Tuesday, July 21, 2009

R.A.S.A.R.A.S.A







hari ni cerita pasal makan. hari jumaat lepas aku rasa tak sedap badan, so aku gi klinik kt dalam giant kota damansara. gi ke situ sebab klinik tu ada medijaring. so, freee maaaaaa... muahahahahha..buat pertama kalinya aku guna kemudahan chul. pastu lapo, tak tau nak makan kek mano. pehtu teringat restoran kakak kawan chul kat sunway damansara yg dh lama aku tak pi. yup, restoran RASA-RASA. pemilik restoran kitaorang panggil kak min. dia usahan restoran nih dgn suami, abg ajib. lokasinya dekat dgn starbuck. apa yg best makanan tghari kat sini sedap sebab before bukak restoran k min mmg buat katering juga. lauk2nya fresh ye bukan yg jenis panaskan lauk semalam. ada jugak menu lain seperti ns dagang, petang skit adalah bubur kacang ke, kuih muih. rasa-rasa bukak pagi sampai petang shj. bulan pose ni tutup, sebab k min nak tumpukan sepenuh perhatian kepada biskut2 raya pulak. aku n chul sgt suka choc chip dia. macam2 cookies dia buat. klu ada sape2 nak tempah silalah bgtau aku.

satu lagi kelainan pada rasa-rasa adalah let say korang nk buat event la kan macam minum petang bersama kawan2 ke, anak beranak ke, korang boleh call n bgtau kak min menu yg korang nak makan. katalah korang nk buat minum petang dgn kawan2, ada 10 org. call k min n bgtau ada 10 org mkn, nk order roti jala, karipap, n lain2 kuih, air mau teh tarik. kononlah kan. haaa... kak min boleh readykan utk korang. by the time korang sampai, semua dh sedia utk dimakan. aku suka suasananya yg oren tuh. one of fav kaler katakan. ceria jeee... so, saper2 yg keje kat sunway dsara atau kawasan yg berdekatan, bolehlah singgah kat restoran rasa-rasa.

Details of restoran rasa-rasa:
Location: 25-1, Jalan PJU 5/11, Dataran Sunway, Kota Damansara
No tel: 03-61417457 (restoran), 013-3856694 (k min)

Thursday, July 16, 2009

HOUSEMATE di CARI!!!!

kepada kawan2 semua. ni aku nak cari housemate utk rumah sewa aku. ini adalah berikutan sorang housemate aku akan berkahwin bulan 8 ni. aku sepatutnya iklankan awal2 tapi biasalah bz konon2nya. dh letak dah jugak iklan2 kat sekitar kawasan umah tapi msh belum ada yg berminat. ok aku bg detaillah yeee...

alamat: Tingkat 1, Melur F, Seksyen 4, Kota Damansara
kadar sewa: RM175 sebulan (Medium Room) tdk termasuk api n air (ni tong2 bhg 3 org)
deposit: 1+1
kemasukan: bulan ogos
nota tambahan: utk perempuan muslim shj, kawasan perumahan yg aman damai, parking banyak
walaupun ko balik lewat malam Insyaallah parking ada, kawasan sekitar yg bersih n
terjaga, satu floor hanya ada 4 rumah, bas rapid kl & metro hari2 lalu, dekat dgn segi
college, dekat dgn a&w,mcD,kfc,pizza hut, giant kota dsara, tesco mutiara dsara,
ikea,ikano, cineleisure,highway dekat (sonang nk balik kg)
contact no: sham(017-2923912) & ayu(0193755886)


Utk keterangan lanjut sila hubungi aku atau housemate aku k ayu. bolehla buat appointment klu nak tgk rumah ke apa kan. kt bwh ni ada gambar skit.







Friday, July 10, 2009

bila aku belek2 blog saha tetiba aku jumpa tag nih. hehehehe...lama gila dia dh tag ...dr akhir bulan 5. aku try buat.

1. Do you think you are hot???
biasa2 je

2. Upload your favourite picture of you.


3. Why do you like that picture?
nampak happy je laki bini kan

4. When was the last time you ate pizza??
2 minngu lepas klu tak silap. bos belanja

5. The last song you listened to?
hey ladies (rossa)

6. What are you doing now without this??
baca blog org dan update blog sendiri sambil chatting dgn nieta

7. What name would you prefer beside yours?
sistyah

8. People to tag
intan, kahar,

9. Who is number one?
ni kawan masa sekolah. sakng jumpa hanya di blog. aku suka baca blog dia

10. Number three is having relationship with??
takde org

11. Say something about number five.
pun takdak

12. How about number four?
yillekkk

13. Who is number two?
bestfriend masa skolah yg skang blog dia hanya utk org2 yg dia invite

WEDDING & FAMILY DAY CHARADE

oleh kerana aku adalah bosan2 malas nk buat keje hari nih maka aku pun nk update skit blog aku nih. mula2 cerita wedding yus (member kepada besfren aku-bye). 28 jun 2008 kat shah alam. aku pegi dgn k fida n k biha. si bye n zul jadik pengapit. gambar seperti di bawah.







