza, tolong mak mertua masak, kemas bilik dgn barang2 sendiri, ngadap FB, tido tghari (nikmattt oooo...), makan, suapkan syaza makan, cuci kete, bergaduh dgn syaza dan jugak start skit2 bisnes online aku. pasal bisnes, nnt aku cerita kat entri lepas nih... ok, chow sin chee... 



Monday, November 4, 2013

K.R.O.N.O.L.O.G.I

terperap lagi blog aku. ni aku nk cerita kisah duka sepanjang bulan 9 sampai la bulan 10 thn ni. stress memanjang. hahahaha... sale aku pun ke laut.
kisah bermula awal bulan 9. adik aku sebut nk kawin. ok. fine. aku happy. yg tk berapa nk happy bila dia bgtau ada masalah skit dgn kewangan. ok. aku ckp, ntt aku tolong mn yg patut. bila semua maklumat aku dh dapat secara tepat incl tarikhnya bila bla bla bla, aku pun memulakan operasi menjemput makcik2 yg tinggal kat batu pahat. sehari suntuk aku menjemput makcik2 aku.
details majlis adalah:

nikah: 11/10/13
majlis belah pompuan: 12/10/13
majlis belah lelaki: 26/10/13 (ni majlis kat umah aku)

bila aku dh bgtau details semua, maka macam2 la dugaan yg dtg mengalahkan aku yg nak kawin. yg makcik2 sibuk tanya majlis nak buat macamana, ada pelamin ke tidak, menu apa semualah. aku pun selaku jurucakap menjawab la dengan tenang.
yg menjadi tensi bila makcik aku bg suggestion yg macam2 yg memerlukan budget yg takde dalam plan. sebab kenduri sambut menantu ni just jemput kumpulan yassin plus sedara mara. yeee... sedara mara yg ramai. ada bende yg aku ikut, ada bende yg aku bantah.
itu satu hal la. hal adik aku yg buat2 sambil lewa pun buat aku bengang gilak. ewah, daftar nikah dh kene buat online pun tak tau. kursus kawin tak abis lagi. hoiiii... menyirap je darah aku. last2 aku jugak yg kene registerkan kat website. adudududududu... sengal... mmg last.minute lg bbrp hr nak jikah pendaftaran nikah setel. adehhhh....
dh abis bab tu, tiba bab barang hantaran. ada je lagi yg tak beli. waduhhhh... mmg last minute.betulla adik aku nih. aku bebel kat dia, dia bebel kat aku blk. sakittttt hati....
tiba hari nikah pun macam2 belum setel. letih badan, letih otak aku dibuatnya. selamat dah dia nikah mlm tu aku lega skit. tu pun serabut, saksi lambat dtg. saksi kensel datang last minute. aduhaiiii.... esoknya majlis sanding berlangsung dgn baik. aku maleh dah nk mikior...
otw nak ke majlis kat umah mak pun kene tukar plan. mesyuarat besar2an kat umah mak. tukar venue. makcik2 nk buat kat rumah Yai aku pulak. senang. laman luas. Yai aku tak payah susah2 nk ke rumah aku pulak. menu pun bertukar 360 darjah. layankan aje laaaa... pelamin pun nak ada. ok layan... drpd majlis yg sepatutnya simple, haaa kooo amikkkk... jadik majlis beria kooo... hadap je laaa... Alhamdulillah ramai yg nak sponsoe. sorang sponsor skit banyak jadiknya.  majlis.kt umah Yai ni aku pressure gakla skit2 sebab apa2 je tak kene ke apa semua carik aku. aku ni dah kalah mak pengantin. Almaklum dah takde bapak. aku la pengganti abah. semua letak atas bahu aku walaupun aku anak perempuan.... huhuhuhuu...
Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar. nasi lauk pauk semua habis. paling laku ayam golek.

ok. tu pasal majlis adik aku. ada 2 lagi peristiwa yg jadi dalam 1 hari berlaku dalam bulan 10. iaitu pada 14/10 sehari sblm raya haji. aku ada grouping kat rhb kluang. aku sampai lambat skit sbb sggh yong peng dulu. sampai je kluang, aku park kete dekat2 dgn opis. pehtu aku gi beli tiket parking. masa nak melintas jalan dengan tak semena2 aku dilanggar oleh kereta yg sedang reverse. bedebuk punggung belah kiri kene langgar. terjerit aku kat situ.... adehhhh... sakit+ terkejut.   org yg langgar yurun dr kete n bertanya khabar. org melayu. dia tak nampak aku katanya. dia tanya aku ok ke tak semua.pastu beli air mineral soh aku minum. pastu gi klinik. Alhamdulillah aku tak apa2. tapi details org yg langgar aku dh bubuh dalam handphone.
ok. rupa2nya hari yg sama aku kene saman apeedtrap. elok je bbrp hari lps kejadian chul check kt trafik gambo kete comel jeee terlebih hadlaju. adehhhh... tu ms otw nak gi rhb kluang la tu sblm aku kene langgar.... hmmm sudah jatuh ditimpa tangga kata kooooo....


Wednesday, July 10, 2013

H.O.M.E.M.A.D.E.B.A.N.G.K.I.T .S.A.N.T.A.N

ok... sempena 1 ramadhan yg mulia ini, meh citer pasal kuih mehhh... hehehehhe... saper2 nak order boleh call, boleh pm facebook, boleh like page yerrr... nnt aku bg link. ok let's start with the product la yer kawan2.


Ini forever favourite bagi pelanggan-pelanggan tetap kuih bangkit yang aku jual. ni perisa asli. KUIH BANGKIT SANTAN. kosong ajeee takde bubuh bijan segala. merekah-rekah je rupa gebu dia. sangatla rapuh dan akan cair dalam mulut bila kita kemam je kuih nih. ada kuih bangkit yg keras tau. tak cair bila kemam. ni kalau ada air kopi panas kan mmg maveles... kuih bangkit original flavor ni udah 6 tahun aku jual termasuk tahun ini. aku gelarkan flavor ini sbg BANGKIT LEGEND... hehehehe... Alhamdulillah, tempahan utk flavor ni sgt menggalakkan...

NAMA KUIH: BANGKIT SANTAN ORIGINAL
HARGA: RM20 sebotol termasuk kos penghantaran
HARGA BORONG: sila call/sms/pm



Ini flavor terkini from makcik supplier. BANGKIT CHEESE nama dia. mmg rasa lemak2 cheese dia. ni pun sama, cair di dalam mulut bila dikemam. mmg kene dgn citarasa moden ni la kan... gabungan lama dan baru kata org. rasa bangkit tu masih tak hilang... 2 rasa bersatu kata ko... ok. details as follows:

NAMA KUIH: BANGKIT CHEESE
HARGA: RM25 sebotol termasuk kos penghantaran
HARGA BORONG: sila call/sms/pm

ok. aku ada tulis harga adalah termsuk kos penghantaran kan. ini bermakna aku tak buat tau pos kuih bangkit ni, sbb risiko utk pecah belah n hancur lebur jd tepung balik adalah tinggi. especially bangkit cheese. kos pos akan jd mahal skit sbb aku kene balut dgn bubble wrap tu adalah dalam 2 lapis, pehtu dgn s/khabar. klu org order sebotol lagi la payah aku nk membalut. tapi pos-pos pernah dibuat dan mmg akan ada pecah jugak barang selayer dua kuih tuh... kalau ada yg nak dipos jugak, sila siap sedia dgn kos tambahan yg akan dikenakan. 

pehtu mesti ada yg dr sabah ke sarawak. mintak maaf ye, aku tak buat penghantaran ke sana sbb risiko2 di atas. alangkan bawak naik kapal terbang pun boleh hancur lebur, inikan pulak nak soh courier service yg handle. kompem pecah. aku pos ke kl pun pecah2 skit kan. penat je bubuh fragile. aku tgh belajar lagi cemana aku nk packing bungkusan bangkit ni supaya tak pecah yg banyak2... so, mintak maaf ye kawan2 kat sabah sarawak. unless kalau korang ada adik beradik/sedara mara/kawan2 yg keje kat semenanjung, especially kat kl, melaka, neg sembilan n johor, haaa InsyaAllah aku cuba deliver utk orang.

ok, ni aku bubuh link page kuih bangkit ni yaaa ... korang like, pehtu isi order korang kat notes yerrr... aku dh create document tuhh... kalau nak tanya apa2 pun boleh pm kat page tu yerrr... nnt aku atau chul akan entertain la yerr...

PLACE ORDER KAT SINI: ORDER LIST
NO HP: 017-2923912 (sham)/012-6546286 (syamsul aka chul)
DELIVERY AREA:  johor bahru-batu pahat-muar-air keroh-seremban-bangi-kajang-putrajaya-seri kembangan-sg buloh-kl sentral-shah alam-klang(kalau ada permintaan)
TARIKH AKHIR ORDER: 19 JULAI 2013
DELIVERY DATE: 26 - 28 JULAI 2013
DELIVERY DATE UTK JB AREA: TBA

rasanya dh lengkap maklumat-maklumat yg korang perlukan utk order. jadi jangan tunggu lagi, mari-mari order cepat sebelum terlambat dan terlepas... 


Sunday, July 7, 2013

A.K.U.D.A.N.K.U.I.H.B.A.N.G.K.I.T


Amacam... terliur tak? heheheheheh... ni la keje aku kalau time puasa... mengedarkan kuih bangkit homemade by org kg husband aku, rengit batu pahat. uli half guna tangan manusia, half way guna mesin... menerap, membakar, menyusun dalam balang semua guna tenaga manusia yerr... Alhamdulillah, masuk thn nih dah 6 tahun aku bisnes kuih bangkit everytime puasa. bermula dgn chul yg amik order kawan2 opis, pehtu bila aku keje kat kl, aku try marketkan kuih bangkit ni kat kawan2 secara komersil. aku pass2 sample kat kawan2 aku n lantik diaorang jd agen kecik aku. Alhamdulillah, usaha aku tak sia2. masa tahun 2007 bersamaan tahun aku nak kawin, mmg kebabom sale aku utk 1 bulan tuh... cipta sejarah la sbb boleh terjual 300 botol. mungkin bg org lain tak banyak, tp bg aku cukup banyak dah. duit kuih tu kitaorang guna utk buat persiapan kawin. next strategy adalah iklankan dalam blog orang. 2 tahun aku iklan kan kat blog Kak Red. mmg meletopla... Alhamdulillah, org order walaupun belum rasa kuih tuh... lepas tu, aku ada tumpang iklan kat blog CPM and PEEJ. lepas tu takde dah. just melalui kawan2. buat photoshoot semua. hehehehe... dh 5 thn aku bawak kuih bangkit original flavour, walaupun makcik yg buat tu ada macam2 jenis gak dia buat. setelah survey market, original flavour yg ramai order.  aku selaraskan harga RM20 sebalang utk bangkit ori termasuk penghantaran ke rumah or opis. ni mmg service aku tuk semua customer. depa boleh pilih mana aku nak hantar.

dulu masa dok kt kota damansara, aku pernah print tulisan kuih bangkit dgn no telefon lekat pakai selotape kat cermin blkg kete... ada la jugak org call tanya ada stok ke idak. hehehehhe... masa aku pregnant thn 2010, aku ingatkan malas la nak amik order sbb ms tu aku masih mabuk2 kepayang lagi. tapi, takleh nak tolak bila regular customer tanya n nak order. dlm tak nak buat tu, 100 botol jugak terjual. masa tu aku hire despatch kat opis aku utk hantarkan kuih2 tu kat customer. aku bg la dia duit komisen. suka dia dapat komisen...

