Saturday, August 14, 2010

A.K.T.I.V.I.T.I

baru dapat update.kt opis takleh update blog, takleh fb...nasib baik boleh baca blog2org yg aku suka baca.kalu tak mmg sangap.bior la kau ada keje ke takde keje ke mmg aku akan baca jugak blog2 kegemaran aku tuh.nak2 kalau tgh tensi2.asalkan keje aku siap, tip top, order masuk, settle.

last weekend aku n husband sibuk sgt. hr jumaat malam chul sampai. sabtu pagi pkl 8 lebih aku n chul gi antenatal class kat KPJ selangor. best...tak sedar masa berlalu begitu pantas. speaker utama utk kelas tu adalah pn faridah.mmg best la dia tuh. sape yg pernah pegi kelas kat kpj tuh mesti kenal dia.very energetic,ilmu takyah cakap yerr mmg menggunung sbb umur dia dh 65 klu tak silap,kelakar, open minded dan very open minded. nak kawin dgn mat saleh hujung thn nih.

generally, silibus yg dicover adalah cara penjagaan diri semasa pregnant, diet, senaman, apa yg kene expect masa nak beranak, persediaan nak beranak, cara penjagaan bayi, proses beranak dan jugak susu ibu. dh dua org member aku yg gi sini utk antenatal class nih.very recomended. yuran pun berpatutan berbanding sepital lain. aku dh survey kebanyakan hospital tak ready schedule la apala,so, memandangkan kpj selangor ni je yg dh ada schedule sampai bulan 12 maka aku gi je lah sini. abis cerita. kelas start pkl 9 dan habis pkl 7. ada 3 kali makan yerrr.... minum pagi, lunch n minum petang. sila pegi link ni utk jadual kelas http://www.kpjselangor.kpjhealth.com.my/index.php?option=com_content&task=view&id=115&Itemid=107.sila book tempat korang yeee...

lepas kelas tu, aku n chul bergegas ke istana budaya pulak nak tgk cuci the musical 2.menarik tertarik.ni 1st time aku tgk teater kat istana budaya.mmg best, kelakar dan masa tgk teater ni baru aku realise betapa pelakon2 ni sgt passion dgn kerja diaorang.yg 4 org tu mmg best.afdlin shauki n harith iskandar mmg aku salute dgn diaorang punya spontan. nabil pertama kali muncul dalam teater bagus. tak nampakla dia ikut AC kan.kiranya dia menjadi diri sendiri dan menjayakan watak tu dgn selamba n dia serasi dgn yg lagi 3. vanida imran mmg sweet. so far aku bg 5 bintang la teater nih.hopefully aku ada lagi peluang nak tgk teater lepas2 nih.bak kata bye, sila buat segala aktiviti yg ko nak buat sebelum ko ada anak. nnt dh ada anak tak sempat dah nak buat apa2.especially masa anak kecik lagi kan. hmmmmm.... ada 1 aku belum buat nih...hehhehehe...hajat dh lama tapi belum lagi tertunai. nntla...

the next morning, ahad aku n chul gi hantar pait gi klia.dia kene gi kk ada conference. pastu gi barakah nak buat scan.alhamdulillah anak aku aktif sgt2 sampai doc khairiah susah nak buat detail scan. huiiii...bertuah anak ibu n abah yerr...jantina????tak dapek lerrr...dh gerak sana sini tak dapek la doc nak tgk. doc kata dia boleh predict tapi tak confirm.so, aku dgn chul tak tanya pun apa yg doc predict.nnt la bila doc confirm baru kitaorg tanya n percaya.jantung dia ok, kaki tangan alhamdulillah sempurna mulut sempurna tak sumbing, jari tangan kaki cukup.tak kesahla lelaki ke perempuan janji dia sihat dan sempurna fizikalnya.

so, pastu kitaorg bergegas plak ke pureen warehousesale.masa utk bersoping.boleh tahan ramai jugak org. tapi taklah sesak sgt. still ada ruang nak rembat barang2 yg aku nak. alhamdulillah barang2 yang aku list aku dapat beli. cumanya aku malas nak cari baju sbb dh bercampur2.tak kuasa nak pilih.beli je lah kat luar.nnt aku serang mydin beli baju. chul pun xcited memilih2....yg paling banyak aku beliadalah wet tissue. sape nak? aku beli 1 kotak besar.hahahha...tamak...tapi ada opismate pesan.

haa...abis dah update last weekend... ni nak update plak pasal puasa sebagai ibu mengandung buat pertama kalinya.sejak dah 5 bulan mengandung aku kene balik acid reflux or heartburn. seksa weehhhh 1st && 2nd day puasa.mmg aku gagahkan diri nak abiskan puasa.mlm nak puasa tu aku gi ikut housemate gi terawih.alhamdulillah dapat 8+3 rakaat.aku dh pesan siap2 kat anak aku yg kita nak puasa sebulan nih. so, takleh makan siang hari. mmmmmm... mmg berbeza la puasa sbg org bukan mengandung dgn sbg org mengandung.aku doa semoga aku kuat nak abiskan puasa sebulan. yg penting sahur aku takleh amik nasi.kang tak pasal2 aku muntah di pagi hari. so, minum susu, makan biskut cracker, oat, air masak n kurma. hamikkk kan...makan ubat sudah mesti.

oklah.nnt kita update lagi.bubuiiii....

No comments: