Monday, June 23, 2008

K.U.N.C.I

dalam pukul 11.45 pm malam tadik, lepas aku bersayang2 dgn chul kat telefon. ada sms masuk. so, aku bukak. sms bebunyi begini:
" sham, hang ada kat rumah ka? chul ada dak? aku n bini nak tumpang tido 1 malam
ni. kunci rumah kami tak ada"
aku pun terus call si encik apis besaq ni nak confirmkan masalah dia laki bini. so, bila cakap2 baru la aku tau yg diaorang lupa nak amik segala kunci rumah yg dihantar kat kedai kunci utk diduplicatekan.... hadoiiii laaaa... lawak la korang ni malam2 buta.. nasib baik aku belum membuta. so, aku pun suruhla dia datang umah. pehtu aku call chul bgtau yg apis besar nak datang umah tumpang tido dan ceritalah kenapa terjadinya situasi sedemikian.
pehtu, chul kata kemas2kanlah tempat tido diaorang. ropanya ada lagi sorang kawan bininya apis besaq pun sama2 terperangkap dalam situasi yg sama sebab dia dok umah apis besar ni jugak. meneman bininya. depa ni sama kes cam aku yg PJJ. so, aku pun bentangla toto depan tv utk apis laki bini n kemas bilik no 2 utk kawan bini apis. dah le rumah tgh tunggang langgang skit sebab aku nak pindah. nasiblah. aku pun kemas2 la skit n buat air milo utk diaorang sementara tunggu diaorang sampai. diaorang sampai dalam 12.30am.
hamikk ko... bila cerita sebenar diceritakan oleh mangsa, terkekek2 la aku ni gelak... haduiii...la... ralit sangat shopping sampai lupa nak amik kunci umah. pehtu bila aku ingat2 aku pun suka tinggal kunci keta dalam keta. pehtu lock pintu kete. dah adalah 2 ke 3 kali gak aku mengadap insiden camtu. paling best lock kete, segala harta dalam kete. pehtu enjin hidup... bongokkan???
pehtu borak punya borak pukul 1.30 am jugak baru aku masuk tido. pagi ni aku bangun awal skit buat nasi goreng n breakfast dgn diaorang. huhuhuhuhu... kunci...kunci...

A.Y.A.T.-.A.Y.A.T.C.I.N.T.A


sabtu petang gi dating ngan kak fida(ex-housemate). so, bosan2 tak tau gi mana, layan wayang... beratur bapak aihhhh panjangla pulak... tp ok gak, adalah masa kitaorang nak tengok2 citer apa yg best sebab ad-hock punya planning. so, pilih antara dua, ayat-ayat cinta or made of honour.so, kitaorang pilih ayat-ayat cinta... sebab, made of honour rasanya cam cerita my bestfriends' wedding. bila dah masuk panggung kan, kak fida baru bukak mulut yg dia dah tgk skit. sebab kak biha ada beli CD. mula2 cerita aku ingatkan cerita apalah kan... siap2 baca2 ayat Quran kan... tapi lama2 mmg best. pegila tengok yeee... ni skitla sinopsis aku curik kat cineleisure punya web:


Ayat Ayat Cinta is a beautifully portrayed love story – a tale of a virtuous Muslim protagonist who overcomes all obstacles of life maintaining pure ideals. As the story unravels, the protagonist makes the audience face the daunting decisions he himself faces, and forces us to marvel at his undying loyalty to the true ideals of Islam as he ultimately makes the choice of a lifetime.
n then kalau nak ulasan lanjut pegi kat sini. best la... segala2 nyalah... lagu pun best... rossa nyanyi...

T.I.P.U


ni kisah hari jumaat malam. aku lepas gi tuisyen, pehtu singgah jusco gi redeem jusco vaoucher. jalan2 jap... ada yg berkenan aku amik, bayo, pastu baliklah. perut dah lapo, malas nak masak. so, sajelah nak try makan kat flat sebelah umah. so, mintak menu, aku order nasi goreng biasa dgn kailan goreng biasa. air masak jeee. masa aku order aku dah congak2, ye... malam ni akau makan dalam RM7.50 gitu... sebab kat menu ada tulis rege makanan. makan punya makan, aku tetiba perasan yg kailan aku kan bukan kailan. aku cam rasa cam daun tu adalah daun sawi. rasa pun lain lah skit. pehtu aku pun bandingkan dgn sayo yg dalam nasi goreng... macam sama jeee... kene tipu nih.. tiba masa nak bayo. aku pun panggillah kakak kedai tu soh kira. dia pun kata, " RM8 dik". aku terus kompius... "aikkk... air suam ni 50 sen ker?" pehtu kakak tu bg balance duit aku RM2. aku tanya dia,

aku: kak, nasi goreng ni brape ringgit?
akak kedai:RM4 dik...
aku: bukan RM3.50 ke... sya tgk menu rm3.50"
akak: tak dik rm4...

