Tuesday, April 8, 2014

T.U.L.A.N.G.D.A.N.G.I.G.I

Korang suka minum susu? aku tak berapa nak suka. especially susu tepung or susu segar tu. sbb dari kecik org susah kan, maka dulu yg murah adalah susu pekat tu la... aku tak ingat sampai umur berapa aku menyusu badan mak aku pastu mmg teh o, kopi and teh susu la minuman aku. oh, termasuk air sirap. kalau milo plak tu jarang2 dapat minum. milo kan mahal. selalu minum milo bila lori milo datang sekolah. Alhamdulillah gigi ok, tulang pun ok masa kecik2. 

As time goes by, chewwaaahhh... (omputih plak) makin dh tua aku perasan tulang tak berapa nak kuat. especially tang pinggang dan lutut. masa pregnant dulu (masa ni belum kenal shaklee), aku mintak kat doktor pil kalsium sbb aku dah tak lalu nk telan susu anmum tuh. yelah, masa pregnant kan anak kita akan amik segala zat2 dan kalsium dr kita kan. maka kita perlukan kalsium dan segala zat lain 2x ganda masa pregnant. 

Bila dah kenal Shaklee masa menyusukan Syaza, aku mmg amalkan kalsium Shaklee@Ostematrix. Serasi dgn aku. lena je tido malam dan pagi bangun takdela lenguh2 sangat badan dan kaki. Masa Syaza lahir sampai umur sethn, aku masih keje kat KL. office kat Plaza Sentral, KL Sentral. maka pengangkutan utama adalah kereta utk ke stesen LRT dan jugak LRT semestinya. jadiknya banyak berdiri  dan jugak berjalan. dr stesen KL Sentral nak ke Plaza Sentral tu adalah 10 min jugak berjalan. kalau dah lambat lagi la aku ni jalan dah macam charlie chaplin, laju semacam jeee... dr parking kete nak ke Stesen Gombak tu pun 5 min jugak berjalan. kalau dapat parking jauh2 huhuhuiii... mmg boleh tahan lenguh kaki. pastu, masa syaza kat kg lepas habis pantang sampai umur 6 bulan kan aku keje ulang alik KL-BP hantar stok susu. hari jumaat je keje aku kejor ERL nak ke bdr tasik selatan. pehtu kejor bas plak nak balik Rengit. fuhh... kalau pikir2 mmg letih. maka, Oste banyakla bantu utk tulang2 aku bekerja sepanjang hari tuh.

Selain drpd tulang2 sihat, masalah membuang pun dah takde. kalau dulu 2 hari sekali baru la aku mebuang air besar. lepas makan oste, setiap hari (biasanya pagi sbb makan oste malam sebelum tido) aku akan membuang dgn jayanya... 




bulan April ni ada promosi OSTEMATRIX. beli 6 botol percuma 1 botol dengan harga = RM366. kalau nak dapat harga ahli, bolehla join jadi ahli dengan yuran serendah RM75 (termasuk pengeposan kit jualan ke pintu rumah anda). so, apa tunggu lagi, jom dapatkan oste hari ini!

Monday, April 7, 2014

K.E.N.A.P.A?

Kat Malaysia ni bertaburan bisnes MLM, tapi kenapa aku pilih Shaklee. 1st and foremost, takde orang paksa2 aku utk join jadi ahli. bermula dgn sendiri cari Shaklee nk usaha tambah susu utk syaza. servis, konsultasi, informasi dgn layanan yg best dr sifu Kak N buat aku tertarik. dia tak pernah paksa jadi ahli. dan setiap kali aku tanya produk apa yg sesuai dia akan tanya berapa budget yang aku ada. lepas kenal je dia, aku mmg baca blog dia. so, kat situ dapat info pasal produk2 shaklee. sepanjang aku jadi pelanggan Kak N, susahla nak jumpa dia tak angkat call kalau aku tepon, especially masa aku kene bengkak susu dulu. adudududu... seksa masa tuh. 

lepas je rasmi join jadi ahli, Kak N masukkan aku dalam group anak2 didiknya.kat group ni semua masalah, diskusi ttg produk, marketing plan dan sebagainya dibincangkan secara berjemaah. ni juga keistimewaan bila join jd ahli. meeting, discussion, order barang semuanya di hujung jari. yes, guna internet sahaja. takyah nak sibuk2 sgt jumpa2 hari2. ni baru betul2 WAHM. 

