Tuesday, November 11, 2014

A.K.U.D.A.N.G.L.A

Assalamualaikummmmm.... mihmihmih... lama betul aku biorkan blog ni bersawang2... padahal status dh bertukar ke WAHM. adehhh... pemalas sungguh... tak boleh jadi... kene rajinkan diri jugak... kene paksa.

ok. hari ni nak tulis pasal aku dan GLA. korang perasan kan, ada isu pasal GLA Shaklee yg diviralkan oleh seorang cikgu kat FB. dia claim lepas makan set kesuburan Shaklee, rahim dia bengkak. masa aku baca statement dia dan komen2 berkenaan isu ni, ada jugak rasa pelik. sbb aku mmg makan set kesuburan Shaklee termasukla GLA (GLA+Alfafa+Vit E+Zink), tapi Alhamdulillah, kesan yang aku dapat adalah positif. seperti biasa, marilah merujuk kepada upline dan juga marilah membaca utk mencari fakta. tapi, apa2hal pun, isu ni Shaklee HQ dah take note dan sedang menjalankan siasatan, kita tunggu je keputusannya. details pasal isu ni bolehla baca dr blog ni: faizalfairuz. aku suka cara dia menjawab isu ni. 

apa yg kesan positif GLA pada aku? aku dgn chul start amik set kesuburan pada akhir bulan 2. pada yang sedia maklum, aku dgn chul mmg tgh usaha utk dapatkan anak ke-2. Syazana dah nak masuk 4thn bulan 12 nnt. maka, dh sesuai la nak beradik. lepas beranakkan syaza, aku mmg takde amik apa2 pil atau kaedah perancang keluarga. period cycle aku adalah normal. plan untuk pegi jumpa pakar asikla tertangguh. since kat batu pahat ni susah nak cari gynea perempuan, maka we all decide nak jumpa balik dr khairiah kat pusat bersalin barakah. tapi tu la kan, jauh kan, maka asik tertangguh.  

berdasarkan testimoni customer2 Shaklee yg positif  lepas makan set kesuburan, maka, aku dgn chul decide utk cuba. everyday amik supplement (kadang2 termiss, biasala pelupa). continue makan sampaila bulan puasa hr tu. 2nd day puasa aku period. 7 hari. lepas tu sampaila ke habis raya, aku masih tak period. ok sesuatu kat situ kan. aku kira2 dah 40 hari dari tarikh 1st day period. kalau ikutkan dh boleh buat test dah. tapi aku hold sbb selalu je jadi lewat skit, tp bila buat test negatif. so, aku biar sampai dah dekat 60 hari gitu. aku tak bgtau chul mula2 yg period aku lambat. tapi, dia yg perasan. akj bgtau la kenapa aku hold nak buat test. pastu chul belikan self pregnancy test tu. maka the next morning (21/8/14), bangun je tido terus buat test on my 1st urine. debor2. Alhamdulillah, positif. tapi macam biasa aku buat 2x. hahahha... tak percaya punya pasal kan. Alhamdulillah, mmg positif la. bg chul tgk result. blur2 plak mamat tu. siap tanya, so, pregnant la nihhh... aduhai kekandaku, mmg pregnantla. 2 line tu kan... pehtu masing2 sibuk kira bila due date. kahkahkah... pehtu, terus check mana klinik yg ada ultrasound. sbb nak triple confirm. nak pegi klinik nur, depa kata mesin rosak. call putra, tanya ada doc perempuan tak. takde katanya. call pantai, depa kata ada doc pompuan. so, decide ke pantai. 