2011, bisnes mcm biasa. aku lebarkan sayap bg sample kat opis2 sekitar opis aku kat kl sentral. Alhamdulillah, agen2 doing their great job. terima kasih semua. then, bila aku kata aku nak pindah balik kg, kengkawan opis terus tanya, "abis tu kuih bangkit mcamana? tergelak aku. aku ckp kat depa, InsyaAllah kuih bangkit akan tetap sampai ke kl walaupun aku dh kat batu pahat. and yes, thn lepas (2012) adalah tahun pertama aku keje kat batu pahat. so, aku amik cuti dalam 2-3 minggu sblm puasa untuk distribute sample. Alhamdulillah, sambutan menggalakkan. 300 botol berjaya dijual. mungkin bg org lain nampak kecil jumlah tu. tapi pada aku dh cukup banyak. sbb aku ingatkan takde org dah nak order kan. aku salute kat receptionist uem. minah ni keje dia jadi agen kuih, kosmetik dll jeee... tapi dia mmg peramah n baik. pandai tackle hati org utk rasa n beli brg yg dia jual.

2013, tetap menggunakan kaedah yg sama. 20/6 amik stok dr makcik supplier.susun2 dlm kete. kete saga je... esoknya 21/6 abis keje gerak ke kl. tuju rumah kak di dulu.bg dia sample sbb nk mintak tolong dia iklankan kt blog dia. pehtu gi kajang, tmn equine n terus ke d'alpina umah nad utk park stok. setel kt sana terus tuju sg buloh. next day, ke dsara, ampang, gombak n mlm tu terus ke subang lepak dgn lin &junn. schoolmate yg dh lama tdk dijumpai.. ahad pagi2 buta dh pegi brekpes dgn budak2 kfk. kawan2 yg tak pernah jemu2 utk dijumpai. terima kasih sbb dtg yer kawan2... makan kat lontong klang ke apa ntah nama dia. mabeles ko lontong dia... kat seksyen brape ntah. yg pasti dekat dgn uitm shah alam. beratur okeh nak beli lontong ngan nasi lemak... tghari sambung hantar sample kt bdr sri damansara. bdr SD ni sgt sentimental. ni la kaw rumah sewa chul n aku masa baru2 kawin. chul mmg dr bujang la duduk situ. dulu tuan rumah ada offer beli umah dia. tapi, ms tu kitaorg msh sempit kewangan. kalau beli la dulu kan, kompem melambung2 harga umah sewa. huhuhuhu... apartmen tu pun dah pakai access card klu nak masuk... n bandar SD mmg sgt maju sekarang. lps bdr SD terus ke bdr utama umah kak min. ni forever kitaorg punya agen. dia ni mmg tukang buat biskut raya. dulu pernah gak tolong dia jual kukis dia. lps bdr utama, hospital serdang. lps tu tapau makan kat kajang n then terus shoot balik batu pahat. sampai bp pukul 12 lebih...



and aku tk ingat thn bila, aku dapat order about 500 bottles utk supply for gong xi fa chai melalui org tgh. masa tu pinjam juara kak min (supplier cookies) sbb dia pun terlibat sama dalam projek tuh. 1st time aku naik juara n it's a great experience. dan bermula dr order tu la aku perkenalkan makcik tu dgn packaging yg sekarang. klu tak dulu botol dia besar, ada 100 biji isinya. cam pada aku tak kiutla n susah nk bg kat org kan kalau botol besar sgt. botol yg sekarang more handy n isi tak terlampau banyak sgt.

Alhamdulillah, tahun ni order bertambah dr tahun lepas. ramai yg sudi jd agen aku... makcik supplier adalah super duper baik. sgt2 membantu. kdg order last minute pun dia layan jerrrr... hehehehe...so, saper2 nk order roger2 nombor kat gambo tu yer...

U.P.D.A.T.E

Assalamualaikum semua... ye dh bersawang2 blog haku nih... last aku hapdate pasal syaza masuk wad kan. dah setengah thn tu punya cerita. banyak cerita2 nak kongsi, tapi payahnya la nak menulis. syaza bukan boleh kalau aku mengadap laptop, mula la menyibuk... "ibu, nak ipin... ibu nak boboi..." sudahnya mmg tak hapdate la jawabnya... ok, kita hapdate dr bulan Mac la yeee...

MAC 2013

aku memulakan karier cheeeewwwaaahhhh karier kata ko kat RHB. 3/3 aku naik bas ke kl utk training selama 3 minggu. berat hati nak tinggalkan syaza... tapi weekend boleh balik la... such a gamble decision. lantakla... well, training went well. dapat ramai kawan baru. kejenya merayap je tiap malam sbb ada member yg bawak kete ke sana. haku yg buta jalan ni telah dilantik sbg google map tak bertauliah. habis semua org aku call tanya jalan nak ke sana ke sini. hehehehehhe...

 ni kawan2 masa kat cimb la yerr... ms ni farewell utk org lain... gambo farewell aku mana ntah. dalam tepon kut...

 ni masa turn siapa ntah kene belanja satu opis... ni pun kat cimb

 dgn top sale cimb personal loan. org sarawak nihhhh... gula kentang sale dia

haaa... ni kawan2 baru RHB. aku 2nd tertua dalam group nih...

APRIL 2013

aku dh start masuk branch yong peng. ok. warming welcome from all the staff. semua staff baik2. bos pun baik. bulan april ni jugak adik ipar aku, bakhtiar menikah n bersanding. huiiii... penat weeehhh... Alhamdulillah, semua berjalan dgn lancar. perkahwinan ni adalah unik. 1st time aku tgk live pernikahan pengantin yang bisu n pekak. kene ada jurubahasa utk translate kat pak kadi apa yg dia cakap. mmg dinanti2kan majlis ni oleh semua kaum kerabat... kalau belah pompuan, biras aku anak pompuan pertma yg kawin. kalau belah mertua aku, bakhtiar ni anak bongsu.... fuhhhh... mmg ramaila jemputan datang... masa majlis belah kitaorang, aku buat bunga telur n jugak kek utk makan berdamai... Alhamdulillah, mendapat pujian n kek habis licin dimakan...

 ni lepas nikah...

 ni lepas sanding...

ni kat belah mertuaku... syaza n fatin takdak... tido tak sedar diri... hehehhehe
 kek utk makan berdamai...

kek utk sambuatan hari jadi kaum keluarga yg lahir bulan 4

Abis cerita majlis kawin...

MAY 2013

Ni bulan berjalan. start 26 mei sehinggalah selasa minggu depannya, aku n family join charade punya konvoi ke kuala terengganu. habis program hari ahad, kitaorang terus lajak ke kelantan... fuhhhh... penat, tp syokkk sbb dapat menikamati makanan yg sedap2 n murah2... 

 charaders...

 excited mandi laut....

budak belajar berenang... Alhamdulillah, dia dah tak takut dgn laut...


JUN 2013

Awal bulan June, aku ada join kelas kek by chef amer. 1st time aku gi kelas kek secara formal. selalunya belajar thru gugel, utube. so, teruja la join kelas. mmg tak rugi pegi kelas dia. walau mahal, tapi best gilak. belajar 4 jenis kek. so many tips. bilalah aku nak start buat kek yg dia ajar. chef amer ni ko tanyalah apa saja, dia akan jawab sedetail nyaa... 
apron...

 rakan sekelas... 

 dengan chef amer...

 sijil yg dikoyakkan oleh syaza kesayangan...

ni la keknyaaa....

Akhir bulan June, penghantaran sample bangkit santan giat dijalankan... stok tumpang rumah Nad... Alhamdulillah, ramai yg mintak sample... tahun ni tambah satu jenis bangkit which is bangkit cheese... bangkit ni nnt aku buat special entri yerrr.. orait... stop sini dulu...