Yuran ahli pun baru RM75 utk seumur hidup. tak payah nak renew2. ko nak jadi ahli utk beli sendiri punya vitamin ke ko nak beria2 menjual utk dapat income lebat ke itu terpulang. janji takde nak sibuk2 renew keahlian kan... jusco cardpun kene renew kan setiap tahun. RM12 hengget plak tuh. tiap2 kali beli vitamin, dah dapat kumpul point.cukup je point dh boleh dapat bonus. haaa... terus masuk akaun rimau...

kalau serius nak berbisnes, peluang nak naik pangkat tu mmg terbentang luas. ko boleh pilih nak naik sorang2 atau nak naik beramai2... maknanya kalau kita takde downline pun kita tetap boleh naik pangkat dan jugak bonus. haaa... adil kan. sbb ada MLM yg kene cari downline banyak2 baru dapat bonus banyak. dgn Shaklee sapa usaha dia mmg akan dapat. 

CASH dengan shaklee kita boleh dpt cash dengan penjualan produk. bila dh ahli dapat harga ahli kan. kita jual dengan harga pasaran, maka dapatla untung runcit kat situ. lagi pulak skang shaklee dh kuar memo, tak boleh dh nak jual pada pelanggan dgn harga ahli, kecuali, pelanggan nak join jd ahli. baru boleh dapat harga ahli. jual pada harga bawah dr harga ahli lagi la tak boleh. bila naik pangkat, pun ada dapat incentive ye kawan2...

CAR bilamana kita memenuhi syarat2 yg ditetapkan oleh shaklee, kita akan dapat bonus kereta la dari shaklee. haa, pilihla apa kereta yg kita mau. bulan2 shaklee bayar. tapi bonus kereta ni tak semestinya utk beli kereta jee... kita boleh je simpan duit tu utk beli bende lain. rumah ke contohnya kan.

CONVENTION kumpul2 point sepanjang tahun, cukup syarat, maka berterbangan la kita pegi convention anjuran shaklee. tgkla mana shaklee nak bawak kan. kalau yg muslim, ada peluang utk pegi umrah tajaan shaklee

last but not least, dgn group Kak N ni aku banyak belajar pasal rezeki yg berkat. mcmana nk jemput rezeki yg halal lagi berkat. macamana nak rasa cukup dgn rezeki kita. banayak bende positif yg aku belajar. terima kasih Kak N. 

amacam? ada minatkah? jom roger2/whats app2/sms2 yerrr .... 0172923912

P.E.R.F.O.R.M.A.N.C.E.D.R.I.N.K.&.N.U.T.R.I.F.E.R.O.N

Assalamualaikum, lama tak menulis. ni nak cerita pasal demam. pasal anak demam, pasal laki demam dan pasal aku yg hampir nak demam. asikla tertangguh2... hari ni kene kasi setel.

ngam2 aku habis kontrak dgn RHB (28/2), chul start demam weekend tu. hr isninnya chul MC. selasa chul dh keje tapi saki baki demam masih ada. pehtu selasa malam syaza dh start demam. suhu 38 deg. aku dh macam gelabah jugak. 1 malam aku tak berapa nak tido dok monitor suhu syaza. haaa... masa ni baru la menyesal asik bertangguh nak order nutriferon dgn performance drink. rabu aku terus order nutriferon & performance drink. sampai je 2 barang tu, aku terus bagi chul makan nutriferon tu. aku pun try jugak. rasa dia macamana nak cakap ekkk... rasa herba2 gitu aaa... almaklum la nutriferon ni dibuat dr biji labu, biji plantago asiatica, honeysuckle jepun dgn bunga safflower. aku koyakkan sachet nutriferon tu, tuang dlm mulut pastu terus minum air. utk syaza masa mula2 tu aku bancuh skit dgn air, masukkan dalam syringe pastu direct bg dia. hamikkkk muntah terus. next time nya aku campurkan dalam susu dia. Alhamdulillah dia boleh accept. aku bagi syaza setiap hari masa demam belum kebah.lps dr tu aku bg selang sehari. Alhamdulillah, selain nutriferon, aku jelumkan kepala syaza dgn daun sireh utk turunkan suhu dia. same goes to chul yg batuk2 masih ada walaupun demam dah baik. hari2 aku soh telan nutriferon.nutriferon menampakkan kesan lepas makan 3 hari.