tu pasal wedding yus dgn akim(jejaka sengal). ok skang cerita pasal family day charade johor. ni berlangsung pd hjg minggu lepas iaitu 4&5 julai. sebelum tu aku n chul kene jadik mak pak sementara kepada anak buah chul yg 4 org tuh sebab mak pak sebenar diaorang honeymoon ke jakarta n bandung. gila ahhh...kalut gak aku nak menjaga budak2 tuh. kene bangun awal siapkan depa nak gi skolah. balik keje masak2 (aku msk ns goreng aje) skit bagi depa makan. mak pak depa pegi khamis pagi. so jumaat lepas maghrib kitaorg gerak balik kampung. hangkut skali budak2 4 org tuh. nasib baiklah yg paling kecik pun dah 4 thn. senang la jugak nak jaga walaupun kadang2 tak dengar kata. nasib baik chul mmg rapat dgn depa so senangla skit.

so, berbalik kepada cerita family day charade johor ni gerak dr umh dlm kul 8.30 gitu. stlh beberapa kali berenti sebab gi toilet lah. buat susu anakla, makanlah, so, kitaorg pun sampailah kat chalet. apa ke ntah namanya aku lupa. so, rilek2 petang tu ada game skit pastu bantai mandi laut.lama gila tk mandi laut. seronok la jugak...menjerit2 aku masa mandi tu... excited ngalahkan budak2...hehehe... malamnya ada barbeku n next morning ada game lagik n sesi bergambar. pehtu gerak balik ke bt pahat n rilek2 jap pehtu terus gerak balik kl....




laut yg memanggil2 aku soh mandi


geng2 charade johor yg join

U.P.D.A.T.E

lama gila tak mengupdate kat sini. humang aiiii...ada dekat3 bulan aku tak update apa2 kat sini... sibuk sangat ker? a'ah mmg sibuk... ni aku nak habiskan projek yg dh dekat sethn tak abis2... well, utk pengetahuan korang, kehidupan alhamdulillah semakin baik walaupun adakalanya stress tak hengat. letih melayan kehendak client dan karenah supplier. pejam celik pejam celik lagi tk sampai sebulan cukuplah sethn aku berkhidmat kat PFP (Malaysia) Sdn Bhd. Insyaallah dlm masa sebulan ni jugak kami2 yg keje kat sini akan secara rasmi menjadi keluarga umw oil n gas dalam erti kata sebenar. alhamdulillah... akhirnya impian aku nak keje dengan kompeni gergasi tercapai. harap2 semuanya berjalan lancar dan aku akan dapat menikmati benefit2 umw yg sungguh mengancam itu. mula2 tau tu, aku tak sangka... macam mimpi pun ada... sebab aku ni boleh kata antara yg tercicir time2 study kat utm dulu. org lain dah keje dgn kompeni2 bagus, aku terkedek2 nak abiskan subjek. org lain dh gaji 3 ke 4 ribu aku baru nak start keje. tapi syukurlah skrg ni aku dalam organisasi yg disegani. kalau 5 ke 6 bulan lepas aku rasa sangat nak berenti keje, skang aku rasa bersemangat nak baiki segala kekurangan aku dan buktikan aku boleh buat keje sehebat org lain. alhamdulillah, bos baru aku pun begitu motivated menambahkan semangat aku nak jadik org yg motivated dan disegani. sales manager aku, fida adalah org yg menjadi sumber inspirasi dalam opis aku. cara dia very cool. dia diam2 berisi. so far aku ada menyumbangkan beberapa order utk kompeni nih. bulan lepas je ada 3 order masuk. bulan ni 1 order masuk. alhamdulillah. walaupun amaun dia kecik, tapi aku bangga dengan diri sendiri. kalau dulu aku segan nak cakap dgn mat saleh, skang ni aku hentam je cakap dgn depa walaupun aku tau english aku berterabur. yup, satu pencapaian walaupun belum sehebat kawan2 aku yang lain. masa OGA exhibition pertengahan bulan Jun hari tu, ramai gak kawan2 yg terkejut tgk aku berdiri jaga booth umw. hehehehehehee.... ya...kawan2 yg kenal aku kata itulah berkat org bersabar... rezeki aku maybe lambat skit berbanding kawan2 yg lain, tp akhirnya penantian aku berbaloi... dalam masa sethn ni aku belajar banyak bende. paling penting trick2 utk dapatkan order. dan aku gembira environment keje aku adalah baik. tak macam sesetgh org yg environment keje sungguh menyakitkan hati dan segalanya. well, aku rasa jugak bende tu sebab sgt tak puas hati dgn GM tapi akhirnya dia sudah pergi meninggalkan kami. udah bersara mamat GM tuh. oklah... nnt aku update lagi.nak citer family day CHARADE plak...