24/8 pegila pantai. nak jumpa la doc pompuan, sekali kene buat appointment bagai. malas la pulak nk dtg lain kali. so, jumpa je la doc lelaki. Alhamdulillah, dh berdegup dah jantung baby. ehehehhe... ikut scan, baby dah 7 minggu 5 hari. senyum lebar la aku laki bini. pehtu bila kira2 due 4/4/2015. haaa... elok la tu, hadiah besday chul. takyah pikir nk bg apa. ahahahah... 

pastu seminggu or 2 minggu lps tu pi klinik desa sg ayam, buat buku merah. nasib baik belum lepas limit nak buat buku merah. untuk makluman, buku merah kene buat sblm kandungan berusia 12 minggu. so, korang jgn jadi macam aku yerrr.... confirm je pregnant, silalah buat buku merah. kalau yg mengandung anak no 2 dan seterusnya, jgn lupa bawak buku merah anak2 sblm tu. 1st time datang, nurse incharge kampung aku takde. maka, buat appointment minggu depannya. proses utk buat buku merah ni adalah dalam 2 jam gitu. itu kat klinik desa. kalau kat klinik kesihatan, mau 1/2 hari jugak la korang kene bertapa kat klinik tuh... huhuhuh... tak sanggup oiii... haaa... kat bawah ni buku merah dengan scan yg aku buat.



so, kalau korang2 yang belum dikurniakan rezeki anak, boleh la ikhtiar dengan set kesuburan Shaklee. tapi, sebelum korang cuba apa2 shj supplemen, aku nasihatkan pegila jumpa mana2 pakar O&G. buat pemeriksaan yg terperinci, make sure korang takde masalah dalaman, especially yg isteri la yeee... yg suami pun kene buat test utk tau korang benar2 sihat atau ada masalah. dapatkan nasihat doktor pakar sebelum nak consume apa2 supplement. Shaklee supplement semulajadi dan menjalani pelbagai ujian klinikal sebelum depa keluarkan satu2 vitamin. Shaklee adalah sebahagian usaha aku dan chul. semuanya rezek dan ketentuan dr Allah. doa jangan putus... 

dan, aku terinspirasi dan jadikan 2 blog ni sebagai penguat semangat bila berdepan dengan masalah ni. korang boleh baca blog ni yerrr... 


kagum dengan usaha dan semangat kental dua orang ibu ini. korang pun bacala yerr... 

sape2 yg nak try set kesuburan shaklee, boleh roger2 aku yerrr... 

siti shamsiah 
0172923912
SID: 880039

Monday, April 21, 2014

C.H.U.L.B.A.H.R.I

haa... post hari ni khas untuk chul@bahri@achoi. chul nama panggilan kawan2 utm, bahri nama panggilan famili & achoi nama panggilan kawan2 seopis. kalau ikutlan dah 11 tahun lebih kurang aku kenal chul. kawin dh masuk tahun ke 7. mak aihh... Alhamdulillah, dia supporter yang baik samada dalam kerjaya aku, kehidupan seharian dan jugak famili. sepanjang 11 tahun aku kenal dia, kebanyakan apa yang aku nak buat atau pilih dia sokong. especially during our PJJ time selama 4 tahun. dia tak halang aku pilih kerjaya instead of ikut dia balik batu pahat masa tu. dua2 sacrifice masa tu. bila aku grad thnn 2004, aku macam bingung2 nak mintak keje apa, nak mintak kat mana. hantar resume sana sini tapi belum berhasil. so, dapat keje sementara kat kedai cuci gambar. aku tanya chul, ok tak? dia cakap, okla tuh. utk permulaan, utk pengalaman. since then, setiap kerja yang aku dapat dia sokong 100% dan sentiasa menjadi tempat luahan perasaan bila tak puas hati dgn keje, dngan bos, dgn kawan2 opis. memang pendengar yang baik. 

bila aku amik keputusan utk balik batu pahat, dia mmg orang yg paling gembira. tolong aku submit resume kat mana2 company yg dia tau ada vacancy. start dr keje kat HONDA, CIMB, RHB sampaila WAHM sekarang, dia positif. setiap apa bisnes yang aku cuba nak buat dan buat, tiada bantahan asalkan barang mmg ada market. oh yes, dia bisnes partner kuih bangkit yg dh masuk tahun ke 7 aku dan chul buat. dia yg kenalkan aku dgn kuih bangkit. dia yang Allah hantar sbg pencetus idea utk aku pasarkan kuih tradisional tu.. Alhamdulillah bisnes berkembang baik. bermula dgn kejayaan kuih bangkit, aku start dengan bisnes2 lain termasuk SHAKLEE. 