performance drink pulak aku bancuh 3-4 sudu besar dalam 1 liter air. haaa... ni sedap. rasa oren. kalau korang pernah minum air glukos tu kan, yg dlm tin biru tu kan, haaa rasa lebih kurang. performance drink ni syaza tak berapa suka. mungkin rasa pelik skit orennya dr rasa sunquick, maka dia tak berapa nak minum. tapi best minum PD ni. pengganti kepada 100 plus yg aku suka balun tuh... 100 plus ada gas, PD takdak gas. hilang la rasa perit tekak bila minum PD nih...

bila dua beranak tu baik demam, aku pulak yg tetiba nak demam jugak. letih melayan syaza gamaknya kan. 2 hari 2 malam suhu dia maintain 37 - 40 deg C. mau tak risau. ubat klinik bg jugak, shaklee pun jalan jugak. jelum dgn air+daun sireh satu badan pun ye jugak. dah bau sireh anak aku. so, bila tanda2 nak demam menjelma, aku laju2 telan nutriferon dgn PD. PD tu mmg bancuh 1 liter. Alhamdulillah, tak jadik demam.

demam dh kebah masing2 cuma batuk dgn selesema masih ada. ada rasa pelik jugak la kan. should be boleh hilang sekaligus la kan. so, bila aku tanya kat sifu kak N, dia soh aku bersedekah dan doa supaya kesihatan aku sekeluarga dikembalikan. yes, POWER of sedekah. Alhamdulillah, lepas menjalankan tanggungjawab tuh, everybody in good condition.

Alhamdulillah...


Wednesday, March 19, 2014

A.N.A.K.2

tadi dah cerita pasal mcmana usaha utk dapatkan syaza. so, sekarang syaza dh nak masuk 4 thn dah Dec 2014. ramaila yg dh tanya bila Syaza nak beradik. hmmm... tak boleh nak dijawab kadang sbb memang belum ada rezeki utk menambah anak. Aku takde amik pil perancang, suntikan cegah hamil bagai lepas beranakkan syaza dulu. mmg dh decide dgn chul takmo amik2 apa2 bentuk protection sbb memikirkan nak mendapatkan syaza pun tunggu 3 thn without protection jugak, so, takut bila amik protection, kang lagi lama plak nak menunggu nak dapat yg ke-2. di keliling aku dgn chul, ada kawan2 yg lambat dapat anak 1st, tapi pehtu mudah je nak dapat yg ke-2. so, aku dgn chul berharap kitaorang pun macam tu jugak. tapi, yelah, rezeki anak di tgn Allah, bukan di tgn kita kan... kat bawah nih senarai soalan2 yg aku pernah dapat pasal anak no-2:

a) bila nak tambah anak?
b) bila syaza nak beradik?
c) u all memang planning ker?
d) tak teringin nak menambah anak ker?

tak terlayan dah soalan2 tuh. jawapan standard aku adalah belum ada rezeki. bila macam ni aku teringat kawan aku cakap, "Allah tak bagi rezeki anak kat ko sekarang, mungkin sebab sebenarnya, ko belum sedia dr segi mental, fizikal dan jugak kewangan. Allah akan bagi bila ko dah bersedia dr semua segi. Allah knows better" betul apa yg dia cakap. sometimes kita ni rasa kita dh cukup sedia utk ada anak. tapi hakikatnya belum. tapi penyataan ni adalah sesuai untuk orang yg tak planning yerr... utk yg planning mmg sendiri plan la kan takmo ada anak utk sekian2 lama. so, aku take it positive la... Allah nk uji aku dgn chul. Allah nak aku dgn chul lebih bersedia utk anak ke-2 dr semua segi. cumanya mmg berharap sgt la aku dapat pregnant thn ni...

jadinya, aku dgn chul decide utk cuba Set Kesuburan Shaklee:

Aku: GLA & Alfafa
Chul: Zinc & Vit E

so, kita tgk nnt apa result. mudah-mudahan berhasil.




selain dari set Shaklee ni, aku amalkan jugak doa kat bawah ni everytime lepas solat:

credit: madah tazkirah

Korang pun doakan aku sekali yerrr....