aku pun malas dah nak argue... lepas bayar, aku blah. dalam hati aku kata,"ni la 1st n last aku datang makan kat kedai ko... kut ye pun nak kata rege dah naik bgtau lah betul2. ni terang2 kat dalam menu tulis rege lain, sekali nak bayo rege lain plak. tu dah satu, yg kailan tukar jadi sawi camna tu... walaupun aku ni tak kenal sgt rupa daun kailan, tapi aku tau rasa kailan. hmmm...ikutla kan.. aku pun dgn baik hati terus blah, walaupun hati membara sebab rasa tertipu... kalau betul dia tipu, aku tak halalkan... klu dia tak tepu, then alhamdulillah. masa aku dok bayo tu tak pulak dia inform klu2 nasi goreng biasa dah naik harga.hmmm...ntahla...

Thursday, June 19, 2008

T.A.K.D.E.K.E.J.E

ni la muka bosan takde keje...

takde keje ke? hari2 boleh surf suka2 hati.boleh membaca blog2 orang sesuka hati.adus.... bukanlah takde keje kan... tapi aku tak tau lah mana pegi mood rajin aku... dah lama dah mood malas ni beraja dalam diri nih. yes, projek pun mmg slow skang nih. aku ada satu je projek belum settle. tu pun tinggal hantar drawing n inspection dgn itu gas malaysia. lain2 dah settle. mmg tinggal skit je. database aku malas gila nak buat. banyak je projek aku tak masukkan dalam database. skang ni malas nak bangun pagi... adus... malas je nak pegi keje. hmmm...

Tuesday, June 17, 2008

HARI ABAH

kepada semua bapa2 di malaysia Selamat Hari Abah... aku dah takde abah... since 2003 aku dah takde abah... tarikh sebenar aku tak ingat, tapi yg aku ingat itu adalah hari raya kedua... malam raya ketiga... abah sakit dah lama... dah berbulan2 dia terlantar. dr sakit biasa2 aje sampailah dia tak boleh jalan tak boleh bangun tak boleh duduk... aku taklah rapat dgn abah, tapi ada kenangan2 yg mmg sentimental antara aku dgn abah. kenangan yg aku akan ingat dan aku akan cerita kat anak2 aku nnt. kenangan paling perit bila aku dapat sarjan kat peha kanan aku masa cuti sekolah nak naik darjah enam. kenangan paling manis bila abah datang sekolah dgn mak susah payah sebab aku demam 2 minggu masa periksa percubaan spm. abah tak pernah tunjukkan dia happy bila aku dapat no 1 ke, dapat keputusan elok masa PMR or spm, masa aku dapat masuk UTM. tapi aku tau abah bangga dgn aku. aku ingat lagi, masa dia dah sakit2 tuh, aku nak balik UTM. dia panggil aku, dia cakap2 dgn aku. dia pesan, belajar elok2, keje baik2 n tak lupa dia suruh aku cari jodoh jgn org jauh2. cari org yg sama taraf dgn kita. alhamdulillah, aku mmg dapat org dekat walaupun bukan jiran sebelah umah. dan aku dapat seorang lelaki yg faham masalah keluarga dan menerimanya dgn tangan terbuka tanpa mengeluh... dan aku harap dia boleh jadi ABAH yg baik utk anak2 aku nnt... aminnnn....

Monday, June 16, 2008

FAREWELL PARTY


bagi yg tak berapa nampak ini details:
DATE: 28 June 2008 (Saturday)
VENUE: U-407, SD II APartment, Bdr Sri Damansara
TIME: 5.00 pm - 12.00 midnight

kepada semua kawan2 yg mengenali saya dan chul, jemputlah hadirkan diri ke majlis makan2 sempena perpindahan chul ke batu pahat.... sesapa yg teringin nak bagi desert ke, buah ke adalah dialu2kan... hihihihihii... sekian, terima kasih....

Friday, June 13, 2008

semalam dan hari ini

semalam:

aku malas, sakit perut(period pain) dan adalah 2,3 keje yg aku mmg malas je nak buat... tapi dalam malas2 tu aku buat jugak sebab client dok talipon2 kan... dalam kul 1 gitu, aku ingat nak kuor dah gi jenjalan n makan. tup2 bos aku cakap' "siti, u takde keje apa kan. mari ikut saya pegi shah alam." aduh...malasnya lah aku nak mengekor dia ke shah alam tu. dah le belum lunch... ni mesti keje si nazreen nih soh bos bawak aku. bukan ada fungsi pun kalau aku pegi... hampesss maka nenek tul lah nazreen nih... pegilah ikut pastu nazreen nampak je aku, dia dah sengih panjang... kurang asam punya nazreen. lepas bebel2 meeting semua dapat kata sepakat, baliklah kan apalagi. aku dah menyumpah dalam hati nih, perut lapa tak makan lagik. bos aku ni dah la jenis takkan bawak gi makan klu kuar dgn dia. tup2 dekat satu traffic light dia belok kiri.patutnya terus. pastu dia kata,"ok, mari makan mcd." haaa...aku apalagi, berbunga2 hati. bagus... pandai pun ko lapo.... so, drive thrue aje... nasib baik dia belanja mcd, klu tak mesti aku mengutuk sampai sudah... hihihihiih... kira hari ni aku panggil bos aku baik hati....:)