sungguh dia tak menghalang. aku beli vitamin, dia makan je janji aku hidangkan vitamin tu setiap kali waktu makan. dia izinkan aku pegi offline meeting SHAKLEE, hantar lagik sampai hotel. ikut je bila aku ajak pegi MasCel anak buah sifu aku kak Norita Idris. dalam pencarian vitamin nak boost aku punya susu, Allah temukan aku dgn Kak N. dari seorang pelanggan, aku upgrade jadi downline kak N tanpa paksaan. yes, TANPA PAKSAAN. dia tak pernah ajak aku join directly. aku tertarik dgn post dia kat FB dgn blog. makin hari makin banyak yang aku tahu dan belajar dari kak N. masa meeting kat JB, baru aku tau yg husband dia adalah upline dia masa mula2 dia join shaklee. dan upline diaorang nih adalah tak lain tak bukan ayah (Master Hj Hussin) dan ibu mertua (Hajah Salwa) kak N. ni betul2 family bisnes yang berjaya. kira sekarang ni Kak N dgn husband mak ayah aku, Hj Hussin & Hajah Salwa atok nenek aku dalam shaklee... So, siapa2 yang berminat nak jadi ahli keluarga Shaklee dam sebahagian dari kluarga besar group Kak N, meh call/WA/sms: 017-2923912... daaa....

TERIMA KASIH, SAYANG!


Siti Shamsiah binti Sarkon
SID: 880039
Call/SMS/WA: 017-2923912

Thursday, April 17, 2014

N.U.R.B.A.T.R.I.S.Y.I.A

13 April 2014 (Ahad) jam 7.36 am, lahirlah seorang puteri yang ditunggu2. heheheh... bukan anak aku, tapi anak sedara. biras aku aka bini kepada adik ipar aku telah selamat bersalin. boleh tahan berat gak dak kecik nih, 2.95kg. fuhhh... mak ayah dia bagi nama Nur Batrisyia binti Muhammad Bakhtiar. 



walaupun bukanla anak sendirik tapi rasa macam sendiri yang beranak. sebab bila Nora (biras) masuk wad sbb false alarm sampaila beranak aku involve secara langsung. especially tang berbincang dgn doktor dan buat decision. kira orang penting jugak. kenapa aku dgn Chul dok sibuk2kan depa ni kan? haaa... sebab paling utama adalah adik chul aka adik ipar aku (Bakhtiar) n wife adalah OKU (Orang Kelainan Upaya). depa 2 org ni tak boleh dengar dan tak boleh cakap (pekak & bisu) sejak dilahirkan. so, kitaorang kene involve la sebab kang ada pulak miscommunication kan... naya... doktor or nurse cakap lain, kang budak2 ni silap paham, salah buat, habisss... since aku skang ni dh dok umah je kan, maka aku la yg banyak ke sana sini. Chul keje kan. Mak2 & Bapak dah tua, tak larat nk ulang alik spital. 


1st thing yg aku buat bila due date dh nak dekat, aku pi sibuk2 tanya kat misi Klinik Pakar 5, spital BP pasal prosedur temankan bini dalam dewan bersalin. ye, kat johor, kalau nk teman dlm dewan bersalin, kene gi kursus 1 hari, laki bini, pehtu sign surat akujanji, pehtu baru boleh masuk masa bini bersalin. bila aku terangkan kat sister nurse tu yg diaorang ni OKU, maka kursus tak payah pegi sebab depa takde staff yg boleh berbahasa isyarat. ok, cool. 


Nora masuk spital on 1/4/14 dalam kul 11pm macam tuh. dia rasa contraction 10 min sekali. bila doc check jalan bukak 1cm. so, masuk wad 9 dulu. tunggu2 jalan masih 1cm jugak. so, esok paginya doc mintak datang hospital nak bincang. so, bergegas la aku mandi segala sbb tgh buat cream puff. terus call taska nak mintak tompang dak syaza kat taska 1 hari. maleh nak bawak spital. kang penat melayan dia jeee... sampai spital dalam pukul 11 lebih. terus jumpa doc.


Doc: ni kakak Nora ker?