A.N.A.K

Syazana Aminah adalah anak aku dgn chul. Syaza lahir 10/12/10, lg 4 hari anniversary aku dgn chul. ya, 3 thn kitaorang tunggu. bila usia perkahwinan dah masuk 2 tahun, aku dgn chul start jumpa doktor untuk pemeriksaan. Chul yg minta aku survey kat KL mana tempat yang boleh buat pemeriksaan. semua tempat aku survey. LPPKN, HUKM, Hamit Arsat, and a few doctor. bila chul minta aku survey, aku lega. ini menunjukkan bahawasanya dia bukanla lelaki ego yang akan salahkan perempuan 100% bila lambat dapat anak (ada ye lelaki2 yang salahkan bini bila lambat dapat anak). yes, punca lambat mengandung tu lebih kepada perempuan (as doc said), tapi tak semestinya lelaki tak menyumbang kepada masalah itu. dont expect korang lelaki2 ni sihat walafiat sahaja. sebab tu kita kene seek for profesional advise yerrr iaitu doctor.

Lepas pencarian beberapa bulan, aku teringat kawan aku pernah ajak aku gi jumpa doktor pakar sakit puan kat bdr puteri klang. so, aku google nama poliklinik tu dan terus call tanya prosedur. paling aku suka adalah tak perlu buat appointment. terus datang walk in masa doctor bertugas ada. fuhhhh... lega. kalau hamit arsat, ko kene buat appointment 2 bulan sblm nak datang. klu hukm kene mintak referral letter dr klinik lain untuk buat temujanji. kalau lppkn kene buat test hari kerja which is semua tak menepati kriteria aku n chul yang PJJ (perkahwinan jarak jauh) waktu tu. so, kitaorang pilih untuk pegi ke Poliklinik & Pusat Bersalin Barakah. dan jumpa dengan Dr Khairiah Seman. masa 1st time pegi tu, tawakal je. doa2 mintak2 doktor adalah baik dan boleh consult kitaorang. aku tak ingat dh tarikhnya bila kitaorang jumpa dia. yg pasti, jumpa je dia, terus aku dgn chul boleh sembang apa masalah dan bincang macam2 dgn dr khairiah. dia ni sangatla soft spoken. dulu dia pakar O&G kat HUSM, pehtu kat spital KPJ n then bukak klinik sendiri.

Apa yang aku buat masa 1st time jumpa adalah transvaginal scan, untuk tgk keadaan rahim kita, kilang telur kita and keadaan telur2 kita dalam ovari. Alhamdulillah... semuanya normal. utk chul, dia soh buat test air mani kat Gribbles Lab Batu Pahat. bagus... Dokter ni tak menyusahkan pelanggan. dia cuma soh bawak result test tu utk next check up. Selesa mmg sangat selesa berurusan dgn Dr Khairiah nih... so, dia cuma bagi ubat subur (Clomid). kene mkn dr hari ke 3 period sampai hari ke 7 (5 hari). dia bgtau klu 1st cycle tak menjadi, pegi mana2 klinik, jumpa doktor dan bgtau yg aku nak pil clomid and kene bgtau doktor yg aku tgh planning utk pregnant. So, aku makan Clomid utk 3 cycle tapi tak menampakkan hasil. Chul punya test result pulak menunjukkan peratusan sperma yg sihat utk bersenyawa adalah kurang. maka dokter sarankan makan vitamin Surbec Zinc. So, after 3 cycle makan Clomid, aku jumpa balik Dr Khairiah, buat balik transvaginal scan utk tgk perkembangan telur2 aku. suprisingly, dia kata ada cyst. aku macam... apa??? tapi Dr bgtau mungkin kesan aku makan Clomid. so, kene stop Clomid and dtg next month utk scan lagi sekali. masa tu aku tanya jugak dgn Dr, apa supplemen yg aku boleh amik utk bantu aku pregnant. masa tu aku makan habatussauda jeee... and masa tu aku banyak baca testimoni Biodex. so, aku mintak pendapat Dr pasal Biodex. Dr bgtau from testimoni yes Biodex mebantu ramai wanita hamil. cuma Biodex ni takde clinical proven. So, aku tanyalah nak makan supplemen apa. So, dia suggest utk makan Fertility Blend yg kene beli direct from US, takdak jual kat mesia. dia soh pi website and order. harga utk 3 bulan supply adalah lebih kurang harga Biodex sebulan punya supply. yg bestnya Fertility Blend ni cuma 1 jenis pil sahaja, harga dalam RM500+ (ikut currency exchange masa tu) utk 3 bulan supply dan utk suami dan isteri. dan, kalau kata kita pregnant bulan pertama atau kedua, kita boleh refund balik botol yg ke-3 kat dia. best kan? so, aku dgn chul decide utk beli. mintak tong sahaini utk orderkan since kitaorang takde akaun paypal masa tuh. so, tunggula lagi sebulan baru barang sampai.