tu cerita bos. ni cerita tuan rumah kepada bilik yg aku nak sewa. aku punyalah tanya dr hari sabtu, tak dpat2 news, dia nak ke tak nak bg sewa kat aku. tup2 hari ni aku dapat sms dr akak yg dok umah tu kata tuan rumah bg kat anak buah dia plak duduk... hmmm... hampeh.... maknanya, aku kene start all over again cari bilik baru.... sape2 tau mana ada bilik kosong ke, nak cari housemate ke kat area pandan indah?? atau kawasan2 yg berdekatan.... budget aku rm200 dan ke bawah sebulan.

hari ini:

malam ni chul akan sampai dr bp... bestnya!!! dah seminggu rindu nih... hauhuahuauahuahuahua.... dah book tiket nak tgk kung fu panda kat gsc ou...

Thursday, June 12, 2008

M.E.N.G.O.R.A.T

tadi pagik aku tgh berenti kat trafik light nak masuk ke jalan pahang dr sentul. oleh kerana en polis trafik ada menjaga lalu lintas, maka kenelah tunggu lama skit. so, nak menghiburkan hati yg bosan dgn jam, aku tepuk2lah tangan sambil dengar lagu mila yg baru tu 'hanya aku yang tau' ke tajuknya... pehtu, bila aku tgk keliling, alamak!!! mamat sebelah bawak kancil dgn spek mata hitam tgh usha apa yg aku buat sambil tgn ketuk2 tingkap dia n sengih2 sumbing... aiseh.... nak mengorat ke apa...sorry lah bang, lu tak brape nak hensemlah.... hensem lagi suami saya beribu kali ganda... sorry la ekkk... tak layan yeee... aku pun bila dah perasan mamat tu mmg dok perati aku, aku pun tak pandang dah kat dia sambil jerit2 nyanyi lagu mila tu sampai habis... dalam hati menyumpah2 ngapelah lembab nooo si polis trafik ni nak bagi jalan.... aku takut je dia follow sampai opis...naya namanya... nasib baik lepas traffic light tuh dia terus, aku ke kanan... hehehehehehe... itu sajalah cerita kelakar di pagi khamis... gua tgh sakit perut senggugut nih... adusss.... tadi pagi dah plan dah takmo gi keje. nak mc. tapi ada keje la pulak nak kene buat.... adehhhh....

Tuesday, June 10, 2008

SENDiri

sejak 2 jun 2008 aka hari senin minggu lepas aku senDIRIan di rumah... chul dapat pindah ke batu pahat. alhamdulillah... akhirnya impian jadik kenyataan. gila aaa dok umah sorang2 laki takde... bosan nak mati rasanya... selalunya adalah teman nak bergaduh2 rebut channel tv, menjerit2 mintak tolong kemaskan meja nak makan.... dan lain2 lagi yg tak perlu la diceritakan kerana ianya berkaitan kehidupan peribadi org berumahtangga kan.... hihihihihi.... sekarang kene drive sorang2 jauh2 dr umah gi tpt keje... huhuhuhuuh... sian lagi laki aku yg hari2 gi keje naik bas... 1 jam dok dalam bas. semalam boleh plak bas takde. dah la kene balik lambat, pehtu bas boleh plak takde sampai kul 9 lebih pun takde bas. nasib baik lah adik kesayangan ada kat umah boleh amik dia.

aku pulak tgh cari bilik utk menyewa dekat2 area pandan indah... malas dah nak mengadap jam hari2. ku ingin rumah yg beberapa langkah aje dr opis. tgh tunggu tuan rumah kata apa pasal aku punya permintaan pasal deposit rumah. klu dia nak full jugak utk bulan nih, terpaksalah kukorbankan uwangku... kat opis pun dah boring2 nih... keje tak banyak, tapi still ada.. aku je yg malas nak buat. kui...kui...kui....

Cubaan

hari ni setelah asik baca blog2 orang teringin ada blog sendrik...sebelum ni aku ada gak menulis2 kat blog frenster. tapi dah lama aku tak update kat situ... tetiba datang plak mood nak ada blog balik... hihihihihihih.... meh start menulis balik....