Aku: Ya, doc
Doc: macam ni, kita ada option untuk Nora. 1) balik rumah dulu, since jalan still 1cm and contraction mild sahaja. 2) paksa bersalin (induce)
Aku: Kenapa nak paksa bersalin doc. ada masalah ker?
Doc: Takde. Ibu & baby ok. takde masalah. cuma sy concern pasal logistic. saya takut diaorang ni takde kenderaan, or susah nak datang hospital bila Nora betul2 sakit.
Aku: oooo... kalau pasal tu, doc jgn risau. Bakhtiar ada kereta & dia boleh drive. so, kalau bila2 Nora sakit, dia boleh hantar ke hospital
Doc: ok, kalau takde masalah pasal logistic, then oklah
Aku: Kalau induce macamana prosedur dia doc?
Doc: ok, esok pagi kita start bg ubat. kita tgk progress bukaan dia, kalau jalan tak bukak jugak, kita masukkan ubat kedua, kalau masih sama, kita masukkan ubat ketiga. kalau takde progress jugak, kita operate
Aku: ok, jap sy bincang dgn diaorang n mak2 diaorang. nnt sy bagtau apa keputusan

so, aku bincang dgn nora & bakhtiar pasal ni. bakhtiar sibuk soh induce. aku bgtaula apa yg doc cakap pasal prosedur, pehtu aku bgtau kalau induce sangat sakit. pehtu tanya pendapat mak mertuaku dan jugak mak nora. masing2 soh balik dulu. biar sakit natural bukan paksa2. so, lepas inform doc & nurse nak balik, maka depa siapkan surat segalalah utk discharge. 


11/4/14, Nora warded lagi, kali ni ada tanda darah dgn lendir. bukaan 1 cm. adehhh... aku cam terfikir2, ni nak kene operate ke ni sbb jalan tak bukak2 kan. risau jeee... petang tu aku ke spital nak tgk apa cerr kan. nurse mmg cakap kene tunggu je la. so, balik. the next day, petang lepas gi kenduri kawin singgah pi tgk. bawak mak. Ahad pg tu (13/4/14), lepas subuh, aku baca sms bakhtiar bgtau Nora dah masuk labor room, bukaan dh 4cm. ok, aku pun siap2 lah nak gi spital. bersangka yg lama lagi kut nak bersalin kan. so, rileks2 je... hamik, sekali sampai spital, dh bersalin rupanya. aku sampai dalm kul 8 lebih gitu. dah selamat bersalin dah, cuma baby kene dok NICU sbb jantung tak stabil. terus ke NICU. bakhtiar kat situ. jumpa staff nurse kt pintu masuk, sbb wad NICU ni utk makpak je. org lain tak boleh masuk. tapi, chul dapat masuk sbb special case utk azan iqamatkan baby. setel azan iqamat, kitaorang menunggu la kat luar NICU tu. tunggu Nora eluar dr labor room ke wad biasa. misi kata dal 2-3 jam lepas bersalin la depa hantar ke wad biasa. 


dalam pukul 11.30am, Nora keluar dr labor room ke wad biasa, wad 10. masa dalam wad la baru tau Nora bersalin secara vacuum. bacaan CTG masa tgh bersalin makin rendah, which is degupan jantung baby makin lemah, maka doc takmo amik risiko terus vakum baby. patutla bakhtiar sms bgtau dia kene keluar bila aku tanya dapat tgk tak bakhtiar bersalin... baby kene duduk NICU for at least 24 hrs. dlm pukul 1 lebih camtu, aku mintak diri balik umah dulu since mak Nora pun dh datang. lepas setel temankan Nora ke toilet segala n report kat misi Nora dh buang air kecik segala, maka aku baliklah.


bakhtiar pun balik nak tanam temuni. dalam kul 3.30pm camtu, doc call bgtau Nora dah boleh balik. tapi baby belum boleh balik. ok, lepas asar dalam pkl 5 camtu gerak ke spital. aku dgn mak jeee... chul tinggal jaga syaza kat umah. sampai spital, Nora&bakhtiar kat NICU. aku terus ke sana, pehtu bgtau guard aku nak jumpa staff nurse. so, nurse bgtau baby kene stay dulu kat wad 7 (wad biasa). maybe esok baru bleh balik. ok fine. semua tunggu sampai baby dibawa ke wad 7 dr NICU. bila dah dipindahkan maknanya baby dah ok. lepas maghrib jugak baru gerak balik. 