In between masa tunggu supplemen sampai, aku baut appointment dgn KPJ Shah Alam utk buat Ujian X-ray rahim (Hysterosalpingogram – HSG. X-ray ni utk tau tiub fallopio kita tersumbat atau tak. Cara dia, Dr atau Radiographist akan suntik cecair kaler biru kalau tak silap dalam rahim melalui faraj kita. hehehehe.... ngeri kan bunyi dia. tapi, ni cara yg paling murah la utk tau tiub fallopio kita tersumbat atau tak. kalau tak silap kos adalah RM200+ kt KPJ Shah Alam. ni pun suggestion dr Dr Khairiah. selain dr charge yg murah berbanding spital lain, korang boleh pilih nak radiographist pompuan atau lelaki. boleh buat pembedahan jugak tapi of coursela mahal dan kene stay hospital. kalau company korang cover bolehla buat pembedahan. tapi cam ngeri jugak buat prosedur nih. aku ni tak baca langsung pasal prosedur nih sebelum aku pegi buat. yg penting korang kene bawak pad dgn extra panty sbb akan ada pendarahan skit lepas buat prosedur nih... nak kata sakit tu tak la tapi rasa ngilu la kat bawah tu kan. kalau sape2 yg pernah buat paps smear lebih kurang la rasa sakit dia tuh... and terasa jugak masa dia injek cecair tuh... hehehhe... pehtu bila cecair dh sampai kat tiub fallopio, raiographist tu akan amik beberapa keping gambar. Alhamdulillah tiub aku tak tersumbat. ooo yes, utk buat prosdur ni kene buat hari ke-11 atau ke-12 dr hari pertama period. and prosedur dlam 2 jam gitula... lepas dr buat prosedur nih, ada la rasa sengal2 kat bawah tuh macam tgh period... huhuuu...

lepas dr tu, aku tunggu supplemen sampai di samping amalkan petua2 utk cepat hamil. including makan kurma, makan taugeh yg buat sendiri, continue habatussauda, say no to air gas, fast food segala. so, dipendekkan cerita, seminggu ke 2 minggu sblm birthday chul thn 2010 tu (9/4), badan aku mmg letih semacam dan rasa malas yg amat menyelubungi ... huhuhuhu... nak berjalan pun malas. pastu masa tu jugak ada 2 org kawan aku yg keguguran. and baru perasan jugak yg period aku cam lewat. so, aku cam dah cuak... cam terfikir2 aku pregnant ke... so, aku call Dr Khairiah tanya pendapat dia. sbb bila kira2 dr 1st day period utk March, dah ada 40 hari. sbb kawan aku ada cakap, kalau nak buat pregnancy test, aku kene tunggu 40 hari utk buat. Dr Khairiah bgtau buat je self PT pagi2 masa 1st urine. so, on 7/4/10, pagi2 lepas bngun n 1st urine, aku pun buatla tets. berdebar2 masa tuh. sbb selalu kalau buat kompem negatif. n yes, 2 line bebeh pagi tuh. dah la mamai2 kan baru bangun tido, so, buat kali kedua. dan sekali lagi 2 line. terus amik gambar and send kat chul. terus chul call tanya, pregnant ke? of course la pregnant kan... hehehehe... yg bestnya hari yg sama, supplemen Fertility Blend tu pun sampai. tak sempat aku dgn chul nak makan. so, Fertility Blend tu aku jual balik kat Dr Khairiah. dia akan jual kat patient dia. 

So, macam tu la perjalanan aku masa usaha utk pregnantkan Syaza. selain dr jumpa doktor, makan supplemen, kurangkan makanan rapu, aku ada amalkan doa utk dapat zuriat. Alhamdulillah...