14/4/14 (Isnin), gerak dr rumah kul 8 am camtu utk teman bakhtiar pi checkup kaki dia yg patah tuh. pehtu nak pi tgk baby. kalau2 boleh balik kan. bakhtiar setel pukul 10 camtu. Alhamdulillah, tulang kat pinggul dh bersambung. boleh buang 1 tongkat, n jejak separuh tapak kaki. MC lagi 3 bulan. sampai wad 7, guard kata doc tgh round, so tak boleh masuk. aku mintak nak jumpa staff nurse. misi bgtau doc pakar belum round, so, tak tau boleh balik ke tak. so, sementara nak tunggu doc pakar, kitaorg pegi sarapan, buat surat beranak, pegi bank, hantar MC kat socso semua. pehtu balik semula ke hospital. terus pegi wad 7. doc panggil aku masuk. macam2 dia tanya pasal nora & bahtiar and also family. kat mana berpantang, ada tak yg jaga budak2 ni, ahli keluarga yg lain normal or OKU cam diaorang semua kan. aku terus tanya, boleh balik tak doc. dia kata kene tunggu doc pakar. keluar balik dr wad, terus lepak kat surau sementara tunggu doc pakar lagi. aku sempat la lelapkan mata. 


dlm kul 2.30pm camtu pi lunch kat kafe spital, pastu kul 3pm naik ke wad 7 balik. aku tunggu kat luar, bakhtiar je masuk. Alhamdulillah, baby boleh keluar. si bapak terus pi setelkan bil semua, aku tunggu je la kat atas. pukul 4pm jugakla baby keluar dr wad. sementara tu aku call dua2 mak bgtau baby dh boleh keluar. wassap Nora bgtau baby boleh keluar. once baby keluar dr wad, aku amikla baby dr nurse. pergghhh... feeling macam anak aku je ... heheheh... kalau aku yg beranak pun mmg dah ok la sgt sbb syaza pun dh nk masuk 4 thn. hahahha... ada 3 baby yg keluar sekali. misi kene iring sampai guard. antara tiga2 mak baby tuh, aku la yg jalan paling laju... wakakakakakaka... yg lain jalan sopan jeee... hehehehhe... 


dalam kul 5 camtu, selamat sampai umah mak Nora. setelkan apa yg patut. guide dia cara nak breastfeed semua, solat asar, pehtu aku baliklah... fuhhh... mcm2 pelajaran, pengajaran yg aku dapat sepanjang uruskan Nora & baby. Alhamdulillah semuanya ok. refresh balik pengalaman masa mengandung & beranak... ahahhaha... mcm la dh beranak ramai kan. padahal anak br sorang... heheheh... 



SITI SHAMSIAH SARKON

SID: 880039
CALL/SMS/WHATSAPP: 017-2923912

Wednesday, April 16, 2014

T.E.H

hari ni nk cerita pasal teh. teh apa? teh shaklee laa... nama teh adalah cinch energy tea mix. aku minum masa nak driving. 1st time 8/4 hr tu. 1 hari siang tu aku mmg takde tido walaupun sekejap. pehtu malam chul ajak tgk captain america pkl 10.15pm. lps maghrib dh terasa mata cam berat jeee... maka, aku bancuh 1 sachet teh tu dlm tumbler. aku bancuh dgn air panas. cinch tea ni dia dalam bentuk serbuk. tapi jgn risau sbb ia akan larut dlm air bila kita bancuh. aku lbh suka minum teh panas or suam compare dgn teh ais. kalau korang nk bancuh dgn air sejuk pun boleh. ikut citarasa masing2. kesannya adalah aku mmg tak mengantuk atau tido dlm kete dan dalam panggung wayang mlm tu. biasanya aku ni mmg akan tido once masuk kete. tapi malam tu tak. yg haru nya balik dr tgk wayang pun aku takleh nak tido. segar bugar plak mata ni... lps subuh, prepare air milo utk chul bagai, aku terus start projek nasi arab. hmmm... nampaknya mmg sesuai nama cinch ENERGY tea mix ni dgn fungsinya. memberi tenaga segera. 

hari jumaat (11/4/14), biras aku Nora masuk spital sbb tanda  bersalin dh keluar. tanda dia darah dgn lendir. so, lepas sembahyang jumaat, aku terus bersiap2 nk pegi hospital. sama jugak, aku ni takut ngantuk dalam kete dan letih pun ye jugak, maka, aku bancuh cinch tea mix nih. persediaan supaya tak mengantuk masa driving. Alhamdulillah, mata segar bugar masa driving pegi dan balik. malam tu pulak diah dgn mak idah datang umah. diah ajak projek cheesekut dgn cookies. haaa.... mmg buntang segar bugar mata sampaila pukul 12am. fuhhh... best2 ini teh... 




so, sape2 teringin nak rasa teh ni, meh rapat2 meh order dengan aku. harga??? RM131 w/o postage, 28 sticks. kalau nak dapat harga ahli, moh register ahli moh... 


SITI SHAMSIAH SARKON
SID: 880039
CALL/SMS/WHATSAPP: 017-2923912
FB: Siti Sham Sarkon 


Wednesday, April 9, 2014

K.E.M.A.R.U.K

dah banyak kali jugak syaza berzikir nak basikal. ada dah basikal cuma beskal tu roda tiga & kitaorang beli 2nd hand kat kuala rengit. mana ntah gambonya... ni gambo google ekkk...


rasanya beli tu ms dia brape bulan ntah. lama dah la. syaza pun nak masuk 4 tahun dah. everytime pegi rumah orang yg ada beskal dia mmg akan main puas2. last week, ada gi umah makcik ni, ada beskal, dia nak main, tapi masa tu dah nak balik... hamik melalak2 dalam kete cakap nak main syikal... nak main syikal...

so, this few days, chul ada cakap nak belikan syaza beskal idaman dia. ahad hr tu round kedai kat rengit je tapi tutup. senin chul ada hal ke jempol. so, semalam baru berkesempatan utk tgk dan beli. ada 2 je pu kedai beskal kat rengit nih. so, tanya2 harga kat dua2 kedai. kitaorg pilih kedai depan eng hiap seng. harga ok. terus beli lah setelah tawar menawar dibuat.


kemain excited bila dapat beskal. kat kedai uncle tu jugak dia dh start mengayuh... syaza ni mmg macam ni. kemaruk org jawa cakap. kalau dapat apa2 mmg excited beberapa hari. dulu kecik2 belikan kasut sampai bawak tido. skang pun sama. masa chl belikan heel utk dia mmg dia bawak tido yerr... pagi2 bangun tgk kasut takde kat kaki mmg melalak la jawabnya. balik dr pekan rengit dlm pukul 1 lebih tu membawak ke malam dia mengayuh tak brenti kecuali utk makan dgn minum susu. makan pun dh macam drive thru. aku tunggu dia pusing seround-seround pehtu suap bila dia benti depan aku. mmg tak tido. nak ajak mandi pun payah. pehtu ptg tadi mandi yg paling cepat sbb dia nak sambung main beskal. perrggghhhh... mmg penangan betul beskal nih. 2x kali dia jatuh hari ni. 1 sbb beskal tersangkut kat langsir. pehtu 1 lagi beskal tersangkut kat kusi. nangis kejap, pastu sambung lagi kayuh.

malam tu aku ada date dgnn chul nak tgk wayang kul 10.10pm. punyala menunggu ni bila la dia nak tido dr ptg. konon kalau dia tido ptg nak kuar ptgla, so, bolehla balik awal skit. tgk wayang bolehla cepat skit kan. alih2 tak tido2 kan... adududududu... last2 tinggalkan aje dia dgn atok kat umah. dah siap2 suap dia makan dengan buatkan susu. huhuhuhu... balik dr tgk wayang tgk2 dia dah tido. bila tanya mak dia tido pukul brape mak kata pukul 9.30pm dia dh tido. penat sgt la gamaknya tuh...

terima kasih abah, terima kasih atok belikan syaza beskal baru... kita tgk ekkk pagi ni dia bangun aa yg dia cari dulu... heheheheh